Salam, 'Tatabahasa Dewan' memang duah menjadi bahan rujukan asas saya. Demi memperkemas lagi pemahaman tatabahasa Melayu, bolehkah Tuan/Puan sarankan bahan-bahan rujukan tambahan yang lain? | Untuk pelajar yang terlibat dengan peperiksaan kami sarankan merujuk buku Tatabahasa Dewan termasuklah edisi sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata : Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman dan Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman.
| Lain-lain | 04.08.2020 |