Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Salaam, saya ingin tahu terjemahan untuk worktop iaitu bahagian atas yang ditambah untuk memotong atau persediaan memasak di dapur. Boleh ke gunakan bahagian atas kerja sebab meja kerja bermakna work bench. Sila bantu | Puan Zuraida terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Jika berpandukan soalan Puan rasanya lebih sesuai untuk kita gunakan tempat kerja sahaja. Terima kasih | Istilah | 16.10.2009 |
'Bahagian atas seluar itu telah koyak.' Adakah ayat ini betul? | Saudara, Ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 20.10.2009 |
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih. | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar. 2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . | Tatabahasa | 28.06.2010 |
adakah perkataan ini sesuai dan boleh diletakkan pada papantanda pengiklanan? | Perkataan SPA betul dan sebagai keterangan iklan perkataan SPA perlu diletakkan di bahagian atas. Untuk pengesahan iklan, klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.12.2012 |
apakah ejaan sebenar untuk doti,dhoti atau doti?dhoti boleh diterimakah? | Ejaan yang betul ialah doti yang bermaksud kain(biasanya berwarna)yang diikat di pinggang untuk menutupi bahagian atas dari lutut. | Ejaan | 03.03.2008 |
salam perpaduan. Bagaimana ayat sepetutnya untuk papan iklan berikut. KEDAI MAKAN GAILUN & CATERING. | Kedai Makan dan Katering - keterangan aktiviti dan letaknya di bahagian atas sebelah kiri, manakala Gailun ialah nama kedai, letaknya di bahagian tengah iklan dan saiznya lebih kecil daripada keterangan aktiviti. | Lain-lain | 19.05.2011 |
"Ngobrol Sampe Puas" Panggilan Termurah ke Indonesia dengan Kartu "WOW" | Sila gunakan bahasa Melayu yang betul untuk paparan iklan di Malaysia. Jika hendak menggunakan bahasa-bahasa lain, perlu ada padanan dalam bahasa Melayu dan diletakkan di bahagian atas dengan saiz yang lebih besar. Untuk pengesahan iklan klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 14.12.2012 |
salam..adakah kosa kata "Kedai Letrik Setia Jaya" betul dan boleh digunakan sebagai papan iklan | Dalam papan iklan mesti ada keterangan aktiviti. Bagi perniagaan yang dijalankan keterangan aktiviti yang sesuai ialah "Kedai Barangan Elektrik" dan letakkan di bahagian atas, di bahagian tengah masukkan nama kedai seperti "Elektrik Setia Jaya" dan di baris bawah sekali masukkan nama pemilik dan nombor lesen. | Lain-lain | 13.12.2011 |
Apakah process untuk mendapat pengesahan secara online untuk penggunaan Bahasa Malaysia yang betul untuk Iklan Papan Tanda untuk kedai saya. terima kasih. | Keterangan aktiviti yang kami cadangkan ialah "Pembekal Minuman dan Barangan Nutrisi" dan letakkan di bahagian atas iklan. Untuk tujuan pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa) dan ikuti prosedur seterusnya. | Lain-lain | 07.12.2011 |
PERMOHONAN PAPAN TANDA. BOLEHKAH SUKU KATA & AYAT DIBAWAH BOLEH DIBUNAKAN PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN AKADEMI JARUM BERLIAN SDN.BHD LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN | Untuk penamaan tempat, keterangan aktiviti di bahagian atas dan saiznya paling besar (PUSAT LATIHAN KEMAHIRAN), nama di bahagian tengah (AKADEMI JARUM BERLIAN SDN. BHD.) dan alamat di bahagian bawah sekali dan saiznya paling kecil (LOT 10240 & 12041 BT1 1/2 JALAN AIR PUTIH 24000, KEMAMAN TERENGGANU DARUL IMAN). | Tatabahasa | 13.10.2011 |