Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Pasukan itu disertai oleh wakil dan kaum yang berbagai-bagai yang bermastautin di Malaysia. munsyi, bagaimanakah betulkan ayat ini? TQ | Pasukan itu disertai oleh wakil daripada pelbagai kaum yang bermastautin di Malaysia. Sila rujuk kamus untuk memilih perkataan yang tepat dan rujuk buku tatabahasa untuk membina ayat dengan betul. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
1.penjodoh bilangan bagi isi cempedak yang digoreng .ulas atau ketul 2. perbezaan bermastautin dan bermukim 3. bolehkan perkataan gusar membawa maksud bimbang , risau atau takut | 1. Kedua-duanya boleh digunakan: ulas atau ketul. Yang paling tepat: ulas. 2. bermastautin- bukan penduduk asal/tetap yang tinggal di sesuatu tempat/kawasan. bermukim- penduduk asal yang tinggal di kawasannya. 3. Gusar bermaksud: berang, marah dan tidak membawa maksud bimbang, risau atau takut. | Lain-lain | 09.09.2009 |
Kanak-kanak yang bermastautin di dalam bandar sentiasa terdedah kepada alam siber dan permainan komputer. ayat ini betul? | Frasa yang gramatis dengan konteks ayat tersebut ialah "di bandar". | Tatabahasa | 04.08.2013 |
apakah maksud bumi dipijak langit dijunjung | Bumi dipijak langit dijunjung bermaksud di mana kita berada (tinggal, bermastautin atau hidup), kita hendaklah mematuhi dan akur terhadap peraturan atau undang-undang / perlembagaan, taat setia dan sanggup berkorban demi mempertahankan tempat tersebut. | Makna | 15.03.2008 |
(1) Ayat bahasa inggeris ialah "with the contuinity of residence in Malaysia" diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia sebagai "dengan keberterusannya kemastautinan di Malaysia" Penggunaan perkataan "residence" di dalam ayat B.I tersebut telah diterjemahkan kepada kemastautinan. Sama ada terdapat sebarang perbezaan perkataan kemastautinan dengan perkataan permastautinan? (2) Ayat Bahasa Inggeris ialah "twelve and a half year". Sama ada terjemahan di dalam Bahasa Malaysia ialah dua belas tahun setengah atau dua belas setengah tahun? | Saudara, i. Perkataan kemastautinan merujuk keadaan manakala permastautinan merujuk perihal bermastautin. ii. Dua belas setengah tahun | Lain-lain | 25.02.2010 |