Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berminat mendalami bidang penulisan novel/cerpen/skrip drama secara serius, bagaimana saya ingin mendapatkan bimbingan secara online?atau perlu ke bengkel?untuk pengetahuan saya kini bergiat aktif dalam bidang penulisan novel/cerpen tetapi kualiti sentuhan tangan saya itu masih lagi diperingkat 'beginner' kemungkinan cara penggunaan bahasa/kosa kata yang kurang sesuai atau kurangnya ayat-ayat puitis barangkali...apakah tips terbaik untuk menjadi seorang penulis berjaya terima kasih zera | Perkara utama untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan perlu mempunyai minat/keinginan yang kuat untuk menulis dan mampu menyampaikan maklumat dalam bentuk karya/tulisan yang boleh difahami dan dimanfaatkan oleh pembaca sasaran. Keperluan asas untuk menjadi seorang penulis ialah tuan/puan menguasai ilmu bidang yang hendak ditulis, mempunyai kemahiran bahasa, memahami pembaca sasaran, mengetahui proses penerbitan dan mempunyai komitmen/disiplin yang tinggi. Untuk mengetahui dan memahami hal penulisan dengan lebih mendalami, tuan/puan perlu membaca buku tentang penulisan dan menyertai kursus penulisan yang dianjurkan oleh mana-mana badan atau organisasi. Untuk menjadi seorang penulis yang berjaya tuan/puan perlu menulis dan terus menulis. | Lain-lain | 04.10.2010 |
sila jelaskan perbezaan bagi frasa "berminat terhadap" dan "berminat dengan". | Dengan digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud bersama-sama menggunakan, cara sesuatu itu dilakukan dan perbandingan. 'terhadap' pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang ada penyambut seperti manusia, haiwa. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Saya berminat untuk membuat mengiklankan kolej kami di dalam dewan siswa untuk tujuan promosi pendaftaran masuk pelajar baru ke kolej kami. Boleh kah pihak tuan menghantar makluman atau nama pegawai untuk saya hubungi, terima kasih. -anis- | Puan boleh menghubungi editor Dewan Siswa, haziah@dbp.gov.my dan hantar salinan e-mel (cc) kepada zubaidi@dbp.gov.my atau fauzilah@dbp.gov.my untuk sebarang pertanyaan atau maklumat tentang periklanan di majalah DBP. | Lain-lain | 12.12.2012 |
Saya berminat dan ingin bertanya tentang prosedur terperinci bagi mendapatkan dana/geran bagi penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi seperti yang diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri bulan Oktober lalu. Siapakan pegawai yang sepatutnya saya hubungi? Jika ada borang atau maklumat tambahan yang boleh saya dapat melalui laman web DBP, silalah beri pautannya. | Pihak kami sedang menyediakan tatacara dan prosedur bagi dana tersebut. Apabila siap nanti, perkara tersebut akan disiarkan dalam laman sesawang DBP. | Lain-lain | 04.01.2012 |
SAYA BERMINAT UNTUK MEMULAKAN KARYA KEMAHIRAN SAYA ATAU MEWUJUDKAN PENULISAN DI DALAM BIDANG YANG SAYA MAHIR. HARAP BANTU SAYA DENGAN MEMBERIKAN LANGKAH-LANGKAH YANG PERLU SAYA IKUTI JIKA MAHU MENERBITKAN BUKU SAYA. | Sila hubungi saya melalui telefon (0122440569) untuk keterangan lanjut. Jika sdr. telah ada bahan penulisan sila bawa bahan tersebut untuk disemak dan dinilai oleh editor DBP. | Lain-lain | 11.11.2011 |
saya berminat untuk terlibat dengan bidang penulisan dan sedang mencari satu medium untuk mempelajari dan mendalami bidang ini. adakah dewan bahasa dan pustaka ada menyediakan kursus penulisan untuk mereka yang baru berkecimpung dengan bidang penulisan? | Untuk meninjau peluang kursus penulisan yang dianjurkan oleh DBP, puan boleh menghubungi Pn Hajah Siti Aisah Murad, Ketua Bahagian Bakat dan Kepakaran (e-mel: aisah@dbp .gov.my) atau layari laman rasmi DBP dari semasa ke semasa untuk mendapatkan pemakluman terkini. | Lain-lain | 10.11.2011 |
