Mohon penjelasan perbezaan antara keliru dan celaru. Contoh Kecelaruan Gender Vs Kekeliruan Gender. | Perkataan “keliru” bersinonim dengan “celaru”. “Keliru” merupakan kata kerja tak transitif yang bermaksud salah pengertian tentang sesuatu kenyataan, konsep dan sebagainya, manakala “celaru” merupakan kata adjektif berkenaan fikiran, perasaan, jiwa dan sebagainya yang tidak menentu disebabkan terlalu banyak perkara yang bercampur baur. Berdasarkan contoh yang diberikan, kedua-dua perkataan tersebut telah menerima imbuhan apitan “ke- … -an”. “Kekeliruan” merupakan kata nama yang bermaksud hal atau keadaan keliru, manakala “kecelaruan” bermaksud hal atau keadaan bercelaru. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk pangkalan data prpm.dbp.gov.my dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2015), halaman 407 dan 1025. | Makna | 30.10.2024 |
saya ingin meminta tolong dr pihak tuan,utk memberi maksud ttg ayat dibwh,sya berharap sgt pihak tuan dpt membantu sya dlm mnyiapkan tesis saya... 1.tubuh langsir batang menjelai. 2.jari halus tombak serai. 3.tumit seperti telur burung. 4.besarnya bagai telur itik. 5.muka bujur daun sirih 6.dahi sehari bulan 7.hidung kuntum seroja 8.telinga telepuk layu 9.pipi pauh dilayang 10.bibir pati 11.gigi delima merkah 12.dada bidang awak 13.lengan baur panah 14.paha seperti paha belalang 15.betis bunting padi 16.Selama enggan mengeram 17.Selangkas betik berbuah 18.bagai pucuk dilancarkan 19.bagai kumbang putus tali 20.umpama belut diketil ekor 21.Selenjang kuda berlari | Untuk makluman, soalan saudara adalah di luar skop Khidmat Nasihat Bahasa. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya. Soalan saudara memerlukan pembacaan yang banyak dan kajian mendalam. Bagi membantu saudara menyelesaikan tugasan ini, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan yang lain untuk membuat rujukan. Saudara juga boleg menggunakan prpm.dbp.gov.my untuk rujukan kesesuaian penggunaan bahasa dalam tugasan/tesis tuan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |