Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
'khazanah sejarah 35 tahun DBKL ini akan memberi informasi dan bahan rujukan yang berguna...' sy nak buat ayat diatas yang lebih elok dan formal. | Cadangan kami ialah 'sejarah dan khazanah 35 tahun DBKL memberikan informasi yang berguna selain dijadikan bahan rujukan. | Tatabahasa | 23.12.2008 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Saya mahasissua YUI ada soalan Kenapa bahasa Melayu sekarang orang tidak berguna | Bahasa melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia. | Lain-lain | 14.07.2010 |
boleh tak pengunaan dengan diawal ayat contohnya dengan membaca buku kita akan menjadi orang yang berguna. | Perkataan dengan boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 19.07.2013 |
keperluan asas | 'Keperluan' bermaksud perihal perlu atau sesuatu yang diperlukan atau sesuatu yang berguna. Manakala 'asas' pula bermaksud menjadi aaalas, dasar, tapak atau sesuatu yang menjadi sandaran/pendukung kepada sesuatu yang lain. Oleh itu, maksud keperluan asas adalah bergantung pada konteksnya. Dalam kehidupan manusia, keperluan asas bermaksud rumah, makanan, dan pakaian. | Lain-lain | 03.04.2008 |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, Quran buruk ialah bahasa kiasan yang bermaksud sesuatu yang tidak boleh diharapkan atau tidak berguna lagi tetapi masih dihormati kerana sebab-sebab tertentu. Dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu pula ada peribahasa seperti Kuran (Quran) buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa. Namun, rakan saya pernah mencadangkan agar kita menukar ungkapan Quran buruk menjadi Quran lama demi menjaga kesucian Islam. Apakah pandangan pihak tuan? Terima kasih. | Terima kasih atas pandangan yang diberikan. Pendapat tuan akan saya kemukakan kepada pihak yang berkepentingan dalam pembinaan istilah. | Tatabahasa | 16.04.2012 |
tuan, Salam sejahtera.Tuan adakah ayat-ayat berikut betul. a. Sementara menunggu ikan terpancing saya membaca buku cerita. b. menjadi orang yang baik. Saya terbaca dalam satu latihan kesalahan tatabahasa yang mengatakan bahawa ayat tersebut salah. Ayat yang betul ialah 'menjadi manusia / insan yang berguna.' Justeru, saya meminta tuan menerangkan kepada saya mengapakah tidak boleh menggunakan perkataan 'orang' dalam ayat tersebut. c. 'dalam kalangan' bolehkah diikuti dengan kata nama yang digandakan? Contoh : dalam kalangan murid-murid /murid? Sekian, terima kasih. | a. Sementara menunggu ikan terpancing, saya membaca buku cerita. Ayat ini betul dan perlu ditambah koma selepas perkataan terpancing. b. Ketiga-tiga ayat 'menjadi orang yang baik', 'menjadi manusia yang berguna' dan 'menjadi insan yang berguna' adalah betul. Penggunaan perkataan orang, manusia atau insan mungkin berubah dan bergantung pada konteks. c. dalam kalangan murid adalah betul. Perkataan murid tidak perlu diulang kerana dalam kalangan telah membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
mana satu tepat bagi ayat berikut. saya mahu apabila kamu semua keluar dari sekolah ini, ____________- akan menjadi insan yang berguna kepada masyarakat, kata cikgu najihah kepada pelajar-pelajarnya. adakah kamu, kalian atau anda ..jawapannya. | kalian. | Tatabahasa | 08.04.2013 |
Berikan makna maslahat dan contoh ayat. Bagaimana untuk membezakan ayat aktif dengan ayat aktif transitif. | Maslahat ialah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Contoh ayat : Setiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebut tadi adalah maslahat. Bagi mendapatkan perbezaan ayat aktif dengan ayat aktif transitif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 17, hlm.484. | Makna | 19.06.2008 |
Assalaamu 'alaikum. Saya memerlukan rujukan bagi bahasa Melayu seperti ejaan, kamus, istilah, dsb, termasuk teknikal dan bukan teknikal, sebagai benchmark kualiti terjemahan kami. Kami dapati laman web ini amat berguna bagi kami. Oleh kerana tugas kami banyak berbentuk dalam talian, kami ingin melanggan penggunaan laman web ini, antaranya, dan rujukan lain seperti perisian ejaan dsb yang sentiasa terkemas kini agar kami dapat gunakan dalam tugas harian kami. Selain daripada penterjemah dalaman, kami juga menggunakan khidmat penterjemah bebas, dan kami berharap mereka juga dapat melanggan daripada Tuan agar kami dapat menghasilkan terjemahan yang standard dan berkualiti sepanjang masa. Saya ingin tahu sama ada Tuan telah pun mempunya skim sebegini, dan jika ada, bolehkah Tuan perincikan harganya. Sekian, terima kasih. Dengan hormatnya, mardia p/s: En Sulaiman Kaiat, adakah Tuan dulu pelajar ISK di UTM Jln Gurney ? Kalau saya tak silap, Tuan pernah menjawab jawatan di persatuan ISK (PERSAKA) kan? Walaubagaimanapun, tahniah atas kemajuan laman web ini. Saya banyak menggunakannya dan kini saya ingin melanggan penggunaan laman web ini secara formal atas nama majikan saya. Alamat emel resmi saya di tempat kerja mnasiruddin@sdl.com Wassalaam. | Terima kasih atas penghargaan dan pandangan yang saudara berikan. Untuk makluman saudara, pihak kami tidak menyediakan khidmat penterjemahan secara khusus melainkan penyemakan bahasa bagi teks atau penyemakan teks yang telah diterjemahkan dalam dokumen rasmi (antara 50-100 patah perkataan). Bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut, saudara boleh menghubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-21424381 atau Institut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210. | Lain-lain | 09.02.2009 |