Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih. | Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang. | Tatabahasa | 16.08.2011 |
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut? | Saudara, Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang. | Lain-lain | 16.09.2010 |
Salam.. Saya ingin bertanya..antara kedua-dua ayat ini, yang manakah menunjukkan penjodoh bilangan yang sesuai? A. Puan Soong memasukkan selembar benang ke dalam lubang jarum. B. Puan Soong memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. Terima kasih. | Salam sejahtera, Tidak semua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Jawapan yang tepat ialah selembar benang. | Tatabahasa | 08.11.2012 |
tuan ibu ________benang itu ke dalam lubang jarum apakah perkataan yang sesuai digunkan. TQ | Ibu memasukkan benang itu ke dalam lubang jarum. | Tatabahasa | 18.09.2011 |
Apa ertinya banner Sinaran Harian "Kita Kulun, Kita Kampoi."? Editornya tidak menjawab pertanyaan ini. | Perkataan "kampoi" bermaksud menggulung atau melilit benang pada sesuatu, manakala "kulun" tiada dalam rujukan kami. Kemungkinan bahasa yang digunakan ialah bahasa dialek atau slanga. Walau bagaimanapun, editornya yang patut menjawab perkataan ini. Perkataan yang hendak digunakan sepatutnya dapat difahami supaya mesejnya sampai kepada khalayak. | Makna | 31.01.2010 |
Bolehkan perkataan tetas digunakan untuk maksud "memutuskan tali". Jika tidak, apakah cadangan perkataan yang sesuai untuk digunakan? | Antara maksud tetas, menetas ialah memotong benang pada jahitan dan lain-lain supaya terbuka dan tali tidaklah digunakan dalam kerja jahit-menjahit atau seumpamanya, oleh itu perkataan tetas tidak sesuai digunakan untuk maksud memutuskan tali. Saya cadangkan saudara menggunakan perkataan yang lebih umum maksudnya seperti potong. | Tatabahasa | 15.12.2009 |
asap (dari,daripada)paip ekzos. | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah asap daripada paip ekzos. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
Salam Sejahtera, Tuan; Apakah maksud bagi peribahasa yang berikut: "Biar kita mengambil masa yang lama, asalkan kita beroleh kejayaan" Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk perhatian, saudara, peribahasa yang membawa maksud tersebut ialah 1) Sehari selembar benang, lama-lam menjadi kain 2)Sedikit-sedikit tekun, lama-lama menjadi bukit. Untuk mengetahui lagi peribahasa Melayu yang baik dan menarik, saudara boleh dapatkan buku 'Kamus Istimewa Peribahasa Melayu' yang disusun oleh Abdullah Hussain. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 31.03.2010 |
pemandangan (dari,daripada)kawasan itu sungguh cantik.apa jawapan? | 'dari' digunakan untuk merujuk kepada tempat atau masa (cth: dia datang dari Kajang), manakala 'daripada' merujuk kepada sumber atau perbandingan (cth: Kain diperbuat daripada benang). Justeru, jawapan yang betul ialah pemandangan daripada kawasan itu sungguh cantik. | Tatabahasa | 14.02.2011 |
APAKAH MAKSUD SERING? | Saudara Puiman, Sering memilki banyak maksud merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Antaranya seperti yang tersebut: 1. kemas dan keras (pintalan tali, benang, dll), keras (kain yg dikanji, kertas tebal, dll); 2. tegang (tali diregangkan, urat, dll), kejang; 3. ark kurus tetapi mampat dagingnya serta cergas dan tegap (badan orang): orang yg suka makan pedas, badannya ~ tapi liat; 1. = sering-sering kerap kali, acap kali, selalu: orang itu ~ sahaja datang ke rumahnya; 2. = sering-sering ark kadang-kadang: Ali dan Azman sering-sering ber-tengkar; keseringan perihal sering (selalu), kekerapan, acap kalinya: ~ penggunaan teknik ini bisa mengaburkan cerita. Untuk memudahkan saudara, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (halaman 1471) dan layari http://prpm.dbp.gov.my untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.09.2012 |