| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| Salam sejahtera. Peribahasa berikut , yang mana satukah betul ? A. Serumpun bak serai seikat bak sirih B. Seikat bak sirih serumpun bak serai Terima kasih | Jawapan yang lebih tepat ialah "Seikat bagai sirih, serumpun bagai serai." | Lain-lain | 08.03.2022 |
| Salam. Saya mempunyai pertanyaan berkenaan frasa yang digunakan dalam kempen yang sedang saya usahakan. Frasa tersebut adalah BAK DATANG (kependekan daripada Bawa Datang). Sebagai konteks, frasa ini digunakan untuk empowerment kepada pengguna apabila menghadapi cabaran dalam kehidupan seharian. Contoh: Bak datang segala tekanan. Bak datang semua cabaran. Bak datang perasaan ragu-ragu. Bak datang dalam semua ini berhasrat untuk menggalakkan pengguna untuk tidak gentar serta menjadi berani. Buat pengetahuan Tuan/Puan, frasa bak datang sangat popular di kalangan netizen sebagai rallying call untuk apa sahaja, daripada bangun awal hinggalah kepada menghabiskan menonotn seluruh season series di Netflix. Saya ingin bertanyakan, adakah frasa Bak Datang ini dibenarkan untuk muncul di papan iklan? Jika mempunyai halangan, apakah frasa alternatif yang serupa dengan Bak Datang yang boleh saya gunakan dan mendapat pelepasan dari pihak Tuan/Puan? Terima kasih! | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, bak bermaksud sebagai dan seperti. Penggunaan bak dalam frasa bak datang bagi membawa maksud bawa datang tidak tepat dalam penggunaan bahasa Melayu. Cadangan kami ialah hadapi segala tekanan, hadapi semua cabaran sekiranya bersesuaian dengan konteks ayat. | Makna | 05.05.2021 |
| Yang mana paling tepat: a) Bak kata pepatah, 'Jauh perjalanan, luas pengalaman'. b) Bak kata pepatah, 'jauh perjalanan, luas pengalaman'. c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". d) Bak kata pepatah, "jauh perjalanan, luas pengalaman". | c) Bak kata pepatah, "Jauh perjalanan, luas pengalaman". | Ejaan | 13.12.2011 |
| "bak kata pepatah orang dahulu" betul atau tidak? mohon penjelasan terima kasih. | Frasa tersebut betul dan boleh digunakan. | Tatabahasa | 24.03.2024 |
| Adakah penggunaan frasa Bak kata pepatah: betul dalam karangan, atau sepatutnya hanya digunakan Bak kata peribahasa: ?Sikit confuse kalau tengok kat online | Frasa bak kata pepatah dan bak kata peribahasa betul dan perlu disesuaikan mengikut konteks penggunaan dalam ayat. | Makna | 04.11.2025 |
| Apakah sebutan bagi perkataan *mengangkat* dan *berombak*, 1)me.ngang.kat. atau Meng.ang.kat 2)be.rom.bak atau ber.om.bak | Berikut merupakan penggalan bagi sebutan meng/ang/kat dan ber/om/bak. | Tatabahasa | 11.01.2013 |
| Saya ingin mengetahui asal usul perkataan 'Bak'. Ada beberapa keluarga di Johor misalnya menggunakan perkataan 'Bak' menggantikan panggilan 'Ayah'. | Perkataan 'bak' yg menggantikan panggilan 'ayah' tiada dalam rujukan kami. Berkemungkinan itu perkataan slanga atau bahasa daerah. | Istilah | 18.01.2010 |
| "Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. | "Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan. | Ejaan | 13.10.2011 |
| Yang mana paling tepat: a) "Bak kata pepatah Melayu, Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" b) "Bak kata pepatah Melayu, 'Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" c) "Bak kata pepatah Melayu, 'hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri.' Betulkah, ibu?" d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Penggunaan tanda baca yang betul seperti dalam ayat: (d) "Bak kata pepatah Melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, baik lagi negeri sendiri. Betulkah, ibu?" | Tatabahasa | 08.09.2011 |
| Makna Perumpaan Bak Bujang Jolong Keris | Bak bujang jolong keris bermaksud orang yang sombong kerana kekayaan yang baru diperoleh. | Lain-lain | 13.03.2008 |
|
| Tesaurus |
|---|
| | Tiada maklumat tesaurus untuk kata bak; |
|
| Puisi |
|---|
|
Kepiat lampam ke dinding, Dia makan bunga padi; Adik duduk sanggul berdendang, Bak bunga kembang pagi.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 147 You'll be damned if you do and damned if you don't Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah. Bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana bak membelah kepayang muda: makan mabuk, dicampak sayang . Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|