Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apakah perbezaan antara bersopan santun dan berbudi bahasa? | Bersopan santun dan berbudi bahasa sama maksudnya, iaitu beradab atau berakhlak. | Tatabahasa | 21.02.2012 |
Salam Sejahtera. Untuk ucapan terima kasih, manakah yang lebih sesuai antara berbudi bahasa dengan menghargai jasa. Sekian. | Ucapan terima kasih lazimnya diucapkan kerana membalas budi atau menghargai jasa yang diberi. | Tatabahasa | 02.03.2012 |
Salam Tuan, Soalan saya apakah maksud amalan berbudi bahasa. | Budi bahasa bermaksud mempunyai budi bahasa yang baik yang merangkumi pekerti, akhlak, watak dan kelakuan yang baik, sopan, pemurah dan sebagainya yang disebut sebagai nilai-nilai murni. Amalan budi bahasa bukan sahaja penting dalam masyarakat Melayu , malahan dalam semua masyarakat sememang-memangnya mengajarkan cara hidup yang baik. Tujuan mengamalkan cara hidup berbudi bahasa adalah untuk mewujudkan suasana aman, harmoni, kerjasama, hormat-menghormati, kasih sayang, dan kesejahteraan. | Makna | 17.06.2008 |
tidak gelojoh ketika makan. apakah nilai murni yang sesuai bagi ayat berikut sama ada berbudi bahasa atau bersopan santun. terima kasih | Kedua-duanya boleh digunakan. Yang paling hampir ialah bersopan santun. | Tatabahasa | 20.01.2013 |
Apakah yang dimaksudkan dengan nilai kemanusiaan dalam karya sastera moden? | Nilai kemanusiaan dalam karya sastera ialah sifat atau sikap seperti baik, jahat, pemalu, sombong, berbudi bahasa dan sebagainya. Sekian dan terima kasih. | Lain-lain | 05.02.2009 |
Perbuatan ini menunjukkan kita seorang yang berbudi bahasa. Adakah penggunaan kita seorang itu betul ? Kita adalah jamak manakala seorang adalah tunggal. | Dalam konteks ayat di atas, "kita" ada yang bermaksud "saya" dan biasanya digunakan dalam bahasa percakapan, oleh itu "kita seorang" bermaksud "saya seorang". | Tatabahasa | 27.07.2007 |
apakah fungsi kesantunan bahasa pada zaman ke arah kemajuan? | Kesantunan bahasa penting supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi bahasa. Kesantunan mempunyai sistem sapaan dan panggilan tersendiri melibatkan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan. | Lain-lain | 06.09.2006 |
Apakah contoh-contoh novel kanak-kanak yang berunsurkan islam? | Semua novel kanak-kanak yang diterbitkan oleh DBP mempunyai unsur-unsur Islam, kerana dalam setiap novel nilai-nilai murni menjadi salah satu nilai yang diterapkan dalam novel. Setiap novel yang dipilih untuk diterbitkan mesti mempunyai nilai murni, seperti berbudi bahasa, berbaik sangka, ketaatan kepada ibu bapa, menghormati orang tua dan sebagainya. | Lain-lain | 16.07.2009 |
1) Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Petua/Teknik?Saya kurang faham maksud kedua dalam Kamus Dewan berkaitan dengan perkataan teknik. - Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah______ulang kaji yang pantas untuk memperoeh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Apakah jawapan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Membentuk/Mewujudkan?Mengapa?Saya kurang jelas tentang perbezaan kedua-dua perkataan tersebut. -Penyemaian budaya hemah tinggi perlu ditingkatkan bagi __________ rakyat yang berbudi bahasa. 3) Apakah perkataan yang sesuai bagi tempat kosong di bawah?Menemukan/Menemui?Saya masih keliru dengan maksud kedua-dua perkataan tersebut. -Mayat bayi itu _______ di celahan timbunan sampah. | 1) Penggunaan buku koleksi model UPSR ialah petua ulang kaji yang pantas untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. 2)Penyemaian budaya berhemah tinggi perlu ditingkatkan bagi mewujudkan/membentuk rakyat yang berbudi bahasa. (kedua-dua boleh digunakan) 3) Mayat bayi itu ditemui di celahan timbunan sampah. | Tatabahasa | 25.06.2013 |
saya telah beberapa kali mencari perkataan KESANTUNAN BAHASA dalam carian kata.apakah yang dimaksudkan dengan KESANTUNAN BAHASA? | Kesantunan bahasa bermaksud penggunaan bahasa Melayu yang santun, bersopan dan halus serta sesuai dengan peringkat sasaran penerimanya. Kesantunan ini dilihat dari segi pemilihan kata (diksi) yang menunjukkan aspek berbudi bahasa dan pengetahuan yang tinggi dalam bidang bahasa, sapaan yang tepat kepada sasaran, nada suara yang lembut sesuai dengan situasi, menunjukkan rasa hormat kepada orang lain dan aspek-aspek lain yang memperlihatkan nilai-nilai yang baik. Aspek kesantunan termasuk dalam penulisan dan pertuturan. | Makna | 09.01.2008 |