Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
a) Pekerja memetik daun teh. b) Pekerja memasukkan daun teh ke dalam bakul. (lalu) Ayat Majmuk: 1) Pekerja memetik daun teh lalu memasukkan daun teh ke dalam bakul. 2) Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul. Ayat majmuk 1 atau 2 yang betul? Mengapa? Terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Pekerja memetik daun teh lalu dia memasukkan daun teh ke dalam bakul." | Tatabahasa | 09.10.2013 |
Adakah ayat ini betul? Tidak terangkat oleh saya bakul yang berisi buah kelapa itu. Saya telah merujuk tatabahasa Dewan edisi keempat tetap tiada contoh. Terima kasih. | Bentuk pasif diri pertama yang gramatis ialah "bakul yang berisi buah kelapa itu saya tidak terangkat". | Tatabahasa | 11.06.2013 |
salam sejahtera. apakah padanan terjemahan bagi "fire basket"? bolehkah diterjemahkan sebagai "bakul api"? ia digunakan untuk menyalakan unggun api didalamnya. gambar seperti yang disertakan. | Untuk makluman, istilah "fire basket" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan, iaitu bakul api boleh digunakan. | Istilah | 07.05.2013 |
. Di manakah kesilapan ayat ini? 1. Banyak rama-rama dipelihara di taman itu. 2. Sayur-mayur di dalam bakul itu segar-segar belaka. Terima kasih | Ayat pertama betul. Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kedua dibetulkan menjadi "Sayur-mayur di dalam bakul itu segar belaka". | Tatabahasa | 17.07.2013 |
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. Kamu kira lagi, kata cikgu. Kamu kena kira lagi, ulang cikgu. Yaya kira lagi. Satu tambah lima jadi enam, kata Yaya. Yaya bijak!, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. Terima kasih, papa, kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang yang diperlukan oleh nenek Swee Lan untuk membuat kuih bakul. A.Berikut adalah senarai barang-barang B.Adalah yang berikut senarai beberapa barang C.Yang berikut adalah senarai beberapa barang D.Berikut adalah beberapa senarai-senarai barang Jawapan yang diberikan adalah C. Selain tempatnya indah, kami tertarik dengan keindahan seni bina rumah di kawasan ini. A.kami tertarik keindahan seni bina B.kami tertarik tentang seni pembinaan C.kami tertarik oleh keindahan seni bina D.kami tertarik dengan keindahan seni bina Jawapan yang diberikan adalah C. Saya ingin mengetahui sebab kedua-dua jawapan tersebut adalah betul. Sekian, terima kasih. | 1. Tiada jawapan yang betul kerana kata pemeri adalah perlu diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, dari, daripada, dll. Jawapan C akan menjadi betul sekiranya perkataan adalah digantikan dengan ialah. 2. Jawapan yang betul ialah D, bukan C kerana jawapan C untuk kata tertarik oleh seni bina membawa maksud seni bina itu yang menarik saya. | Tatabahasa | 29.07.2009 |
Assalamualaikum tuan di talian, Betulkah penggunaan penjodoh bilangan bagi ayat contoh yang berikut. 1. Ibu membimbit bakul yang berisi secekak pucuk ubi dan sebiji jantung pisang pulang dari kebun. 2. Mak Intan memetik secekak pucuk paku dan dua batang bunga kantan di belakang rumah. Sekian, terima kasih. | Secekak bukan penjodoh bilangan tetapi lebih kepada perbuatan kita mengukur sesuatu benda dengan cara mencekaknya dan perlu diingat tidak semua benda perlu diberikan penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Apa panduan sekiranya saya ingin menjadikan suatu kata nama yang tidak biasa dijadikan kata kerja sebagai kata kerja. Contoh: tasawuf - mentasawufkan bakul sampah -membakulsampahkan Facebook- berfacebook ekonomi- mengekonomikan kartun-mengkartunkan kambing hitam-mengkambinghitamkan bolehkah sembarangan sahaja atau tidak boleh langsung? mohon tunjuk ajar. Terima kasih | Untuk pembentukan kata, tuan menggunakan buku Tatabahasa Dewan sebagai rujukan utama selain daripada Kamus Dewan. Di dalam buku Tatabahasa Dewan, terdapat proses pembentukan kata yang boleh dijadikan pamduan menerbitkan kata baharu. | Tatabahasa | 14.11.2013 |
saya nak faham maksud sebenar hemper. bentuk hemper dan apa perbezaannya dengan hadiah. | Mengikut Kamus Dewan ialah Hamper ialah sj bakul besar berisi pelbagai barang makanan (biasanya diberikan sbg hadiah). Hadiah ialah pemberian (kerana penghargaan, utk kenang-kenangan, sbg penghormatan, dll) | Makna | 16.11.2007 |
Salam... apakah penjodoh bilangan yg paling sesuai utk perca2 kain.? | Perca ialah kepingan-kepingan (potongan) kecil kain sisa daripada jahitan, reja (carik) kain: dia membongkar-bongkar bakul jahitannya, mencari-cari ~ kain untuk membebat lukanya. Perkataan perca tidak memerlukan penjodoh bilangan. Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. | Tatabahasa | 25.02.2013 |