Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Rumah itu besar-besar belaka. Adakah penggunaan " besar-besar belaka " dalam ayat ini betul? | Penggunaan besar-besar belaka itu betul. | Tatabahasa | 14.07.2010 |
Sila tunjukkan kesalahan dari segi tatabahasa dalam ayat ini ( Rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka). Terima kasih | Ayat yang betul ialah semua rumah yang terdapat di kawasan itu besar-besar belaka atau rumah-rumah yang terdapat di kawasan itu besar belaka. | Tatabahasa | 09.09.2009 |
Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh guru besar. Perlu tak 'guru besar' ditulis sebagai'Guru Besar' seperti ' Menteri Besar' kerana nama jawatan ? Terima kasih | Tidak perlu dieja menggunakan huruf besar. Menteri Besar di eja menggunakan huruf besar kerana nama jawatan. Guru besar dieja dengan huruf besar sekiranya Guru Besar Karim. Sama juga dengan Menteri Besar atau Menteri Pertanian. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
Penggandaan kata majmuk bagi guru besar ialah guru-guru besar.Nyatakan mengapa penggandaannya bukan guru besar-guru besar. | Bagi pengejaan kata majmuk yang dijamakkan seperti menteri besar dan guru besar, perkataan yang pertama sahaja digandakan menjadi menteri-menteri besar dan guru-guru besar. contoh lain seperti pakar runding - pakar-pakar runding dan ketua menteri - ketua-ketua menteri. | Tatabahasa | 31.03.2010 |
Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar. atau Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar-besar. ayat yang mana betul? terima kasih. | Untuk membentuk ayat yang gramatis hanya satu kata ganda dalam satu ayat. Oleh itu, ayat yang gramatis ialah Rumah yang didiami oleh orang-orang kaya itu besar. | Tatabahasa | 27.02.2012 |
perkataan guru besar ini ditulis dalam huruf besar atau huruf kecil. (Guru Besar atau guru besar).contohnya, Guru besar menyampaikan hadiah kepada para pemenang. terima kasih | Jika digunakan secara umum, ejaan menggunakan huruf kecil. Misalnya, Hadiah itu disampaikan oleh guru besar. Manakala ' Guru Besar' digunakan merujuk kata nama khas seperti Guru Besar Sekolah Kebangsaan Taman Maluri perlu menggunakan huruf besar. Bagi contoh ayat tersebut, hanya huruf 'g' sahaja perlu ditulis dengan huruf besar kerana permulaan ayat. | Lain-lain | 07.10.2010 |
salam sejahtera, adakah ayat berikut betul? 1. Ibu memberi saya duit. 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. 3. lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. terima kasih atas maklum balas. | 1. Ibu memberi saya duit. - ayat ini betul 2. Lukisan yang dipamerkan di situ indah-indah belaka. - ayat ini lewah, yang gramatisnya Lukisan yang dipamerkan di situ indah belaka. 3. Lukisan yang dipamerkan itu besar-besar belaka. - lewah, lihat penerangan di atas. | Tatabahasa | 15.03.2012 |
Ejaan yang betul 1.Guru Besar atau Guru besar Ayah saya seorang Guru Besar atau Ayah saya seorang Guru besar | Ayat yang betul ialah Ayah saya seorang guru besar. Guru besar ialah kata nama am, Guru Besar SK Keramat ialah kata nama khas. | Tatabahasa | 18.01.2012 |
askm Soalan 1)Pak Latip sering diundang untuk_________gesekan biolanya dalam majlis keramaian yang besar-besar. a)mendengari b)mendengarkan c)memperdengar d)memperdengarkan soalan 2)Pak Amit akan ______anak sulungnya dengan seorang pegawai tentera. a)mempersuamikan b)mempersuami c)bersuamikan d)bersuami tolong berikan jawapan yang betul beserta alasannya tarima kasih | 1. Memperdengarkan. 2. mempersuamikan. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
Saya ingin penjelasan tuan. Bagaimana hendak membezakan Guru Besar (Kn khas)dengan guru besar (Kn Am). 1.Jawatan Guru Besar itu sudah diisi. 2. Dia seorang guru besar yang rajin. 3.Guru besar SJK Ming Chok meninggal dunia semalam. 4.Dalam perbincangan tersebut, Guru Besar memberi pandangan yang bernas dan diterima ramai. Mohon diperjelaskan. | Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. Ayat 1, guru besar ditulis menggunakan huruf kecil kerana ia bersifat umum, manakala dalam ayat 2, 3 dan 4, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tersebut. Contohnya dalam ayat 2, guru besar ditulis dengan huruf besar yang merujuk guru besar itu yang rajin. Begitu juga dengan ayat 3 yang merujuk Guru Besar SJK Ming Chok dan ayat 4 merujuk guru besar yang ada dalam majlis perbincangan. | Tatabahasa | 16.03.2009 |