Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang ekonomi/Ekonomi. | Esok pagi Melissa akan berangkat ke Australia untuk menyambung pelajaran dalam bidang Ekonomi. | Tatabahasa | 29.06.2012 |
Salam, Adakah penggunaan kata gandaan sebanyak dua kali di dalam satu ayat dibolehkan? Contoh: Raja berangkat bersama pegawai-pegawai serta pengiring-pengiringnya pergi berburu. | Raja bersama pengiringnya berangkat pergi berburu. - tidak perlu lagi digandakan | Tatabahasa | 27.06.2008 |
Salam. Adakah boleh digandakan sebanyak dua kali perkataan gandaan di dalam satu ayat? Contoh: Baginda berangkat bersama sekalian pegawai-pegawai istana dan tentera-tentera berkuda untuk pergi berburu. | Baginda berangkat bersama sekalian pegawai istana dan tentera berkuda untuk pergi berburu. Mengikut Kamus Dewan perkataan "sekalian" di sini telah membawa makna semua(nya) atau segala. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 25.06.2008 |
Perbezaan penggunaan kesantunan bahasa antara bahasa rasmi dan bahasa istana | Kesantunan bahasa dalam penulisan surat rasmi bermaksud penggunaan bahasa yang halus, beradab dan sopan. Penulis memperlihatkan budi bahasa yang tinggi. Aspek ini dapat dilihat dari segi pemilihan kata, frasa, cara mengungkapkan idea dan harapan yang dijangka. Dalam surat rasmi masih terikat dalam suasana urusan pentadbiran, maka pemilihan kata atau istilah adalah berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran dan pengurusan. Dalam surat rasmi menggunakan bahasa istana pula, penulis hendaklah mengungkapkan kata-kat dalam bahasa istana yang sopan, beradab dan halus. Contoh bahasa istana ialah menjunjung kasih, memphon perkenan, berkenan berangkat, berangkat tiba dan titah mengadap. Senarai bahasa istana boleh diperoleh daripada pihak istana sultan. | Lain-lain | 29.02.2008 |
Sultan Selangor akan berangkat untuk menghadiri majlis makan-makan diraja yang diadakan di sebuah hotel terkenal. Tuan, makan-makan adalah salah dan apakah perkataan yang sesuai digantikan? | Perkataan yang sesuai digunakan ialah santapan. | Istilah | 03.08.2011 |
Salam sejahtera; Tuan: Apakah perbezaan antara "membekalkan" dengan "membekali"? Harap pihak tuan memberikan ayat contoh untuk membezakan kpenggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks ayat. Terima kasih. | Membekalkan bermaksud memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal: Sebelum Abu berangkat, emak membekalkan nasi lemak kepadanya; dan mebekali bermaksud memberi bekal kepada: Emak membekali Abu sebungkus nasi lemak. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Salam. Saya agak keliru dengan jawapan yang diberikan. Mengikut jawapan tuan, perkataan dibekalkan tidak wujud dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Rujukan saya pada Kamus Dewan Edisi Keempat (terbitan 2010) muka surat 148, perkataan membekalkan (ditulis sebagai kata kerja aktif) manakala ayat contoh yang diberikan ialah ayat pasif iaitu: Sebelum berangkat, air tambahan mesti dibekalkan. Harap penjelasan lanjut daripada pihak tuan, terima kasih. | Pendapat tuan betul, Kamus Dewan menyenaraikan kata terbitan daripada kata kerja aktif dalam entri setiap kata. Namun dalam ayat contoh yang diberikan kadangkala memasukkan juga kata kerja pasif seperti contoh yang tuan berikan. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul. | Tatabahasa | 20.09.2012 |
Salam... Saya ingin bertanya dan fahami akan penggunaan imbuhan 'ber' dan 'be' dalam membuiat ayat. Bolehkah pihak tuan menerangkan kesesuaian penggunaan imbuhan tersebut semasa membuat ayat. | Dalam bahasa Melayu, awalan yang ada ialah awalan ber sahaja, tidak ada awalan be. Awalan ber membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif , sama ada yang memerlukan pelengkap atau yang tidak memerlukan pelengkap. Contohnya berangkat, berbaju, berlari, berfikir dsbnya. Apabila ber bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf r, dua r yang bergabung itu akan berubah menjadi satu r melalui proses peleburan bunyi. Contohnya ber + rasa = berasa, ber + raja = beraja. Bagi perkataan kerja yang dieja bekerja, r digugurkan sebagai satu kekecualian. Untuk keterangan lanjut, saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 161. | Tatabahasa | 02.02.2010 |