Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
(1) Bilakah perkataan 'kami' dan 'kita' digunakan? ( (2) Bolehkah kedua-duanya digunakan dalam sesebuah cerita? Contoh di bahagian depan cerita: "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini." (Ayah dan dua orang anaknya berada di dalam bas. Mereka mahu turun di pantai.) Di bahagian akhir cerita pula: "Ini perhentian kami," kata Ayah. "Kami turun di sini." (3) Bolehkah 'kami' digunakan di dalam satu ayat dan 'kita' digunakan di dalam ayat yang terletak di bawah ayat yang pertama dalam sesebuah cerita seperti berikut: "Lihat, kami bermain air," kata Paul. "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini," kata Paul. (Di dalam kedua-dua ayat di atas, Paul sedang bercakap dengan adiknya.) Harap tuan/puan boleh menjawab hari ini. Terima kasih | (1) Kami - kata ganti nama diri pertama dalam bentuk jamak, manakala kita bermaksud saya dan kamu semua. (2) Penggunaan kedua-dua kata ganti nama diri kami dan kita mestilahmerujuk makna bagi kedua-dua perkataan tersebut seperti di atas. "Berhenti! kata Ayah. "Kita berhenti di sini". "Ini perhentian kita, kata Ayah". "Kita turun di sini". (3) "Lihat, kami bermain air, kata Paul". "Mari kita bermain dengan air dan baldi ini, kata Paul". | Tatabahasa | 20.05.2011 |
Salam tuan di talian, Apakah perkataan terlentang dalam ayat contoh di bawah betul penggunaannya. 1. Pak Pandir jatuh terlentang kerana terpijak kulit pisang. 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, 3. Pak Pandir jatuh tertelentang kerana terpijak kulit pisang. Semoga mendapat jawapan yang segera daripada tuan. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah: 2. Pak Pandir jatuh telentang kerana terpijak kulit pisang, telentang bermaksud terbaring dengan bahagian depan atau bahagian cekung ke atas. | Tatabahasa | 15.09.2011 |
1. Mohon penjelasan penggunaan tiga tanda noktah di sebelah satu-satu ayat di dalam surat. Cth: ...5. Bersama-sama ini dilampirkan kronologi etc etc. 2. Adakah ini wajib? Terima kasih | Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya: a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis.b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 10.06.2013 |
ya ingin bertanya, saya lihat banyak media yg menulis kata ayat-ayat seperti "di muka hadapan", "di bahagian hadapan" dan sebagainya. Apakah kata hadapan untuk ayat-ayat seperti itu digunakan dengab betul? Setahu saya, kata hadapan berasal dari kata dasar "hadap" bermaksud facing (dlm bhs inggeris) yang ditambah akhiran "an". Sama seperti kata "hadapi" yang mendapat akhiran "i". Bagaimana menurut DBP? Adakah ayat sebetulnya patut menjadi "di muka depan" atau "di ahagian depan" dan sebagainya? | Untuk makluman puan, hadapan bermaksud bahagian di sebelah muka depan dan frasa di muka hadapan adalah betul. Untuk maklumat lanjut, sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hadapan dan lihat di halaman 2. | Tatabahasa | 12.06.2012 |
Tuan, apakah perbezaan penggunaan tiga titik "..." dengan empat titik "...." seperti dalam ayat di bawah ini? "Remuk hatinya apabila..." dengan "Remuk hatinya apabila ...."?. Bilakah kita perlu menggunakan tiga titik dengan empat titik tersebut?. Terima kasih. | Tiga titik dikenali sebagai elipsis, iaitu yang menunjukkan pengguguran bahagian teks, khususnya petikan, sama ada di bahagian awal, bahagian tengah, atau bahagian akhir sesuatu ayat atau teks, contohnya: a) . . . bahawa kita menemui perbezaan asas antara semangat kapitalis dengan prakapitalis. b) Bahasa Melayu menghadapi masa depan yang amat cerah . . . menghasilkan murid-murid yang mendapat pendidikan seluruhnya dalam bahasa Melayu. 3c) . . . dan memberinya rezeki dengan tidak disangka-sangkanya . . . Selain itu, elipsis menunjukkan sesuatu yang bersambung, contohnya: 1,2,3, . . . Hal ini bermakna tiada empat titik, yang ada ialah elipsis iaitu tiga titik. | Lain-lain | 01.12.2011 |
