Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Adakah ayat berikut gramatis? 1. Saya yakin dia akan berjaya. (tanpa tanda koma) 2. Saya yakin, dia akan berjaya. (ada tanda koma) Jika ya, apa bezanya? | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan. | Tatabahasa | 14.10.2017 |
Salam sejahtera. Ayat yang manakah yang mempunyai penggunaan tanda koma yang betul? 1) Awak dah makankah belum? 2) Awak dah makankah, belum? 1) Adik nak ikut kakak tak? 2) Adik nak ikut kakak, tak? | Tidak perlu tanda koma dalam ayat tanya tersebut. Jeda (berhenti sebentar) hanya wujud dalam sebutan, tidak pada tulisan. | Tatabahasa | 29.10.2016 |
Dalam penggunaan sari kata, bilangan huruf yang digunakan amat penting untuk memastikan penonton dapat membaca sari kata dengan kelajuan yang sepatutnya. Dalam konteks ini, bolehkah "ialah" atau "adalah" digugurkan? "Teori buat masa ini isu kewangan." atau "Teori buat masa ini ialah isu kewangan." atau "Teori buat masa ini, isu kewangan." | Penggunaan kata pemeri ialah hadir di hadapan frasa nama dan kata pemeri adalah hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Perlu diingat bahawa penggunaan kata pemeri amat terbatas dan kurang digalakkan dalam pembentukan ayat bahasa Melayu. Oleh itu, kata pemeri ialah/adalah boleh digugurkan tanpa menggantikannya dengan tanda koma. Hanya jeda (berhenti sebentar) ketika melafazkannya. | Tatabahasa | 07.07.2020 |
salam 1 Malaysia, soalan saya, adakah saya perlu untuk meletakkan tanda koma selepas perkataan (ini bermakna dan manakala) bagi ayat berikut: Ini bermakna, responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala, dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. terima kasih | Ini bermakna responden guru yang mengajar di SR, SM dan responden guru yang mempunyai ikhtisas SP, DP, dan SMP menunjukkan tahap persetujuan yang setara terhadap tanggungan tugas tersebut. Manakala dalam angkubah pengalaman mengajar, menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persetujuan guru dalam tanggungan Tugas pengurusan sekolah. Tidak perlu tanda koma selepas kedua-dua perkataan tersebut, walau ada jeda (berhenti sebentar) sewaktu kita membacanya. | Tatabahasa | 07.08.2015 |
Mohon semak istilah atau frasa dalam Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia yang telah di terjemahkan. Soalan: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Putar Pemegang ke "1" dan tunggu ART berhenti (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 4. Putar Pemegang ke "2" dan tolak pintu untuk membuka (Turn handle to "2" and push door to open) 5. Jika tidak dapat putar pemegang ke "2". tunggu sebentar dan cuba sekali lagi (If handle does not turn to "2", wait and then try again) 6. Denda akan dikenakan diatas sebarang penyalahgunaan (Any misuse will be subject to a fine) | Cadangan terjemahan yang bersesuaian adalah seperti yang berikut: 1. Pembuka Pintu Kecemasan (Emergency Door Release) 2. Buka Penutup (Open the Cover) 3. Denda akan dikenakan terhadap sebarang penyalahgunaan. (Any misuse will be subject to a fine) 4. Putar pemegang ke arah angka "1" dan tunggu ART berhenti. (Turn handle to "1" and wait for ART to stop) 5. Putar pemegang ke arah angka "2" dan tolak pintu untuk membuka. (Turn handle to "2" and push door to open) 6. Jika tidak dapat memutar pemegang ke arah angka "2", tunggu sebentar dan cuba sekali lagi. (If handle does not turn to "2", wait and then try again) Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan di atas hendaklah bersesuaian dengan konteks penggunaan dalam bidang yang dimaksudkan. | Lain-lain | 19.08.2024 |
|
|