Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
1) adakah penggunaan kata aliran betul pada ayat ini Aliran sungai di belakang rumah saya sungguh deras 2) apakah kata ganda yang tepat bagi jam tangan jam-jam tangan atau jam tangan-jam tangan 3) adakah penggunaan kata masam betul pada ayat ini Biskut dalam bekas itu sudah berbau masam 4) adakah penggunaan kata terdedah betul pada ayat ini Pintu hadapan rumah itu terdedah 5) ayat yang manakah betul Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbuk-tumbukan. atau Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan. atau Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan 6) adakah penggunaan kata mempertajam betul pada konteks di bawah mempertajam akal fikiran mempertajam skilnya mempertajam usaha 7) kenapa ayat ini salah seekor ikan paus dijumpai terhampar di tepi laut semalam | Berikut merupakan jawapan untuk soalan yang dinyatakan: 1. Ayat tersebut betul. 2. Kata ganda yang betul ialah "jam-jam tangan". 3. Penggunaan perkataan "masam" dalam ayat yang dinyatakan tidak betul kerana perkataan "masam" merujuk pada "rasa seperti cuka atau mempelam muda" dan " "keadaan berbau seperti pakaian yang tidak kering atau susu yang diperam" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1419). 4. Ayat tersebut betul. 5. Ayat-ayat yang betul ialah "“Kedua-dua murid lelaki itu saling bertumbukan” dan “Kedua-dua orang murid itu saling bertumbukan”. 6. Penggunaan perkataan "mempertajam" betul pada konteks yang dinyatakan kecuali pada frasa "mempertajam skilnya". Frasa tersebut perlu ditukar pada "mempertajam kemahirannya". 7. Ayat tersebut salah kerana perkataan "terhampar" bermaksud terbentang luas. Ayat yang betul ialah "“Seekor ikan paus dijumpai terdampar di tepi laut semalam". ” | Tatabahasa | 13.09.2023 |
frasa yang betul: Pada hari Sabtu yang lepas Pada minggu lepas Frasa yang salah : Pada hari Sabtu lepas Pada minggu yang lepas Boleh tuan jelaskan kenapa "pada minggu yang lepas" ialah frasa yang salah? | Penggunaan yang lebih gramatis adalah dengan menyelitkan kata hubung pancangan relatif yang. | Tatabahasa | 10.01.2017 |
Mana yang betul, pada era globalisasi ini atau pada era globalisasi kini? | Ayat yang betul ialah "Pada era globalisasi ini". | Tatabahasa | 14.07.2024 |
Yang manakah yang betul? pada mata masyarakat atau di mata masyarakat? | Frasa yang betul ialah "pada mata masyarakat". | Lain-lain | 01.03.2016 |
salam sejahtera saya ingin bertanya tentang penggunaan kata sendi nama "pada" yang digunakan pada ayat ini adakah betul ataupun tidak. "Pada pertuduhan kedua, Mohd Hamdan didakwa bersalah dalam kes cabul. Pada pertuduhan ketiga..... adakah penggunaan pada itu betul dalam ayat ini. kerana saya keliru mahu menggunakan pada ataupun dalam/ di dalam | Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan juga dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan). Kata sendi nama pada tidak boleh digunakan untuk maksud sasaran. Contoh ayat: Syaripah guru Geografi pada masa itu. Kata sendi dalam pula berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh ayat: Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. Oleh itu, berdasarkan contoh ayat yang diberikan. Penggunaan sendi nama yang betul ialah dalam. | Tatabahasa | 21.04.2021 |
Ayat yang ditulis oleh DBP:- Ayat yang betul ialah "Tertakluk pada peruntukan yang diluluskan pada tahun 2024" Soalan saya: kenapa guna perkataan pada bukan kepada? tertakluk pada paeruntukan ATAU tertakluk kepada peruntukan (mengelirukan) Mohon jasa baik DBP untuk menjelaskan dengan jelas supaya BM dapat digunakan dengan berkesan tanpa mengelirukan. | Untuk makluman tuan, frasa yang betul ialah "tertakluk pada" kerana kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan maksud sandaran, seperti "tertakluk pada" . Dalam hal ini "peruntukan" menjadi sandaran bagi "tertakluk", justeru frasa yang betul ialah "tertakluk pada peruntukan". | Tatabahasa | 06.11.2023 |
Adakah penggunaan memaklumi betul pada ayat dibawah? Memaklumi Syarikat dengan segera jika pekerja melanggar peraturan Syarikat. Adakah oenggunaan "memaklumkan" lebih tepat? | Untuk makluman, perkataan yang lebih tepat ialah "memaklumkan". Akan tetapi, ayat tersebut tidak gramatis. Ayat yang lebih tepat, "Sila memaklumkan kepada pihak syarikat dengan segera jika terdapat pekerja yang melanggar peraturan". | Tatabahasa | 28.12.2016 |
Saya ingin mengetahui penggunaan ayat yang betul pada pelekat mesin basuh yang ditemui di dobi. Saya mengetahui bahawa penggunaan ayat ini tidak berapa tepat tetapi saya mahu mengetahui ayat yang paling tepat daripada pihak DBP. Rujuk lampiran. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah Sila biarkan penutup mesin terbuka selepas digunakan atau Sila biarkan penutup terbuka selepas menggunakan mesin. | Tatabahasa | 11.06.2021 |
Adakah frasa "mengetahui tentang" betul? Pada hemat saya, "mengetahui" merupakan kata kerja transitif dan mesti diikuti oleh objek yang terdiri daripada kata/frasa nama. Mohon pencerahan, terima kasih. | Perkataan "mengetahui" menerima apitan meN-...-i perlu diikuti objek, seperti contoh ayat yang berikut: “Setelah mengetahui isi hati Ahmad terhadapnya, Aminah terus bersetuju menerima Ahmad sebagai pasangannya.” Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, (DBP, 2015), halaman 204 dan Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 2211. | Lain-lain | 04.01.2024 |
Kebanyakan yang saya lihat penggunaan bangunan serbaguna atau dewan serbaguna yang digunakan pada pada bangunan serba guna itu dirapatkan dan tidak dijarakkan. Adakah penggunaannya itu diterima.. boleh jelaskan? | Ejaan yang betul ialah Dewan serba guna. | Ejaan | 19.05.2024 |