Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasan | Pandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama." | Tatabahasa | 11.09.2013 |
saya berharap pertandingan sajak dapat digiatkan semula.saya adalah pelajar smskt yang berminat dalam bidang sastera khususnya dalam bidang puisi sajak.diharapkan agar ada pihak tertentu dapat memberi perhatian ke atas cadangan saya ini.contohnya kalau di kelantan dulu,,pihak GEMA (gabungan Penulis-Penulis Muda Kelantan )mengadakan pertandingan sajak pada setiap bulan september bagi aktiviti bulan bahasa dan sastera negara(BBSN). | Dalam hal ini, sdr. boleh berhubung dengan pejabat kebudayaan negeri yang berhampiran dengan tempat tinggal sdr. bagi mendapatkan maklumat tersebut. Difahamkan pada bulan Ogos ini, pertandingan deklamasi puisi peringkat kebangsaan anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia (KPKKW) dengan kerjasama Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) akan diadakan. Sdr sdr. boleh menghubungi talian 03-26127600 (KPKKW) atau 03-21442412 (GAPENA) bagi mendapatkan keterangan lanjut tentang peraduan ini. Selamat berjaya! Terima kasih dan salam. | Lain-lain | 01.05.2008 |
Assalamualaikum, Saya berharap agar dialog di bawah dapat dibetulkan. Terima kasih. Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo | Lihat Lampiran | Tatabahasa | 20.10.2011 |
Tuan/Puan, Saya berharap agar pihak tuan dapat (1)mencadangkan buku-buku yang berkenaan tatabahasa bahasa melayu, sejarah bahasa melayu dan juga sejarah kesusasteraan melayu. Hai ini demikian kerana saya sedang menjalani pengkajian tentang penjodoh bilangan BM. Dalam skop kajian saya, saya berharap dengan bantuan korpus yang dibekalkan oleh pihak tuan, saya dapat mangkaji masa wujudnya sesuatu penjodoh bilangan atau perubahan makna sesuatu kata sehingga berfungsi sebagai penjodoh bilangan.Tetapi pengetahuan saya tentang bahasa melayu terutamanya bahasa melayu kuno atao klasik adalah lemah. Dengan ini, saya berharap dapat melalui pembacaan dapat mengetahui bagaimana pakar bahasa membezakan bahasa kuno dan moden sehingga saya dapat mencari perbezaannya dari dua peringkat ini. (2)Soalan kedua adalah tentang translasi klasik melayu dan data yang dikumpul dalam korpus. Dalam pengetahuan saya, klasik melayu lama asalnya ditulis dengan tulisan Jawi. Saya tidak pasti sama ada dalam teks asal tersebut telah mengandungi penjodoh bilangan ataupun adalah akibat ditambah oleh penterjemah untu menyesuaikan nahu bahasa melayu standard. (3)Selain itu, karya yang dikumpul dalam korpus adalah edisi lengkap atau edisi ringkas? Bantuan pihak tuan didahului dengan ribuan terima kasih. | Tuan/Puan boleh merujuk buku-buku seperti Tatabahasa Dewan Edisi Keempat oleh Nik Safiah Karim et. al; Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima oleh Asmah Haji Omar; Pelita Bahasa Melayu Penggal I - III (Edisi Baharu) oleh Zainal Abidin Ahmad (Za'ba); Ilmu Mengarang Melayu oleh Za'ba; Kitab Ilmu Bahasa Melayu oleh Za'ba, dan sebagainya. Tuan juga boleh merujuk buku-buku dalam Siri Monograf Sejarah Bahasa Melayu seperti Gaya Bahasa Sastera Melayu oleh Umar Junus; Inskripsi Melayu Sriwijaya oleh G. Coedes (disunting dan diperkenalkan oleh Asmah Haji Omar), serta buku-buku sastera lama seperti Sulalat Al Salatin, Sejarah Melayu, buku-buku hikayat dan lain-lain. Semua buku ini adalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Maklumat dan rujukan lain mungkin boleh didapati di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. | Lain-lain | 24.05.2011 |
