Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah betul? 'melepaskan batuk di tangga' ATAU 'melepaskan batok di tangga'. Jika merujuk KD edisi 4 m/s 137. Makna 'batuk' -mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya, bunyi seseorang batuk, penyakit. Sebaliknya' batok' lebih sesuai kerana 'batok' ialah 'tempurung' yang biasanya digunakan untuk meneguk air. Harap dapat memberikan penjelasan. terima kasih. | Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan bantuk. | Tatabahasa | 28.09.2012 |
Tuan, Mohon kepastian daripada tuan. Pepatah sebenar : Harapkan PEGAR, PEGAR makan padi. Pegar: sejenis burung/ayam yang makan serangga dan bijirin. Kesilapan pegar menjadi pagar kerana pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Pepatah kedua : Bagai melepas BATOK ditangga. Batok: tempurung yang digunakan menceduk air.Mencuci kaki di tangga. Kesilapan batok menjadi batuk, kerana proses pemindahan ejaan jawi kepada rumi. Harap tuan dapat mengesahkan maklumat ini. Terima kasih. | Pendapat (kedua-dua peribahasa) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Maklumat terperinci tentang peribahasa tersebut juga tidak ada dalam pangkalan data kami kecuali peribahasa (asal) yang kita ketahui. | Tatabahasa | 30.12.2011 |
adakah terdapat maksud yang lain bagi perkataan "batok". Saya sebagai seorang guru Bahasa Melayu terkeliru dengan majikan saya yang memberikan perkataan batuk kepada batok untuk peribahasa melayu "Bagi melepaskan batuk di tangga" Harap selesaikan masalah ini. Terima kasih | Peribahasa yang betul ialah bagai melepaskan batok di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai. Merujuk peribahasa tersebut yang dimaksudkan "batok" ialah sejenis alat yang digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Pada masa dahulu alat tersebut terletak di tepi tangga dan disangkut pada tiang selepas digunakan untuk membasuh kaki. | Lain-lain | 06.11.2009 |
Terdapat 35 spesies pegar dari 11 genera. Yang paling diketahui secara umum tersebar di seluruh dunia melalui introduksi. Beberapa spesies sangat populer sebagai hewan peliharaan, misalnya Pegar Emas. http://id.wikipedia.org/wiki/Burung_Pegar Adakah perkataan 'Pagar' di dalam peribahasa 'Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi' sebenarnya adalah 'Burung Pegar'? Logik juga, mana ada pagar yang boleh makan. Sama juga la dengan peribahasa 'Seperti Melepaskan Batok di Tangga'. Batok tu bukanlah bermaksud penyakit batuk, tetapi alat menceduk air yang digunakan untuk mencuci kaki sebelum naik (menggunakan tangga) ke dalam rumah. Jadi, adakah sebetuan peribasa ini yang sebenarnya ialah: 'Harapkan pegar, pegar makan padi'. Yang benar Hussaini Abdul Karim | Terima kasih atas maklumat yang diberikan. Mungkin ada benarnya 'Harapkan pegar, pegar makan padi' beranalogikan fakta pagar tidak boleh makan padi dan pada zaman dahulu pagar tidak memagari sawah padi. Namun sehngga kini tidak ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Begitu juga halnya dengan ungkapan 'Melepaskan batok di tangga' dikaitkan dengan adab orang Melayu yang akan membersihkan terlebih dahulu dengan menceduk air daripada tempayan menggunakan batok. Setelah digunakan batok dikembalikan ke tempat asal bukannya dibiarkan di atas tangga. Pendapat ini juga telah lama dibincangkan tetapi tidak ada dapatan yang mengesahkan kebenarannya. Peribahasa terakam dalam kepustakaan Melayu sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk peribahasa tetap dikekalkan. Peribahasa tidak seperti tatabahasa yang dapat dibuat kajian kerana sumber rujukan ada di persekitaran ilmu bahasa. | Lain-lain | 27.01.2012 |
Selamat pagi, Saya ingin bertanya tentang peribahasa 'melepaskan batuk di tangga'. Apakah ejaan yang tepat bagi batuk sebenarnya?batuk atau batok? Sekian, terima kasih. | Data dalam Kamus Istimewa Peribahasa Bahasa Melayu ialah "melepaskan batuk di tangga". Peribahasa "melepaskan batuk di tangga" ini telah diterima pakai sekian lama walaupun ada yang memberikan pandangan bahawa perkataan yang betul ialah batok bukan batuk. | Ejaan | 27.12.2012 |
Peribahasa harapkan pagar ATAU pegar makan padi dan seperti melepaskan batuk ATAU batok di tangga? Minta penjelasan. Terima kasih | Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahualam. | Sastera | 15.04.2012 |
Apa komen DPB tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "melepaskan batok di tangga"? | Pendapat baharu tentang peribahasa “Harapkan pegar, pegar makan padi” (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa “Melepaskan batuk di tangga”. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah “Melepaskan batok di tangga” semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Wallahua’lam. | Lain-lain | 04.01.2012 |
Salam sejahtera, Maafkan saya , kerana masih bertanya tentang peribahasa "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga". Setakat ini sejauh manakah kajian DBP tentang peribahas tersebut? Ada yang mengatakan kesilapan ejaan tersebut berlaku semasa menterjemahnya dari tulisan jawi kepada tulisan rumi. | Sehingga kini belum ada dapatan sahih tentang kedua-dua peribahasa tersebut. Walaupun pendapat yang mengatakan peribahasa "Melepaskan batok di tangga" adalah yang betul tetapi tidak ada satu dapatan yang mengesahkannnya. Perlu kita ingat peribahasa ialah warisan daripada zaman berzaman dan bentuknya tidak berubah walau diulang cetak berkali-kali. Mungkin juga ada benarnya pendapat yang mengatakan kesilapan ejaan berlaku sewaktu pemindahan teks daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi tetapi tidak ada dapatan yang dapat mengesahkannya. | Lain-lain | 10.01.2012 |
Nak tanya yg mana simpulan bahasa yang betul; 1.Bagai melepas batuk di tangga atau bagai melepas batok di tangga. 2. Harapkan pagar, pagar makan padi atau Harapkan pegar, pegar makan padi. Terima kasih. | Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi (Harapkan pagar, pagar makan padi) yang banyak dibincangkan di ruang maya ini belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. | Lain-lain | 23.02.2013 |
Salam Mohon penjelasan peribahasa mana yang betul: (1): Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi, atau Harapkan Pegar, Pegar Makan Padi? (2): Melepaskan Batuk Ditangga, atau Melepaskan Batok Ditangga? Terima kasih. Salam.. | Buku peribahasa mengekalkan ungkapan "Harpkan pagar, pagar makan padi" dan "Melepaskan batuk di tangg". Pendapat yang mengatakan peribahasa yang betul ialah "Harapkan pegar, pegar makan padi" dan "Melepaskan batok di tangga", namun belum dapat dipastikan kesahihannya. Sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya, mahupun kajian epistemologi peribahasa tersebut. Wallahua’lam. | Tatabahasa | 26.02.2012 |