Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Majalah-majalah yang bertimbun itu kami baca. Berdasarkan ayat ini, di manakah kesalahannya. Majalah-majalah atau bertimbun-timbun | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: - Majalah yang bertimbun-timbun itu kami baca.
- Majalah yang bertimbun itu kami baca.
| Tatabahasa | 07.05.2025 |
Adakah istilah "serbaguna" dan "serba guna" mempunyai makna yang berbeza? Jika berlainan, adakah istilah seperti "serbaneka" berbeza maknanya dengan "serba aneka"? Ini kerana saya jumpa banyak penggunaan "serbaguna" dieja satu perkataan, tidak seperti "serba " yang lain. | Kata serba guna (dieja dengan dua perkataan) telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana dengan makna barang, alat dan sebagainya yang mempunyai pelbagai kegunaan atau fungsi (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba guna ialah: Baja serba guna mengandungi semua makronutrien asas yang diperlukan oleh tanaman. Untuk kata serba aneka dan serbaneka, kedua-dua bentuk kata ini telah diterima dan telah terakam dalam Kamus Dewan Perdana yang membawa makna pelbagai aneka atau bermacam jenis (KDP 2020: 2069). Contoh ayat bagi kata serba aneka dan serbaneka ialah: Kedai itu menjual barangan plastik serba aneka.•Aku berpusing-pusing lagi di sekeliling gerai yg bertimbun-timbun dgn serbaneka sayur-sayuran dan buah-buahan. | Ejaan | 14.03.2025 |
|
|