Saya sedang melakukan kajian mengenai novel Warna Sebuah Lembah karya En. Osman Ayob dan berharap dapat menghubungi beliau untuk bertanyakan beberapa soalan. Oleh itu, bolehkah DBP memberikan cadangan tentang cara-cara unbtuk menghubungi En Osman Ayob ? Sekiranya pihak DBP tidak keberatan, saya berharap agar pihak DBP dapat memberikan nombor telefon dan juga alamat emel beliau. Segala kerjasama pihak tuan amat saya hargai dalam menyempurnakan kajian saya. Terima kasih. | Tidak ada maklumat yang berkaitan dengan Encik Osman Ayob dalam pangkalan data kami, apa yang ada ialah karya-karya beliau yang diterbitkan oleh penerbit luat. Berdasarkan maklumat tersebut juga kebanyakan karya beliau diterbitkan dalam akhbar Utusan Malaysia dan Berita Harian. Oleh itu, kami cadangkan saudara berhubung dengan kedua-dua editor dan sayrikat penerbitan akhbar berkenaan untuk membantu saudara mendapatkan maklumat yang diperlukan. | Badan Penulis | 20.07.2011 |
Assalam,tuan.Saya berharap agar lebih banyak pertandingan menulis esei dianjurkan dBP pada masa akan datan bagi merakyatkan lagi bahasa kebangsaan kepada Pelajar2 Malaysia. | Untuk makluman saudara, setiap tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Peraduan Mengarang Esei yang terbahagi kepada tiga kategori (3), iaitu untuk Kategori A: kakitangan awam dan swasta, Kategori B: Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan Guru Malaysia, serta Kategori C: Sekolah Menengah. | Lain-lain | 24.06.2010 |
Assalamualaikum... Saya ingin bertanya tentang prosedur menerbitkan buku.Saya berharap akan mendapat penjelasan yang sewajarnya berkaitan dengan peluang penerbitan,penulisan dan juga hakcipta serta royalti.. terima kasih | Tentang prosedur penerbitan buku, bergantung pada sistem operasi sesebuah penerbit dan jenis buku itu sendiri. Tentang peluang penerbitan dan penulisan, DBP membuka peluang kepada semua penulis - seperti penulisan makalah untuk majalah dan jurnal; entri untuk ensiklopedia; buku am fiksyen dan bukan fiksyen; buku ilmiah yang meliputi pelbagai bidang ilmu seperti sastera, bahasa, sains sosial dan kemanusiaan, sains dan teknologi, agama dan falsafah. Hakcipta karya dipegang oleh penulis. Bayaran royalti seperti yang berikut: Buku ilmiah/pengajian tinggi: 20%. Buku am (dewasa, remaja, dan kanak-kanak) 12%. | Lain-lain | 21.11.2007 |
Adakah pihak DBP menyediakan application kamus untuk apple iphone @ ipad? jika tidak, saya berharap pihak DBP dapat memulakannya memandangkan ianya mampu digunakan secara meluas. Bahkan, terdapat juga pihak swasta telah menyediakannya tetapi ianya tidak lengkap/tepat sebagaimana terdapat didalam DBP. Pada masa sekarang, pengguna tidak hanya berdasarkan kepada application windows, tetapi juga kepada application mac. sekian, terima kasih | Belum ada lagi aplikasi kamus untuk gadget. Kami ambil maklum cadangan saudara dan bersetuju dengan pandangan saudara. Untuk memperkasakan bahasa dan menggalakkan penggunaan bahasa yang baik dan betul, infrastruktur dan infostruktur memperkembangkan bahasa harus lengkap dan selari dengan perkembangan semasa. | Lain-lain | 31.12.2011 |
Saya masih lagi belum mendapat jawapan kepada pertanyaan saya yang lalu. Saya sememangnya berharap puisi-puisi saya itu dapat diterbitkan oleh DBP. Saya harap akan mendapat jawapan yang positif. | Jika saudara berminat untuk menerbitkan karya saudara (puisi), sila hubungi Ketua Bahagian Penerbitan Sastera, Tingkat 11, Menara DBP, 50926 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 21.12.2008 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |