Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berkilat, sebaik | bersinar, terbaik | Lain-lain | 14.08.2008 |
Tuan, bulan hanya satu, kenapa dia bukan kata nama khas ? sekian, terima kasih! Lim | Bulan mempunyai banyak makna yang menyebabkan ia bukan dalam golongan kata nama khas. Bulan bukan sahaja satelit semula jadi bumi yg bergerak mengelilingi bumi sekali dlm 28 hari, dan bersinar pada waktu malam oleh cahaya yang dibalikkan dari matahari tetapi mempunyai banyak makna yang lain. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=bulan untuk makna bulan yang lain. | Tatabahasa | 13.01.2013 |
salam bahagia. saya ingin membuat pertanyaan menggenai pengunaan perkataan PLAZA utk satu skim perniagaan. contohnya alamatnya seperti berikut: No. 10 - 4, Blok A, Plaza Prima, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. dan mengenai penggunaan perkataan NOVA, contoh alamat spt berikut: No. 24A-1, Blok C, Pusat Perdagangan Nova, Jalan Tasik Prima 5/2, Taman Tasik Prima, 47100 Puchong, Selangor Darul Ehsan. sekian terima kasih. | Dalam konteks yang saudara maksudkan plaza merujuk kompleks membeli-belah, "plaza prima" merujuk kompleks beli-belah yang mengandungi juga ruang perniagaan yang lain. Oleh itu, "plaza prima" ialah kata nama khas untuk tempat. Begitu juga dengan "Pusat Perdagangan Nova", untuk makluman saudara nova bermaksud bintang yang secara tiba-tiba saja bersinar terang tetapi kemudiannya beransur-ansur pudar semula, walau bagaimnapun kata ini boleh digunakan untuk penamaan tempat. | Makna | 04.03.2009 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bersinar. |
|
Puisi |
---|
|
Gulai kacang campur cendawan, Beri makan tuan puteri; Habis bintang disapu awan, Bulan bersinar dengan matahari.
Lihat selanjutnya... |
|