Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul? | merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Perkataan 'bersama' perlu ditulis sebagai 'bersama-sama'? | Perkataan bersama atau bersama-sama digunakan dalam ayat bergantung kepada konteks ayat tersebut. Contoh ayat; esok harinya Ali datang bersama/bersama-sama anak angkatnya; Bersama/bersama-sama surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit. Untuk maksud semuanya sekali, atau seluruhnya hendaklah digunakan bersama; contoh ayatnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua belah pihak. | Lain-lain | 25.03.2010 |
bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit tuan.. saya kekeliruan dengan bersama dengan anak atau bersama anak ? bersama dengan surat..atau bersama surat...? tq | bersama dengan dan bersama boleh digunakan. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Minta jelaskan penggunaan perkataan bersama. Bolehkah digunakan bersama membangunkan negara ? ataupun bersama-sama yang betul. Sekian, terima kasih. | Frasa "bersama membangunkan negara" dan "bersama-sama membangunkan negara" adalah betul kerana perkataan bersama ada membawa maksud bersama-sama, iaitu berserta, bergandingan dengan dan serentak dengan. | Tatabahasa | 24.07.2011 |
1. Apakah berbezaan antara perkataan bersama dan bersama-sama? Yang manakah frasa yang tepat "bersama-sama rakan-rakan" atau "bersama rakan-rakan" 2. Penggunaan yang tepat bagi perkataan belakangan ini? | 1. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Frasa yang tepat ialah bersama-sama rakan atau bersama dengan rakan. 2. Belakangan ini sama maknanya dengan kebelakangan ini, contoh ayat: Belakangan/kebelakangan ini, banyak anak-anak Melayu yang berminat untuk berniaga. | Tatabahasa | 25.01.2011 |
Tuan, yang manakah betul? Dia telah ke pasar bersama ibunya. Dia telah ke pasar bersama-sama ibunya. Apakah perbezaan bersama dengan bersama-sama? Terima kasih. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Merujuk Kamus Dewan, kata bersama boleh membawa maksud bersama-sama atau berserta. | Tatabahasa | 28.09.2011 |
a.bersama dengan Ali, b.bersama-sama Ali, c. bersama Ali. yang mana satu frasa tersebut betul? | Frasa yang betul ialah bersama dengan Ali dan bersama-sama Ali. | Tatabahasa | 17.01.2011 |
bersama atau bersama-sama | bersama-sama | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Saya hendak bertanya tentang penggunaan perkataan 'bersama' dan 'bersama-sama'. Bagaimanakah penggunaannya yang tepat dan betul? Contoh: (a) Adi pergi ke perpustakaan bersama dengan adiknya. (b) Adi pergi ke perpustakaan bersama-sama adiknya. Sekian, terima kasih. | Salam sejahtera, Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. Kedua-dua ayat yang dikemukakan tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 27.11.2012 |
1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama. | Salam Sejahtera, Jawapan 1: Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. | Tatabahasa | 11.03.2013 |