MAKSUD PERKATAAN SERAMBI | Saudara, Perkataan serambi mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud 1. selasar yg panjang (bersambung dgn ibu rumah tetapi biasanya rendah sedikit); 2. Id platform (di stesen kereta api), peron; ~ belakang serambi yg di bahagian belakang rumah; ~ depan (muka) serambi yg di depan rumah; ~ jantung (Bio) rongga atau ruang jantung yg di sebelah atas. | Makna | 14.01.2010 |
Saya ingin mendapatkan fakta tentang sistem pentadbiran kebudayaan | Sila rujuk bahan ini : 1. Pengurusan kebudayaan masa depan oleh Baha Zain Dewan Sastera 15/02/1978 2. Perancangan dan pentadbiran kebudayaan di Malaysia / oleh Aziz Deraman.Kuala Lumpur : Bahagian Kebudayaan, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1983. | Lain-lain | 20.06.2007 |
Saya perlukan maklumat berkaitan: 1. Panduan penulisan buku 2. Hak cipta dan royalti. 3. Penyediaan manuskrip. 4. Proses penerbitan. | Soalan pertama saudara, iaitu mengenai panduan penulisan buku sebenarnya kurang jelas dan ia terlalu umum. Saudara perlu menyatakan secara khusus sama ada panduan penulisan karya fiksyen atau karya ilmiah. Walau bagaimanapun, apa yang boleh saya jelaskan ialah, sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Bagi soalan kedua, iaitu hak cipta dan royalti, saudara boleh membaca buku Hak Cipta dan Hak Berkaitan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 2010 atau menghubungi Ketua Bahagian Harta Intelek, DBP, Puan Asiah Daud di alamat e-mel asiah2@dbp.gov.my. Bagi soalan ketiga, iaitu penyediaan manuskrip, manuskrip hendaklah ditaip menggunakan perisian Microsoft Word dengan jarak langkau dua baris. Bahagikan manuskrip kepada beberapa fail yang mengandungi 30 halaman. Setiap manuskrip hendaklah dijilid kemas dan diberi judul pada bahagian kulit. Soalan keempat, iaitu proses penerbitan, ia terdiri daripada beberapa proses utama: Perancangan judul (perolehan manuskrip, penulisan), Editorial (penilaian, penyuntingan substantif, penyuntingan kopi, penyediaan manuskrip bersih), Pracetak ( reka letak, atur huruf, semakan pruf, naskhah sedia kamera), Percetakan, dan Penjualan/Pemasaran.Terima kasih. | Lain-lain | 13.10.2010 |
Assalamualaikum... Adakah format dan panduan menulis buku umum sama dengan menulis untuk majalah? contohnya menulis artikel. jika berbeza, boleh jelaskan bagaimana format menulis untuk majalah? terima kasih. | Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: hlm separa judul, hlm judul, hlm hak cipta, dedikasi, hlm kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008. | Lain-lain | 07.05.2012 |
Assalamualaikum, pertama sekali saya adalah orang awam yang tiada pelajaran, akan tetapi saya suka membaca sehingga membuat keputusan untuk menulis sebuah buku, tapi bagaimanakah untuk menghasilkan sebuah buku? saya tiada pengalaman dan pengetahuan sama sekali. | Penulisan buku dan majalah sama seperti menulis esei. Penulis perlu faham tentang struktur kandungan buku/majalah sebelum mula menulis. Penulisan sesebuah buku memerlukan perancangan yang rapi berbanding dengan majalah. Hal ini demikian kerana sesebuah buku itu mestilah mengandungi binaan kulit buku yang terdiri daripada kulit depan, kulit belakang dan tulang. Binaan buku juga mengandungi bahagian awalan (contoh: halaman separa judul, halaman judul, halaman hak cipta, dedikasi, halaman kandungan, prakata), bahagian teks (pendahuluan/bab), dan bahagian akhiran ( lampiran, glosari, bibliografi, indeks, biodata penulis). Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Memahami penerbitan buku:siri penulisan,penerbitan dan percetakan, terbitan Wei-Ling Gallery, 2008. | Lain-lain | 09.04.2013 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian depan |
|
|