Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Disiplin dan menepati masa merupakan dua faktor yang boleh menjadikan kerja seseorang itu bagus. MUNSYI, ADAKAH BAGUS SALAH DALAM AYAT INI? APAKAH KATA SESUAI DIGANTIKAN? | Bagus bermaksud berkeadaan atau bersifat baik dan tidak sesuai dalam konteks ayat tersebut. Perkataan yang sesuai ialah baik, teratur dan sebagainya. | Tatabahasa | 15.04.2012 |
1) Proton bermutu bagus./ Kereta Proton bermutu bagus. perlu letak kereta di depan Proton? 2) Murid-murid menonton pertandingan kompang. adakah penggunaan menonton pertandingan sesuai? 3) bermain kompang atau memukul kompang? 4) bagaimanakah penggunaan "bermandi peluh"? cth: a) Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh. 5) ladang teh / ladang daun teh? 6) Saya berkelah di air terjun. Saya berkelah di tepi air terjun. Yang manakah betul? 7) Yang manakah berikut ayat majmuk: a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah. | Saudara, 1. Kereta Proton bermutu bagus/tinggi. 2. Murid-murid menonton pertandingan kompang - Boleh digunakan dalam ayat. Namun untuk maksud yang lebih gramatis gunakan 'menyaksikan' 3. Memukul kompang 4. Saya bermandi peluh di padang. b) Saya bermandi peluh di ladang. c) Saya bermandi peluh memetik daun teh - Kesemua penggunaan 'bermandi peluh' dalam ayat adalah betul. 5. ladang teh 6. Saya berkelah di tepi air terjun 7. a) Ben menjaga komputer riba dengan baik. b) Ben mencari maklumat dengan melayari internet daripada komputer. c) Ben menggunakan komputer untuk membuat tugasan sekolah - kesemua ayat yang dikemukakan merupakan ayat majmuk (Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk mengetahui maklumat lanjut) | Tatabahasa | 06.10.2012 |
Tolong jelaskan perbezaan antara "bagus" dengan "baik". Adakah penggunaan kedua-dua perkataan itu turut berlainan? Sila jelaskan. Terima kasih. | Bagus dan baik sama sahaja maksudnya, berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati. | Makna | 26.05.2010 |
saya ingin mengetahui bagaimanakah yang dimaksudkan dengan karya sastera yang bagus?harap dapat memberi serba sedikit panduan | Karya sastera yang bagus adalah karya yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. Selain itu karya tersebut perlulah mempunyai nilai-nilai kemanusiaan, akhlak, dan paling penting adalah karya yang mempunyai nilai intelektual yang tinggi untuk menjadi pedoman dan impak akhir yang berkesan kepada pembaca. Terima kasih. | Lain-lain | 25.12.2006 |
apakah maksud pencapaian yang bagus? | Sila jelaskan dalam konteks apa ayat ini digunakan. Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, pencapaian bermakna apa yg telah dicapai (dihasilkan atau diperoleh), prestasi. Bagus pula ialah berkeadaan atau bersifat baik lagi memuaskan hati, sangat baik. | Makna | 19.09.2008 |
200 kata-kata positif seperti bagus,kamu memang hebat | Sila rujuk buku Tesaurus atau Kamus Sinonim (terbitan DBP) untuk mendapatkan kata masukan yang berunsur positif. | Lain-lain | 13.03.2008 |
Salam saudara/i, Untuk penulisan rasmi, adakah yang berikut diterima? Penggunaan lagi bermaksud lebih. Contoh: Lagi besar lagi bagus. Penggunaan bagi bermaksud memberi. Contoh: Dia bagi anaknya makan sedap-sedap. Terima kasih diucapkan. | Kata bantu "lagi" boleh digunakan dalam penulisan asalkan sesuai dengan konteks ayat yang digunakan. Perkataan yang gramatis dalam konteks ayat tersebut ialah memberi. | Tatabahasa | 03.08.2013 |
Salam sejahtere, saya seorang pengguna karyanet yang kerap menggunakan khidmat istilah dan kamus dewan. Mengapakah laman karyanet sudah tidak berfungsi. Ia sangat bagus dan patut diteruskan. sekiranya ia sedang diperbaiki sekalipun, patut ada pemberitahuan apabila link tersebut diklik. terima kasih. | Assalamualaikum Selain karyanet DBP ada menyediakan khidmat carian istilah dan Kamus Dewan melalui perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PPRM). Saya cadangkan saudara membuat rujukan melalui perkhidmatan yang disediakan ini dengan melayari laman DBP di alamat http://www.dbp.gov.my | Lain-lain | 28.02.2010 |
Apakah perbezaan makna antara perkataan DAHULU dengan DULU.Bagaimanakah cara penggunaannya dan Saya amat berbesar hati jika Tuan dapat memberi contoh ayatnya. Yang mana satu lebih bagus dari segi ayatnya; (a) Terlebih dulu, Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala usaha yang telah diambil untuk meningkat produktiviti... (b) Terlebih dahulu, Saya ingin mengucapkan..... | Dulu ialah bahasa percakapan bagi dahulu. Oleh itu, dalam situasi rasmi kata dahulu yang digunakan. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Bolehkan kita mengguna "indah" untuk menyifatkan kesenian karya-karya seseorang? Misalnya, kesenian karya-karya Usman Awang yang indah? | Boleh digunakan perkataan "indah" bagi karya kerana ia bermaksud "elok" dan "bagus benar". | Lain-lain | 05.03.2007 |