Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Biarpun terdapat perbezaan pendapat di antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. atau Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Perkataan di antara atau antara betul? Mengapakah perkataan tersebut tidak sesuai? | Biarpun terdapat perbezaan pendapat antara mereka adik-beradik, namun hubungan mereka tetap mesra. Frasa sendi di antara hanya dapat digunakan untuk menunjukkan kedudukan fizikal atau arah. Contoh; Tambak Johor terletak di antara Johor dengan Singapura. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan am | Kedua-dua perkataan boleh digunakan kedua-dua perkataan sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk makna biarpun dan walaupun. | Tatabahasa | 17.10.2008 |
apakah maksud intan tersalah canai? | Maksud peribahasa ini ialah biarpun berketurunan baik, kalau tidak berpelajaran atau membuat kelakuan yang buruk, nescaya jahat dan hina juga jadinya. Untuk mengetahui maksud peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu yang disusun oleh Abdullah Hussain. Harap maklum. | Lain-lain | 22.06.2008 |
Assalamualaikum, perkataan apa yang lebih sesuai? ; Kita hendaklah bangun awal pagi biarpun/walaupun pada hari kelepasan am | Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana sama maksudnya. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maksud kedua-dua perkataan tersebut. | Tatabahasa | 17.10.2008 |
beri maksud perkataan -KENDATIPUN- terima kasih | Kendatipun bermaksud walaupun, meskipun,biarpun. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 740. | Makna | 24.01.2008 |
Musykil dengan penggunaan 'pun'. Bilakah ia disambungkan dengan perkataan lain. Terima kasih | Walaupun, meskipun, kendatipun, biarpun, sungguhpun dan sebagainya dieja satu perkataan. Walau bagaimanpun pun yang bermaksud juga dieja dua perkataan seperti telah pun (juga) dan dia pun (juga). | Tatabahasa | 04.09.2013 |
Saya ingin tahu sama ada `pun` harus dijarakkan atau didekatkan? | Partikel 'pun' yang membawa maksud juga harus ditulis secara terpisah. Hanya perkataan 'adapun, andaipun,biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimanapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun yang ditulis serangkai. | Tatabahasa | 11.12.2006 |
Adakah perkataan lain yang lebih sesuai digunakan selain daripada perkataan 'NAMUN' dalam sesuatu ayat? Ada cadangan lain yang difikirkan sesuai untuk mengelakkan dari penggunaan kata itu pada setiap perenggan. Contoh ayat : Namun apabila difikir-fikirkan, ada juga kebenaran kata-katanya. Terima kasih. | Selain "namun", boleh juga digunakan "biarpun", "meskipun", "tetapi","sungguhpun", "walaupun" mengikut konteks dan keseuaian ayat. Dalam ayat di atas, "namun" boleh ditukar dengan "tetapi". | Tatabahasa | 16.08.2007 |
1. Penggunaan 'pun': contohnya, sayapun, walaupun sekalipun. Adakah ejaannya dekat atau jauh dan peraturan penggunaannya. 2. Penggunaan 'kan' seperti "sayakan ada", "kitakan dalam masjid". Adakah boleh digunakan dalam dialog untuk terbitan dan ejaannya sama ada dekat atau jauh. | Ejaan partikel 'pun' yang ditulis serangkai ialah adapun, andaipun, biarpun, mahupun, kalaupun, sekalipun, sungguhpun, ataupun, bagaimapun, kendatipun, lagipun, meskipun dan walaupun. Terima kasih. | Tatabahasa | 27.05.2008 |
Saya merujuk soalan Tatabahasa yang ditanya pada 16.08.2011 berkenaan "pun" sebagai partikel. Oleh itu, jika saya ejakan "apapun" sebagai satu perkataan, adakah ia betul? Di sini pun tidak bermaksud juga. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah apa pun. Ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, iaitu adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun. | Tatabahasa | 01.07.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata biarpun |
|
|