Saya berminat menulis sebuah buku tek peringkat Ijazah pertama jurusan matematik untuk subjek Aljabar Linear. Di bawah ada beberapa soalan yang ingin saya tanya 1. Saya diberitahu ada ganjaran RM 20000 untuk penulis disamping bayaran royalti, betulkah? Sehingga bila pemberian ini sah? 2. Bila saya habis tulis the first draft, boleh atau tidak saya minta pertolongan DBP untuk lihat jalan bahasa saya. | Salam sejahtera, Saudara dialu-alukan untuk untuk menyumbangkan penulisan ilmiah. Bahagian Buku Umum, Jabatan Penerbitan, menguruskan penerbitan buku ilmiah. 1. Pada 13 hb. Oktober 2011 diumumkan bahawa Kerajaan melalui Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan mewujudkan dana RM2 juta mulai tahun depan bagi menggalakkan penerbitan buku ilmiah sains dan teknologi bertaraf ilmu tinggi dalam bahasa Melayu. Menurut pengumuman tersebut, penulis yang karyanya layak memperoleh dana itu dan akan diterbitkan oleh DBP akan menerima ganjaran RM20,000 selain royalti. Walau bagaimanapun kriteria, tatacara dan prosedur untuk dana ini akan disediakan dan diperincikan untuk memastikan kejayaan pelaksanaannya dan akan dimaklumkankepada bakal penulis. 2. Penulis digalakkan untuk berbincang dengan editor DBP dari semasa ke semasa untuk memastikan proses penulisan lancar dan dapat menghasilkan buku yang berkualiti. Editor bukan sahaja akan menyemak manuskrip dari segi bahasa tetapi juga keseluruhan manuskrip. | Lain-lain | 18.10.2011 |
Saya berminat menulis cerpen, dan telahpun siap satu cerpen. Adakah cara supaya saya boleh mendapatkan pendapat secara kritis bagaimana cara untuk memperbaiki karya saya supaya menjadi lebih baik dan menarik? Terutama dari segi gaya bahasa dan susunan cerita. Kerana setakat ini komen yang diberikan kepada saya lebih kepada ok, not bad, boleh tahan. Saya perlukan komen yang lebih kritis. Aspek mana yang boleh diperbaiki. Di mana kekurangan dan kelebihan karya saya. Untuk pengetahuan, saya banyak menggunakan dialog campuran BM-BI. Jadi konsep ceritanya tidaklah berunsur sastera. Harap maklum. Terima kasih. | Tidak ada khidmat untuk menyemak karya kreatif karya individu. Apa yang dapat kami bantu ialah memberikan beberapa panduan untuk menghasilkan karya yang baik, antaranya ialah: 1. Karya mengandungi pemikiran dan perasaan 2. Karya diolah dengan keindahan bahasa yang baik 3. Karya mempunyai nilai-nilai murni 4 Karya mampu merangsang pemikiran pembaca 5. Karya juga ditulis dalam bahasa Melayu yang baik dan betul Untuk maklumat, saudara boleh merujuk beberapa buah buku panduan penulisan yang telah diterbitkan oleh DBP. | Sastera | 20.07.2011 |
saya berminat menghantar karya saya iaitu cerpen ke majalah dewan sastera atau sebagainya,asalkan terbitan DBP. Apakah alamat email yang wajar saya hantarkan karya tersebut? | Saudara boleh menghantar kepada editor Dewan Sastera,rozninah@dbp.gov.my | Lain-lain | 05.01.2011 |
Saya berminat menghantar manusktip novel, siapakah pihak DBP yang boleh dihubungi? | Saudara boleh menghantar manuskrip saudara kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur, sekiranya karya saudara untuk bacaan dewasa, jika untuk kanak-kanak dan remaja, saudara boleh menghantarnya kepaa Ketua, Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 11.11.2010 |