Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga ke akhir hayatnya. Ungkapan sehingga ke akhir hayat betul atau salah? Jika salah, mohon cadangkan ungkapan yang betul. Terima kasih. | Saudara, Ungkapan yang betul adalah ' Dia terus menabur bakti kepada masyarakat sehingga akhir hayatnya'. | Tatabahasa | 27.11.2009 |
Apakah perbezaan antara perkataan ibadah atau ibadat? adakah cara penggunaannya sama ? atau ada perbezaan? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, perkataan ibadat dan ibadah merupakan perkataan yang sama. Perkataan ini merupakan kata Arab yang bermaksud bakti (khidmat) kpd Tuhan, perbuatan dan amalan yg dilakukan sbg bakti kpd atau kerana Tuhan (spt sembahyang, berdoa, bersedekah, berbuat baik sesama manusia, dll): dia berdoa supaya semua ~nya diterima Tuhan; ahli ~ orang yg membuat ibadat; | Istilah | 24.02.2010 |
Apakah peribahasa yg menggambarkan kita dinasihati supaya tidak lupa akan jasa dan bakti yg diterima. Malah cubalah untuk membalasnya. | Peribahasa yang hampir ialah "Orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa. | Makna | 04.07.2013 |
Tuan, Adakah terjemahan ini betul? (dalam laras bahasa papan iklan) 1. 100 years of commitment. 100 tahun penuh komitmen. 2. 100 years of serving the nation. 100 tahun menyemai bakti. Dari segi tatabahasa, adakah ayat-ayat di atas betul? Terima Kasih. | Terjemahan yang diberikan adalah betul dan boleh digunakan. 1. 100 years of commitment - 100 tahun penuh komitmen 2. 100 years of serving the nation - 100 tahun menyemai bakti | Tatabahasa | 24.10.2012 |
Bolehkah anda terangkan maksud epik melayu dan epik hindu? | Epik ialah karya sastera dan karya-karya lain yang menjadikan bakti kepahlawanan sebagai perkara sesebuah epik/mengangkat keperwiraan wiranya. Epik Melayu memaparkan kepahlawanan wira Melayu seperti hikayat Hang Tuah, manakala epik Hindu berlatarkan cerita keperwiraan wira hindu seperti Hikayat Seri Rama. | Sastera | 20.01.2011 |
Perbesaan diantara kegunaan perkataan dianugerahkan dan dianugerahi | Dianugerahkan bermaksud diberikan sesuatu sbg anugerah; YB Dato' Mohamad bin Abdullah dianugerahkan Pingat Jasa Bakti oleh DYMM Sultan Pahang; manakala dianugerahi bermaksud diberi anugerah, Ahmad dianugerahi seorang anak lelaki baru-baruini. | Tatabahasa | 06.11.2008 |
apakah peranan dan fungsi sastera dan dimanakah saya boleh merujuk tentang perkara tersebut....tolong nyatakan nama buku,laman web atau karya....terima kasih | Peranan dan fungsi sastera boleh diperoleh daripada pelbagai buku yang sastera yang membincangkan aspek tersebut. Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbit luar, misalnya Penerbitan Fajar Bakti banyak menerbitkan buku tentang kesusasteraan. Antara buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka yang boleh dirujuk ialah Hamzah Hamdani (penyelenggara), 1988. Konsep dan Pendekatan Sastera. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. | Lain-lain | 05.06.2007 |
Salam sejahtera, Saya ingin bertanya, rata-rata masyarakat Melayu amnya menggunakan istilah 'mudim' bagi tukang sunat..Kebanyakan entri dalam Intenet juga menggunakan istilah 'mudim'. Tetapi, di dalam Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan yang betul ialah 'mudin'..Jadi, bolehkah saya tahu asal usul perkataan 'mudin' itu sendiri? Terima kasih. | Pihak kami tidak ada maklumat berkenaan etimologi perkataan tersebut. Walau bagaimanapun, tuan/puan boleh merujuk Kamus Etimologi Bahasa Melayu, terbitan Fajar Bakti tahun 1997. | Lain-lain | 02.05.2013 |
Assalamualaikum Bole kah saya mendapatkan contoh surat ucapan terima kasih atau contoh surat Penghargaan. sekian terima kasih zaidi jpb kel | Untuk makluman saudara, penggunaan ayat dalam surat ucapan terima kasih atau surat penghargaan bergantung pada majlis yang dianjurkan. Contohnya untuk majlis gotong-royong, ayat yang boleh digunakan ialah: Dewan Bahasa dan Pustaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Saudara Zaidi Abu Bakar kerana telah menyumbangkan khidmat bakti dalam menjayakan Majlis Gotong-Royong yang telah diadakan pada 2 Februari 2010. | Lain-lain | 11.02.2010 |
1.apakah maksud bagi perkataan dramatik? 2.apakah makna dekorasi? 3.apakah makna aromatik? 4.apakah yang dimaksudkan dengan pengembaraan? 5.apakah ekpedisi? | Makna dramatik ialah 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb): dia menceritakan kisah ~ yg menimpa dirinya. Dekorasi pula ialah 1. hiasan, gambar hiasan; 2. bintang kehormatan yg dianugerahkan kerana bakti (jasa. Aromatik bkn sebatian organik yg berkaitan dgn benzena. Pengembaraan ialah 1. perihal (perbuatan) mengembara: cerita yg mengisahkan ~ seorang putera raja; 2. tempat mengembara, tempat yg dijelajahi. Ekspedisi ialah penghantaran atau pengiriman tentera utk sesuatu tindakan dll; 2. perjalanan atau pemergian ke sesuatu tempat utk menyiasat (mencari, menemui, dll). | Makna | 07.02.2010 |