Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
MAKSUD UNSUR BAHASA YANG BERVARIASI | UNSUR BAHASA IALAH BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAM SESUATU BINAAN TATABAHASA, CONTOHNYA UNSUR SUBJEK DAN PREDIKET DALAM BINAAN AYAT | Tatabahasa | 26.11.2010 |
bezakan analisis naratif dengan kritikan sastera | Analisis bermaksud satu proses membezakan dan membuat huraian tentang pengertian unsur-unsur yang terkandung dalam sesebuah karya. Seluruh karya itu dicerakinkan kepada bahagian-bahagian tertentu dengan tujuan untuk menentukan bentuk, mencari keseimbangan penggunaan, hubungan, dan sebagainya. Jelasnya, proses analisis terhadap sesebuah karya itu terletak terutamanya pada pembezaan dan penelitian yang berasingan terhadap beberapa bahagian atau unsur dan hubungan antara bahagian-bahagian/unsur-unsur tersebut. Naratif pula ialah kisah atau cerita, riwayat, hikayat atau apa sahaja yang bersifat cerita sama ada dalam bentuk puisi atau prosa. Oleh yang demikian, analisis naratif ialah penghuraian terhadap sesebuah karya. Kritikan sastera ialah cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengkelas, menghurai dan menilai karya kesusasteraan. | Lain-lain | 23.04.2010 |
apakah yang dimaksudkan dengan organisasi kekerabatan? | Organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Kekerabatan bermaksud yg berkaitan dgn kerabat, antara anggota-anggota dlm sesuatu kerabat, kekeluargaan. Organisasi kekerabatan boleh dikatakan sebagai pertubuhan kekeluargaan. | Makna | 01.03.2007 |
apakah fungsi organisasi | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi ialah kesatuan (susunan dsb) yg terdiri drpd bahagian-bahagian (orang dll) dlm sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) utk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan: ~ kaum wanita; ~ politik; | Istilah | 18.08.2009 |
Apakah perbezaan antara organisasi dengan pertubuhan? | Dalam Kamus Dewan Edisi Empat, organisasi bermaksud kesatuan (susunan dsb) yang terdiri daripada bahagian-bahagian (orang dll) dalam sesuatu pertubuhan (perkumpulan, perbadanan, dll) untuk tujuan-tujuan tertentu (kepentingan bersama dsb), pertubuhan. Manakala pertubuhan bermaksud badan yang ditubuhkan untuk mengerjakan (menjalankan) sesuatu, lembaga, organisasi, persatuan.
| Tatabahasa | 10.10.2013 |
Apakah perbezaan maksud bagi istilah 'rumah pangsa' (flats), 'pangsapuri' (apartment), dan 'kondominium'? | 1.kondominium - bangunan pangsapuri yang setiap pangsapurinya dimiliki secara perseorangan dan bahagian-bahagian tertentu dimiliki bersama. (selalu dikaitkan dengan kos mewah) 2.pangsapuri - rumah pangsa moden yang lazimnya besar dan luas, dengan disediakan beberapa kelengkapan dan kemudahan. (selalu dikaitkan dengan kos sederhana) 3.flat - sama konsep dengan rumah pangsa tetapi dalam kos yang rendah.(selalu dikaitkan dengan kos rendah) | Tatabahasa | 30.07.2007 |
Ingin meminta tunjuk ajar bagaimana untuk menerangkan kepada murid sekolah rendah cara menggunakan kata penegas dalam ayat. | Kata penegas ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu pertama yang menegaskan hanya frasa predikat, contohnya -kah, -tah dan -lah; dan kedua yang menegaskan subjek dan predikat ayat, contohnya juga, jua dan pun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 261. | Tatabahasa | 18.04.2013 |
Jika fungsi tugas hendak disediakan , adakah tugas tersebut mesti dimulakan dengan awalan 'me' misalnya, menetapkan, mengendalikan. Perkataan manakah yang betul untuk digunakan? Bahagian e-'Perdagangan' atau Bahagian e-'Dagang'. Bahagian ini berfungsi sebagai bahagian yang menguruskan/mengaudit perniagaan yang menjalankan e-dagang. | Fungsi tugas boleh dimulakan dengan kata kerja dengan imbuhan "me" atau kata nama juga bergantung pada konteks ayat. Bahagian yang mengendalikan perniagaan e-dagang, lebih sesuai dinamai Bahagian E-Dagang. | Tatabahasa | 10.02.2010 |
Salam hormat, saya ingin tahu adakah perkataan "begitu", "banyak"dan "belaka" digolongkan dalam tatabahasa Kata Penegas? Terima kasih. | Kata penegas yang disebut juga partikel atau kata penyerta ialah sejumlah perkataan yang memberikan penekanan pada bahagian-bahagian tertentu dalam ayat. Terdapat dua jenis kata penegas, iaitu: (i) Yang menegaskan hanya frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, -kah, -tah, dan -lah. (ii) Yang menegaskan kedua-dua bahagian ayat, iaitu frasa nama sebagai subjek atau bahagiannya atau frasa predikat atau bahagiannya. Contohnya, juga, jua, pun, sahaja, lagi, dan memang. Perkataan-perkataan begitu dan banyak boleh menjadi kata penegas apabila menerima proses pendepanan, seperti contoh: banyakkah dan begitulah. | Tatabahasa | 22.05.2013 |
Adakah pihak DBP ada menyediakan penceramah mengenai kaedah tulisan jawi utk para pelajar @ masyarakat ? TQ | Encik Mohamad Fauzi, Untuk mendapatkan khidmat penceramah Jawi, saudara boleh membuat permohonan kepada Ketua Bahagian Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. | Lain-lain | 26.05.2010 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata bahagian |
|
Puisi |
---|
|
Kapal layar bertiang tiga, Tiang keempat batang galah; Ikhtiar ilmu bahagian kita, Hasil pendapatan di tangan Allah.
Lihat selanjutnya... |
|