Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
mana betul bangun semua atau semua bangun | Frasa yang betul ialah semua bangun daripada ayat semua dikehendaki bangun. Walau bagaimanapun frasa bangun semua juga telah mantap penggunaannya dalam kalangan pelajar. | Tatabahasa | 04.01.2013 |
bangun dari tidur & bangun daripada tidur yang manakah betul dan tepat? | Ayat yang betul ialah bangun daripada tidur. | Lain-lain | 16.10.2010 |
Salam. 1. Adik bangun lalu memberus gigi di bilik air. 2. Adik bangun pagi lalu memberus gigi di bilik air. 3. Adik bangun awal lalu memberus gigi di bilik air. 4. Adik bangun daripada tidur lalu memberus gigi di bilik air. Manakah ayat yang betul? Terima kasih. | Semua ayat tersebut betul. Terima kasih. | Lain-lain | 14.10.2020 |
1. Saya bangun dari tidur. 2. Saya bangun daripada tidur. Mana satu betul?kenapa? | Saya bangun daripada tidur. | Tatabahasa | 15.08.2008 |
Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Kita haruslah menghargai masa contohnya Siti bangun awal setiap pagi. B) Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. C) Kita haruslah menghargai masa contohnya, Siti bangun awal setiap hari. | Kita haruslah menghargai masa. Contohnya, Siti bangun awal setiap hari. | Tatabahasa | 17.02.2014 |
Ayat di bawah betul atau tidak? Tepung yang diadun oleh Kak Lin untuk membuat kuih tidak (bangun) | Penggunaan perkataan "bangun" tidak sesuai. Perkataan yang sesuai ialah "naik" | Tatabahasa | 27.10.2015 |
manakah ayat yang betul ? a) Adik bangun daripada tidur. b) Adik bangun dari tidur. c) Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. d) Adik sedang mengulang kaji di dalam bilik bacaan. Terima kasih. | Ayat yang bgramatis ialah Adik bangun daripada tidur dan Adik sedang mengulang kaji pelajaran di dalam bilik bacaan. | Tatabahasa | 02.11.2012 |
Adakah ayat berikut betul? 1. Saya bangun pada pukul 9 pagi. 2. Saya bangun dari pukul 9 pagi. Sekiranya salah boleh saya tahu mengapa dan apakah ayat yang betul bagi menerangkan maksud yang sama. Terima kasih. | Ayat yang betul ialah: Saya bangun pada pukul 9 pagi. Ayat yang kedua tidak betul kerana penggunaan perkataan "dari" merujuk kepada tempoh masa bukan masa itu sendiri. Contoh perkataan "dari": Saya tidur dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. | Tatabahasa | 24.01.2018 |
Gabungkan ayat-ayat untuk membentuk ayat majmuk. 1.Soon Lee bangun awal pada setiap pagi. Dia tidak terlewat ke sekolah.(supaya) Jawapan a:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya( dia ) tidak terlewat ke sekolah. Jawapan b:Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima?Mengapa? 2)Hani tidak pergi ke sekolah. Hani sakit perut.(kerana) Jawapan a:Hani tidak pergi ke sekolah kerana (dia)sakit perut. Jawapan b:Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Mengapa? TERIMA KASIH!!!! | 1. Soon Lee bangun awal pada setiap pagi supaya tidak terlewat ke sekolah. 2. Hani tidak pergi ke sekolah kerana sakit perut. | Lain-lain | 27.04.2014 |
Selamat pagi tuan, Saya ingin bertanya tentang 1. kata ganti nama diri ketiga, "dia". Bolehkah "dia" digunakan sebagai objek? Contoh Ayat : i) Saya mengajar dia? ii) Saya memberi dia roti. 2. Apakah kata kerja untuk keadaan ini: jika seseorang jatuh terjelepok, kita hendak membantu dia bangun, adakah kata kerja ini ialah : memimpin ? memapah? membimbing? 3. masih perlu *bangun* ? membimbing budak itu bangun? memapah budak itu bangun? memimpin budak itu bangun? atau tidak perlu perkataan "bangun"? Ribuan terima kasih saya ucapkan terlebih dahulu. | 1. Kata ganti nama “dia” boleh menjadi objek. 2. Jika seseorang itu jatuh terjelepok, kita hendaklah membantunya. 3. Tidak perlu berdasarkan contoh di atas. | Tatabahasa | 30.11.2022 |