Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
apakah perbezaan penggunaan perkataan "pelbagai" ,berbagai dan berbagai-bagai | Mengikut Kamus Dewan Edisi 4 berbagai bermaksud berbanding,bersamaan. Pelbagai dan berbagai-bagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Dalam konteks penggunaan untuk maksud beberapa jenis kata yang tepat ialah pelbagai atau berbagai-bagai. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi 4, hal. 102. | Lain-lain | 25.05.2010 |
Bolehkah anda tolong jelaskan penggunaan perkataan 'pelbagai' dan 'berbagai-bagai' dalam sesuatu ayat? terima kasih | Pelbagai bermaksud berbagai-bagai atau beberapa jenis. Contoh ayat: Pelbagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan ataupun Berbagai-bagai jenis kuih-muih dijual di bazar Ramadan. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
Wujud atau tidak perkataan perbagai yang bermaksud berbagai-bagai/pelbagai. Pelbagai jenis barang atau pelbagai barang ? | Mengikut Kamus Dewan Edisis Keempat kata pelbagai, perbagai perbagai-bagi bermaksud berbagai-bagai, beberapa jenis. Yang lazim atau yang telah m,antap penggunaannya ialah berbagai-bagai atau pelbagai seperti dalam penggunaan pelbagai barang. Kata pelbagai sudah membawa maksud beberapa jenis. | Makna | 19.03.2008 |
adakah terdapat perbezaan antara pelbagai jenis barang dan berbagai-bagai jenis barang dan berbagai-bagai barang serta pelbagai barang? penggunaan jenis dalam frasa tersebut perlu atau bersifat lewah? macam mana ngan penggunaan berbagai-boleh digunakan untuk membilang ke? tq | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat antara makna kata bagai ialah jenis. Kata pelbagai bermaksud berbagai-bagai,beberapa jenis. Sila rujuk halaman 102. Oleh yang demikian, sudah memadai apabila kita menggunakan frasa pelbagai barang atau berbagai-bagai barang. Kata berbagai pula bermaksud berbanding, bersamaan dan bukan digunakan untuk membilang. | Tatabahasa | 28.01.2008 |
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasih | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Salam, kata bilangan 'berbagai-bagai' termasuk dalam kata bilangan tak tentu atau kata bilangan himpunan? Sekian, terima kasih. | Perkataan berbagai-bagai tergolong dalam kata bilangan tak tentu. | Tatabahasa | 18.07.2013 |
kalau berbagai-bagai boleh disingkatkan menjadi pelbagai kenapa bermacam-macam tidak disingkatkan menjadi pelmacam? | Ejaan yang digunakan masih bermacam-macam atau macam-macam yang bermaksud berbagai-bagai, berjenis-jenis dan berupa-rupa. | Ejaan | 15.02.2008 |
salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah ayat ini betul atau sebaliknya. Pencemaran sungai terjadi disebabkan oleh berbagai-bagai faktor. Terima kasih | Ayat yang betul ialah, "Pencemaran sungai disebabkan oleh berbagai-bagai faktor" | Tatabahasa | 24.06.2008 |
Saya mendapat maklumat mengatakan perkataaan "Pelbagai" tidak boleh lagi digunakan. Ia harus diganti dengan berbagai-bagai. Maklumat ini betul atau salah. Terima kasih. | Encik Mohd. Nor, Kedua-dua perkataan ini masih digunakan, iaitu sama ada pelbagai atau berbagai-bagai. | Tatabahasa | 01.06.2010 |
1.Adakah Berbagai-bagai dan pelbagai betul? terima kasih | Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Terima kasih. | Lain-lain | 11.03.2010 |