Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
berbagai-bagai jenis barangan dijual di pasaraya itu. adakah berbagai-bagai barangan atau berjenis-jenis barangan juga betul digunakan ? terima kasih | Boleh digunakan. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
"Kempen Memboikot Barangan Amerika" atau "Kempen Boikot Barangan Amerika"? | Jawapan yang betul ialah Kempen Memboikot Barangan Amerika. | Tatabahasa | 26.06.2011 |
Bagaimana kita hendak gunakan ayat yang betul untuk menunjukkan seorang penjual sedang meneriakkan barangan jualannya? Adakah seperti berikut? Kalau salah tolong perbetulkan: 1) Abu meneriakkan barangan jualannya untuk menarik perhatian pelanggan. (jika barangan yang dijualnya ialah sayur, bagaimana pula hendak buat ayat yang betul) 2) a) Abu memetik gitar. b) Abu bermain gitar. Mana satu betul? 3) Yang mana satu betul, mengapa: a) pelbagai jenis kuih-muih b) pelbagai kuih-muih c) pelbagai jenis kuih | 1. Ayat pertama betul. 2. Abu memetik gitar. 3. Frasa yang betul pelbagai kuih kerana pelbagai bermaksud beberapa jenis. | Tatabahasa | 10.07.2012 |
1. Hanya kakak yang akan meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. 2. Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1. Ayat yang manakah gramatis? Terima kasih. | Ayat yang gramatis ialah "Kakak sahaja pelanggan yang meminta resit walaupun membeli barangan yang berharga RM1". | Tatabahasa | 15.08.2013 |
PEMBORONG BARANGAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PERALATAN PAIP AIR ATAU PEMBORONG PAIP AIR | PEMBORONG PAIP AIR | Lain-lain | 18.01.2011 |
Kedai barangan buatan tangan | Kedai barangan buatan tangan | Tatabahasa | 14.01.2008 |
Menjual dan membaiki barangan elektrikal | Menjual dan membaiki barangan elektrik | Lain-lain | 02.08.2008 |
1. Ali melihat barangan kaca di pasar raya dengan berhati-hati. 2. Ali melihat barangan kaca dengan berhati-hati di pasar raya. Ayat 1 atau 2 betul? | Ayat 1. | Tatabahasa | 20.04.2013 |
yang manakah betul? barang percuma atau barangan percuma? | Frasa yang betul ialah barangan percuma. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
Tuan/puan, Saya ingin bertanya berkenaan perkataan barang dan barangan, contohnya terjemahan bagi "goods and services" : adakah terjemahannya - barang dan perkhidmatan ataupun barangan dan perkhidmatan Diharap mendapat penjelasan daripada pihak tuan/puan. sekian, terima kasih. | Saudara, Padanan bahasa Melayu bagi frasa 'goods and services' ialah barang dan perkhidmatan. | Istilah | 22.12.2009 |