Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
Apakah kesaahan dalam ayat-ayat berikut: 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. 2. Ikan paus menggunakan udara dari peparunya untuk bernafas. 3. Orang tua itu terjatuh dari basikalnya. | 1. Selain daripada masalah pelajar-pelajar Melayu yang menggunakan dialek Melayu Standard sama ada dalam sistem tulisan dan lisan mereka ada juga pelajar-pelajar berkenaan terutama daripada aliran sains mengalami masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. - Tidak ada dialek yang standard kerana dialek dituturkan dalam kawasan/kumpulan tertentu sahaja. Ayat terlalu panjang dan ttidak menggunakan tanda baca atau kata hubung yang betul. Ayat kedua dan ketiga betul. | Tatabahasa | 10.03.2013 |
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu. | Penggunaan kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut: i. Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu. ii. Budak perempuan itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas; contoh mati lemas. Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan dalam talian di Laman Web DBP. | Tatabahasa | 05.02.2009 |