Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
DEFINISI PIHAK BERKEPENTINGAN | Kepentingan bermaksud mempunyai kepentingan, iaitu perihal sifat penting, peri mustahak, keperluan; sesuatu yang penting (dituntut, dihargai) demi kebaikan, manfaat; hak atau saham dalam sesebuah syarikat. Pihak berkepentingan boleh didefinisikan sebagai pihak yang mempunyai hak atau saham dalam sesuatu perkara, atau mempunyai keperluan, atau inginkan sesuatu manfaat. | Makna | 01.03.2008 |
Salam, Sayan ingin mengetahui Stakeholder Engagement dalam Bahasa Malaysia. Terima kasih. | Istilah bahasa Melayu bagi Stakeholder ialah Pihak Berkepentingan, manakala Stakeholder Engagement ialah Perjanjian Pihak Berkepentingan. | Istilah | 17.11.2011 |
pakah peribahasa yang sesuai digunakan utk situasi berikut : penyiasatan kes pecah amanah itu bertambah rumit dan amat sukar ditangani seperti ...... kerana membabitkan banyak pihak yang berkepentingan. adakah jawabannya ialah duri dalam daging? atau? apa peribahasa utk menggambarkan situasi yang sukar diselesaikan kerana byk melibatkan pihak yang berkepentingan? tq | Berdasarkan kata kunci 'sukar diselesaikan' ada dua peribahasa yang sesuai, iaitu 'Seperti aur ditarik songsang' dan 'Berkelahi dalam kepuk'. Untuk maklumat lanjut lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sukar+diselesaikan&d=11 dan klik medan 'Peribahasa'. | Lain-lain | 28.02.2012 |
maksud STAKEHOLDERS dalam bahasa Melayu dan penggunaan akauntabiliti. | Terjemahannya ialah pihak berkepentingan. Akauntabiliti bermaksud kebertanggungjawaban. | Istilah | 22.10.2007 |
apakah peribhs utk situasi : penyiasatan kes amanah itu bertambah rumit dan amat sukar utk ditangani spt ........ kerana membabitkan byk pihak yg berkepentingan. | Untuk mendapat maklmat tentang peribahasa, sila rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu (Abdullah Hussain) terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 17.02.2012 |
Apakah terjemahan menurut DBP bagi perkataan stakeholders? | En. Mohamad Saidy, Padanan bahasa Melayu bagi perkataan tersebut ialah pihak berkepentingan. | Istilah | 06.02.2010 |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Quran buruk ialah bahasa kiasan yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu pula ada peribahasa seperti Kuran (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa. Namun, rakan saya pernah mencadangkan agar kita menukar ungkapan Quran buruk menjadi Quran lama demi menjaga kesucian Islam. Apakah pandangan pihak tuan? Terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pendapat tuan akan saya kemukakan kepada pihak yang berkepentingan dalam pembinaan istilah. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
Apakah terjemahan 'stakeholders' di dalam bahasa melayu? Stakeholders di sini bermaksud pihak-pihak yang terlibat di dalam menjayakan sesebuah perniagaan seperti pelanggan, kakitangan, pemegang saham, pembekal dan masyarakat di sekeliling. Saya menterjemahkannya sebagai 'Rakan-rakan niaga'. Adakah terjemahan ini boleh diterima pakai? Terima kasih. | Encik Rusman, Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan secara harfiah dalam bahasa Melayu kata stakeholder (leg.) pemegang amanah harta/pemegang saham. Walau bagaimanapun, stakeholders yang dimaksudkan oleh tuan dalam konteks perniagaan/ekonomi, iaitu "pihak berkepentingan" dalam sesebuah syarikat atau organisasi sama ada yang terlibat secara langsung atau sebaliknya. Oleh itu. cadangan tuan "Rakan Niaga" tidak dapat diguna pakai dalam konteks ini kerana membawa maksud atau interpretasi yang berbeza. Kami mengucapkan terima kasih atas cadangan istilah ini. | Istilah | 30.03.2009 |