Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? | Yang betul ialah sebahagian daripada barang-barang keperluan. Daripada di sini sebagai berfungsi sebagai kata sendi nama. | Tatabahasa | 28.02.2007 |
1.yang manakah yang betul, "Sebahagian barang-barang keperluan" atau "Sebahagian daripada barang-barang keperluan"?Adakah perkataan "daripada" mesti dimasukkan? 2. yang mana satu benar- pada usia belasan tahun atau dalam usia belasan tahun | Ayat yang betul ialah "Sebahagian daripada barang-barang keperluan". Kata sendi nama 'daripada' dalam ayat tersebut menunjukkan perbezaan atau perbandingan. 2. Ayat yang betul ialah 'dalam usia belasan tahun' kerana 'pada' hanya merujuk masa dan tempat. | Tatabahasa | 22.03.2007 |
Tuan, ayat yang mana satu betul? 1) Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. 2) Encik Ong selalu membelikan barang-barang kemas untuk isterinya. | Ayat yang gramatis ialah Encik Ong selalu membelikan isterinya barang-barang kemas. | Tatabahasa | 14.06.2012 |
Barang-barang elektrik buatan tempatan memang setanding dengan barang-barang elektrik yang diimport dari negara-negara lain, khususnya dari Jepun. munsyi, setanding dengan, saya dimaklumkan selepas imbuhan se-, tidak sesuai diikuti oleh dengan, betulkah? | Dalam Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan se- yang diikuti dengan kata adjektif tidak diikuti oleh 'dengan'. Bentuk kata adjektif dengan awalan se- ini boleh bertukar ganti dengan perkataan 'sama'. Contohnya sebesar boleh menjadi sama besar. Contoh ayat, Rumah Ali sebesar rumah Ahmad. Dalam konteks ayat yang diberikan, 'tanding' merupakan kata nama. Oleh itu, ayat tersebut adalah betul. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Maksud Perlesenan, Import, Eksport dan Enterport di dalam perniagaan | Pelesenan ialah urusan memberi lesen atau meluluskan lesen; import ialah pemasukan barang-barang dari luar negara; eksport ialah penghantaran barang-barang atau perkhidmatan ke luar negara; entrepot ialah pusat perdagangan, biasanya pelabuhan yang mengendalikan urusan import dan eksport semula barang-barang. | Makna | 27.02.2008 |
Habis barang-barang di pasar raya itu musnah dalam kecurian malam tadi. Apakah kesalahan yg terdapat dlm ayat ini ?? | Ayat yang betul ialah "Barang-barang di pasar raya itu habis dicuri pada malam tadi." | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini? | Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori. | Tatabahasa | 03.04.2009 |
Penggandaan kta nama dan kata adjektif boleh digunakan bersama? Ayat-ayat di bawah mana sesuai diguna 1. barang-barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 2. Barangan yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 3. Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka 4. Barang-barang yang dijual di kedai itu mahal belaka | Jawapan yang paling tepat ialah "Barang yang dijual di kedai itu mahal-mahal belaka", kata nama (barang) tidak perlu dijamakkan kerana ada pernyataan yang telah menunjukkan jamak (belaka). | Tatabahasa | 01.09.2009 |
Manakah yg betul? a) Senarai barang-barang atau b) Senarai barang | Yang betul ialah 'Senarai barang'. | Tatabahasa | 07.06.2008 |
Minta jelaskan penggunaan perkataan "dibuat" dan "diperbuat" dalam ayat. Apakah perbezaan antara kedua-duanya? Contoh ayat: Barang-barang ini dibuat / diperbuat daripada perak. Terima kasih. | PERKATAAN DIBUAT MENUNJUKKAN SEDANG MELAKUKAN, CONTOH AYAT, SAYA DIBUATNYA SEPERTI BOLA, MANAKALA PERKATAAN DIPERBUAT PULA MENUNJUKKAN HASIL YANG DIPEROLEHI, CONTOH AYAT , BARANG-BARANG INI DIPERBUAT DARIPADA PERAK. | Tatabahasa | 15.04.2008 |