Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Bagaimana menulis perkataan berikut: a) baju Melayu b) selipar Jepun Adakah 'Melayu' dan 'Jepun' itu ditulis dengan huruf besar? | Ejaan yang betul ialah baju Melayu dan selipar jepun. | Ejaan | 20.03.2012 |
Bagaimana hendak mempelajari Bahasa Jepun di Malaysia. | Sila hubungi Pusat bahasa di Institusi Pengajian Tinggi atau Institut Hubungan Luar dan Diplomatik, Kementerian Luar Negeri untuk maklumat lanjut. | Lain-lain | 05.01.2009 |
Jelaskan bagaimana bahasa Melayu menjadi salah satu bahasa besar dunia. | Bahasa Melayu diajarkan di beberapa universiti di luar negara antaranya di negeri China, Jepun, Korea, Thailand dan Australia. Bahasa Melayu digunakan oleh para penyelidik di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu diterima dan digunakan di dalam persidangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Bahasa Melayu diterima dan digunakan dalam persidangan,seminar, forum dan seumpamanya di peringkat antarabangsa. Bahasa Melayu menjadi bahasa komunikasi di peringkat antarabangsa. | Lain-lain | 26.09.2007 |
saya telah merujuk lembar bahasa dari laman ini juga. 1. tetapi saya keliru untuk membezakan antara ejaan 'adik-beradik', kenapa perlu ada sempang sedangkan adik dan beradik ada maknanya yang tersendiri. 'Ambil alih" pula tidak diletakkan sempang. 2. Bagaimana pula untuk membezakan ejaan yang menggunakan kata 'anti' yang mesti dijarakkan atau disambungkan. Misalnya antirasuah dengan anti-Jepun. | Adik-beradik dikategorikan sebagai kata ganda, beradik (kata akarnya diulang) oleh itu perlu diletak tanda sempang. Ambil alih dikategorikan sebagai kata majmuk dan kata majmuk tidak perlu diletak tanda sempang. Anti ialah awalan asing dan apabila disambungkan dengan kata am dieja bersambung (contoh; antirasuah), apabila dieja dengan nama khas diletakkan tanda sempang (contoh; anti-Jepun). | Tatabahasa | 18.03.2008 |