Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
Berada di pihak yang salah atau Berada pada pihak yang salah? | Berada di pihak yang salah. | Tatabahasa | 21.09.2011 |
kebiasaannya diftong berada di belakang sesuatu perkataan.bolehkah diftong berada di tengah atau depan sesuatu perkataan.kenapa? | Diftong boleh berada di hadapan dan tengah terutamanya bagi kata pinjaman seperti oidium, audit dan tesaurus. | Tatabahasa | 02.03.2013 |
Antara berikut manakah yang betul: Saya berada jauh dari anda atau saya berada jauh daripada anda? | Saya berada jauh daripada anda. | Tatabahasa | 27.11.2007 |
Ayat yang manakah betul? A) kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan B) kegawatan ekonomi berada di tahap yang membimbangkan | Ayat yang betul ialah Kegawatan ekonomi berada pada tahap yang membimbangkan. | Makna | 07.03.2012 |
Yang manakah yang paling tepat: a) Dua patung itu berada di kedudukan yang salah. b) Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah. | Ayat yang gramatis ialah "Dua patung itu berada pada kedudukan yang salah". | Tatabahasa | 26.08.2011 |
Yang manakah ayat di bawah gramatis dan apakah sebabnya? (a) Ali berasal dari keluarga yang berada. (b) Ali berasal daripada keluarga yang berada. | Yang betul ialah Ali berasal daripada keluarga yang berada. | Tatabahasa | 09.03.2007 |
Sila semak ayat di bawah, yang mana satu betul: 1) Banyak murid berada di dalam perpustakaan. 2) Ramai murid berada di dalam perpustakaan. mengenai mencari maksud sesuatu perkataan. saya menaip "banyak" di ruangan carian, tetapi "banyak" tidak ditunjukkan di ruangan "kata" dan sebaliknya ia berada di dalam ruangan "takrif" maka, saya tidak dapat tahu apakah sebenarnya maksud "banyak". sila maklum. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ramai murid merujuk suasana murid yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak murid merujuk bilangan murid yang terdapat di tempat berkenaan. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, namun ramai digunakan untuk manusia. | Tatabahasa | 03.02.2012 |
Semua atlet berada dalam keadaan sihat adakah ayat di atas betul? | Ayat itu betul. | Tatabahasa | 08.10.2011 |
Dia sentiasa berada ___________ saya. a. di hati b. di dalam hati c. dalam hati Pilihan yang manakah adalah betul? Terima kasih. | Jawapannya (a), iaitu di hati. 'Di' berfungsi menunjukkan tempat. | Tatabahasa | 18.06.2008 |