Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih. | Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”. | Istilah | 12.05.2020 |
Assalamualaikum. Tuan DBP saya ingin bertanya berkenan dengan istilah penggunaan nama cop di dalam jabatan saya yang bercampur dengan perkataan Bahasa Inggeris. Mohon jelaskan istilah yang sebenarnya. 1. Cop Crown 2. Cop Added 3. Cop Modified 4. Cop Deleted 5. Cop Open 6. Cop Repeat Mohon diberi makna jika ada setelah diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia. Saya boleh dihubungi di talian 017-7267345. Sekian, terima kasih. Hisham Bin Othman @ Mohd. | Adakah cop yang tuan maksudkan ialah cap? Perkataan yang betul ialah cap, bukan cop yang banyak digunakan dalam urusan pejabat. Setiap kata tersebut boleh diterjemahkan kepada bahasa Melayu yang sempurna seperti cap mahkota/cap tajuk, cap tambahan, cap ubah suai, cap batal/cap hapus, cap buka dan cap ulang. | Penyemakan dan penterjemahan | 13.06.2015 |