| Soalan | 
    Jawapan | 
    Jenis Soalan | 
    Tarikh Soalan | 
   
  | maksud dalam bahasa melayu 1) bestari 2) bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik. | Lain-lain | 19.10.2010 |  
  | maksud bistari secara detail dan perkataan seerti bistari | Ejaan yang betul ialah bestari. Maknanya ialah cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yg baik.   | Makna | 19.09.2008 |  
  | Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa. | Budi bahasa  bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan. | Makna | 17.06.2008 |  
  | assalamu alaikum. mohon jelaskan maksud budi bahasa. kenapa ia begitu penting dalam masyarakat melayu. mohon jelaskan latarbelakang pembuatan ungkapan ini. terima kasih | Budi bahasa  bermaksud mepunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejehteraan. | Makna | 22.02.2008 |  
 
				 
			 
		 
	 
                        
 
                    
                 | 
                
                    
    | Tesaurus | 
|---|
  |  | Tiada maklumat tesaurus untuk kata berbudi pekerti |  
  |  
  
    
   
      
                 |