Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Beza mendukung dengan mendokong | Mendukung bermaksud membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pada pinggang (atau di belakang) atau dengan menyokong punggung kanak-kanak itu dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi diletakkan di bawah ketiaknya atau disebut juga menggendong. Tidak ada kata terbitan mendokong dan dokong ialah sejenis buah-buahan. | Makna | 06.07.2011 |
BEZA ANTARA PENGGUNAAN MAHU DAN HENDAK. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mahu bermaksud 1. suka akan, suka hendak, bersedia akan: dia ~ supaya jawatan itu dipegang oleh se-orang anak negeri; ~ tak ~ a) segan-segan; b) terpaksa, harus; 2. hendak, akan: ~ ke mana budak itu; 3. bp maksud, keinginan, tujuan: apa ~ engkau di sini? Hendak ditakrifkan sebagai 1.= ~ akan = hendakkan berhasrat akan, ingin akan (mempunyai, mendapat, mengambil, dll): seorang buruh pun ~ sebuah rumah yang sederhana; kanak-kanak berebut-rebut ~ akan buah itu. 2. akan, bermaksud akan, mahu: saya selalu tidak ada wang ~ bayar hutang. | Istilah | 22.07.2010 |
Beza perkataan Agong dan Agung | Bezanya ialah Agong hanya merujuk kepada Yang di-Pertuan Agong sahaja, manakala agung bermakna besar, luas, tertinggi, teristimewa, terbuka kepada semua (spt mesyuarat agung). | Lain-lain | 31.03.2010 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |
beza antara ialah dan adalah dalam penggunaan ayat | 1. Kata pemeri "ialah" menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala "adalah yang menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Contoh penggunaan "ialah" i. Anak ialah anugerah Allah ii. Sepak takraw ialah sukan yang elok dipertandingkan. Contoh penggunaan "adalah" i. Kursus ini adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. ii. Kerja pembaikan lif dijangka siap adalah pada minggu hadapan. (untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, hal.250). | Tatabahasa | 10.08.2009 |
beza penggunaan 'ramai' & 'banyak'. bina sebanyak ayat menggunakan perkataan 'ramai' | Perkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Contohnya i. Ramai/banyak orang berkumpul di dalam dewan itu. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. | Tatabahasa | 26.01.2009 |
beza makna inovatif dan isentif | rujuk kamus dewan | Lain-lain | 13.04.2007 |
beza antata terpacak dan tercacak | dari segi penggunaan kedua-duanya sama | Lain-lain | 06.04.2007 |
BEZA ANTARA ALEGORI DENGAN METAFORA. HARAP BERI CONTOH SETIAP SATU. SUKAR UNTUK MEMAHAMI ANTARA KEDUANYA. TERIMA KASIH. | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat alegori bermaksud sesuatu karya (cerita,puisi) yang menggunakan watak, peristiwa sebagai lambang untuk menerangkan (menyampaikan)sesuatu yang lebih mendalam: Mantiq al-Tair merupakan sebuah alegori yang dipilih untuk dibicarakan sebagai satu pengenalan kepada karya sufi. Metafora bermaksud pemakaian kata-kata yang menyatakan sesuatu makna atau maksud yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan(sebagai perbandingan atau kiasan): pembentukan ungkapan yang bersifat metafora. | Makna | 25.02.2008 |
beza peranan dan fungsi | Peranan bermaksud bahagian (sandiwara, pekerjaan, tugas) yg dipegang manakala fungsi bermaksud tugas atau jawatan. | Lain-lain | 21.12.2006 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata beza. |
|
Puisi |
---|
|
Sayang bahulu mengebam Semarang, Sayang gereja di bawah bukit; Lain dahulu lain sekarang, Jauh beza bukan sedikit.
Lihat selanjutnya... |
|