Hi, saya nak tanya apa maksud berlarut-larut di ayat berlarut-larut berpura-pura sempurna yang dalam lirik lagu Jiwa yang bersedih. Boleh kita gunakannya dalam karangan atau apa ketika peperiksaan? | Menurut Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) halaman 1256, perkataan berlarut-larut ialah kata kerja tak transitif yang membawa maksud berlarutan. Perkataan berpura-pura (halaman 1777) pula membawa maksud berbuat seakan-akan (seolah-olah), melakukan diri seperti seseorang yang bukan dirinya. Kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam karangan mengikut konteks dan kesesuaian ayat. Dalam konteks lirik yang diajukan, teks tersebut mungkin membawa maksud perlakuan berpura-pura yang berterusan kerana karya sastera mempunyai tafsiran makna yang luas dan tiada had pemaknaan. | Tatabahasa | 30.04.2024 |