Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah maksud perkataan lurang | Lurang bermaksud lubang konkrit bertutup di jalan utk membolehkan pekerja memeriksa, membaiki atau menyelenggarakan pembetung dan saliran. | Makna | 21.08.2007 |
makna terbuka | Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, terbuka ialah tidak tertutup (bertutup), terdedah; 2. terlepas, terurai, tertetas (ikatan, jahitan); 3. terkembang, terbentang (layar, payung); 4. terluang, ada (peluang pekerjaan), tersedia: peluang pekerjaan terbuka luas kepada anak-anak muda di kawasan perusahaan luar bandar; 5. telah dilihat (diketahui) orang (rahsia), terdedah, terbongkar: rahsianya telah terbuka; 6. tidak terhad (tersekat) kepada orang tertentu sahaja. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=terbuka untuk lebih lanjut. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Saya ingin mengetahui istilah CCTV dalam bahasa Melayu dikenali sebagai kamera litar tertutup atau kemera litar bertutup. terima kasih | Encik Nazri, Padanan bahasa Melayu yang betul ialah kamera litar tertutup. | Istilah | 16.01.2010 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'diliputi' dan 'diselubungi' dari segi penggunaannya? Tolong terangkan perbezaan itu dengan ayat contoh. Terima kasih. | Dalam kamus Dewan liput bermaksud berselubung, bertutup, dipenuhi oleh. Oleh itu, diliputi sama maksudnya dengan diselubungi.Contoh ayat, wajah isterinya diliputi/diselebungi kemuraman. | Makna | 04.03.2009 |
Salam sejahtera, Tuan/puan, Sila nyatakan ayat mana yang betul. 1. Badan kucing dilitupi bulu. 2. Badan kucing diliputi bulu. Terima kasih. | Berdasarkan Kamus Dewan edisi keempat, maksud liput dan litup adalah seperti yang berikut: litup bermaksud tertutup (tertudung dan lain-lain) rapat-rapat hingga tidak kelihatan; melitupi - menutupi rapat-rapat, menyelimuti, menyelubungi; terlitup - tertutup (tertudung) rapat-rapat; litupan - (Geo) sesuatu yg melitupi liput bermaksud 1. berselubung, bertutup, dipenuhi oleh 2. (kiasan) terselindung, tersembunyi; terliput 1. tertutup oleh sesuatu (air dll); 2. termasuk atau terlingkung (dlm sesuatu kawasan dll) Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua perkataan, iaitu dilitupi dan diliputi boleh digunakan. | Makna | 25.05.2012 |
|
|