Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Saya ingin bertanya, ejaan untuk bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologii dan sebagainya, perlu menggunakan huruf besar pada permulaan perkataan? Contoh bidang Anatomi atau bidang anatomi? | Nama khas bidang ilmu ditulis dengan huruf besar. Ejaan yang betul ialah bidang Anatomi, Farmakologi, Fisiologi, Mikrobiologi, Patologi, Psikologi. | Ejaan | 21.09.2022 |
di pelbagai bidang atau dalam pelbagai bidang? yang manakah ayat yang betul | Penggunaan frasa yang betul ialah “dalam pelbagai bidang”. | Tatabahasa | 07.10.2024 |
Bagaimanakah sesebuah bahasa itu dapat dikembangkan melalui penggunaan bahasa melayu moden? | Sesebuah bahasa boleh dikembangkan melalui proses pemupukan bahasa yang bererti menumpukan perhatian pada usaha-usaha untuk mengembangkan bahasa supaya tercapai keadaan saling terjemah dengan beberapa bahasa moden lain. Perkara ini dapat dilaksanakan dengan pemupukan istilah-istilah baharu, khususnya istilah dalam bidang-bidang teknikal. Penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang seperti kejuruteraan, kedoktoran, sains angkasa lepas, kehakiman dan sebagainya juga membantu memperkembangkan penggunaan bahasa Melayu moden. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 3 – 40 berkaitan dengan sejarah dan variasi bahasa. | Lain-lain | 24.08.2023 |
Bidang Sukan Apakan ejaan sebenar bagi kabadi dalam teks BM dan BI. | Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) belum merakamkan maklumat berkaitan acara sukan kavadi atau kabadi. Yang terakam hanya kata: kavadi kata nama benda berhias yang diusung atas bahu oleh penganut agama Hindu semasa perayaan Thaipusam untuk memuja Dewa Subramaniam. | Ejaan | 14.11.2024 |
Pengetua menasihati pelajar-pelajar agar mereka ()mementingkan pencapaian dalam bidang akademik, () dalam bidang ko-kurikulum Asama ada....ataupun Bsungguhpun...tetapi Cbagaimana...begitulah Dbukan sahja...tetapi mana satu yang betul Terima kasih | Jawapan yang betul ialah D. bukan sahaja … tetapi Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau sila layari laman web PRPM. | Tatabahasa | 22.03.2022 |
Mana ayat yang betul? antaranya yang berkaitan bidang kuasa negeri ATAU antaranya berkaitan bidang kuasa negeri ...penggunaan perkataan "yang". mohon penjelasan terima kasih | Jawapan yang betul ialah "... antaranya yang berkaitan dengan bidang kuasa negeri ..." | Lain-lain | 22.05.2022 |
Apakah definisi bagi istilah atau bidang 'falsafah bahasa'. Adakah DBP mempunyai pangkalan definisi daripada pengkaji-pengkaji saintifik yang pernah mendefinisikan bidang ini melalui penyelidikan. | Mengikut bidang linguistik, "falsafah bahasa" berasal daripada perkataan bahasa Inggeris iaitu "philosophy of language". Sekiranya pihak saudara/saudari ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung dengan "falsafah bahasa" tersebut, saudara/saudari bolehlah mendapatkan bahan rujukan daripada Pusat Dokumentasi Melayu (PDM), Dewan Bahasa dan Pustaka melalui sistem Katalog Awam dalam Talian (KAWAT) atau melalui laman web: http://pustakav2.dbp.gov.my/. Berdasarkan semakan kami menggunakan Sistem KAWAT, terdapat banyak bahan rujukan berkaitan dengan “falsafah bahasa” di Pusat Dokumentasi Melayu. | Tatabahasa | 02.05.2022 |
Assalamualaikum tuan/puan, saya bercadang untuk menterjemahkan istilah-istilah bagi bidang undang-undang yang masih belum mempunyai terjemahan dalam bentuk glosari. Soalan saya adakah apa-apa garis panduan untuk membuat glosari ini? Serta bagaimanakah saya boleh menghantar untuk disemak oleh pihak DBP? | Istilah dalam sesuatu bidang/subbidang akan digubal, disemak, dan disahkan melalui penubuhan jawatankuasa bukan secara individu. Jawatankuasa terdiri daripada pakar bidang yang merupakan ahli akademik, pengamal industri, penjawat awam/swasta yang memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Penerbitan buku istilah dikategorikan kepada daftar istilah, glosari istilah atau kamus istilah yang akan menjadi hak milik DBP atau organisasi kerjasama DBP tanpa melibatkan royalti kepada pakar bidang selaku ahli jawatankuasa. | Lain-lain | 21.09.2021 |
Tuan/Puan, 1. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Pre-Emptive" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "The prime minister authorized a pre-emptive air strike against the rebels" 2. Apakah perkataan yang sesuai bagi perkataan english "Stand-off/Standoff" mengikut bidang ketenteraan. Sebagai contoh ayat seperti berikut: "Standoff-based precision firepower" Terima Kasih | Berikut merupakan padanan bahasa Melayu untuk perkataan yang dinyatakan dalam bidang ketenteraan: 1. pre-emptive: terlebih dahulu 2. standoff: jarak tempuh Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laaras bahasa. | Makna | 03.08.2021 |
Adakah perkataan Quasi wujud dalam Bahasa Melayu? Bagaimana pula dengan perkataan Quazi dan Kuasi? Yang manakah paling tepat? Istilah bagi bidang biologi | Padanan bagi istilah quasi yang tepat dalam bahasa Melayu, dalam bidang sains dan perubatan ialah kuasi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.04.2024 |