Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Assalamualaikum. Mohon pencerahan. Bagaimanakah mahu mengenal pasti perkataan "orang asli" ditulis menggunakan huruf besar di pangkal kata atau sebaliknya. Contohnya, "Orang Asli", "orang Asli" atau "orang asli". Sekiranya, perkataan "Orang Asli Negrito", adakah semua huruf pada pangkal kata perlu menggunakan huruf besar? Terima kasih. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 17.11.2016 |
orang asli/Orang Asli? Dalam Kamus Dewan Perdana ada kedua-dua jenia ejaan. Mohon pencerahan. | Ejaan yang betul ialah "Orang asli" dan "orang asli" bergantung pada penggunaannya dalam ayat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 145 dan 1563. | Ejaan | 15.01.2025 |
ejaan untuk orang asli atau orang Asli atau Orang Asli? | Encik Yu, Jika ungkapan itu digunakan secara umum ia ditulis sebagai orang asli, tetapi apabila digunakan untuk penulisan secara khusus ialah Orang Asli. | Istilah | 30.03.2010 |
Assalamualaikum w.b.t Bagaimanakah ejaan bagi perkataan orang asli yang sebenar-benarnya? 1. Orang Asli 2. orang Asli 3. orang asli Terima Kasih. | Salam, Ejaan yang betul ialah orang asli kerana ia merupakan kata nama am, bukannya kata nama khas yang perlu dieja dengan huruf besar. | Tatabahasa | 03.12.2015 |
adakah ejaan orang asli dieja dengan huruf kecil atau besar. orang asli atau Orang Asli. terima kasih | Perkataan orang asli dieja dengan huruf kecil iaitu orang asli. | Ejaan | 26.07.2019 |
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan kepastian mengenai ejaan untuk perkataan orang asli kerana maklumat yang diberikan oleh pihak Khidmat Nasihat DBP terdapat kekeliruan. Ada yang mengatakan ejaannya ialah orang asli kerana ia kata nama am bukan kata nama khas. Namun, terdapat juga yang mengatakan ejaannya ialah orang Asli kerana Asli itu bersamaan dengan kaum seperti orang Melayu, orang Siam. Jadi yang sebenarnya, manakah ejaan yang betul? Mohon penjelasan. Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah orang asli kerana orang asli merupakan kata nama am, iaitu penduduk jati atau asal yang mula-mula menduduki sesebuah negeri sejak diketahui pada peringkat awal sejarah tamadun manusia. Bagi penulisan nama khas, contohnya Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA), barulah huruf ‘O’ dan ‘A’ ditulis dengan huruf besar. | | Ejaan | 07.04.2017 |
Adakah betul penggunaan ejaan orang asli dalam konteks ayat di bawah? Memorandum Persefahaman (MoU) penyerahan sepenuhnya sekolah-sekolah Orang Asli di bawah... Saya melalui perkampungan orang Asli yang terletak jauh di pedalaman... | Penggunaan perkataan orang asli betul dari segi ejaannya. | Ejaan | 20.04.2010 |
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, Ikhwan | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat. | Istilah | 18.05.2016 |
Selamat sejahtera Saya ingin mertanya. ejaan untuk masyarata Orang Asli di tulis dengan huruf besar atau huruf kecil - orang asli. | Untuk makluman, orang asli bermaksud penduduk asal sesebuah negeri. Sehubungan dengan itu, perlu ditulis menggunakan huruf kecil, kecuali jika diletakkan di permulaan ayat atau selepas titik, perkataan "O" perlu ditulis dengan huruf besar. Jika merujuk kepada kepada sesuatu kaum, tetap juga perlu ditulis dengan huruf kecil. Contoh, orang asli Negrito. | Ejaan | 26.07.2019 |
mana satu betul, Dato' Seri Najib atau Datuk Seri Najib, apapun atau apa pun, sepertimana atau seperti mana, Orang Asli atau orang asli, Tan Sri atau Tan Seri, Allah SWT atau Allah S.W.T. , pribumi atau peribumi, bumiputera b huruf besar atau kecil, ada kala atau adakala, senjakala atau senja kala, kerap kali atau kerapkali, Tunku ARahman Putra Al-Haj atau al-Haj, Alor Setar atau Alor Star, hub atau hab, titik tolak ada - atau tiada, perihatin atau prihatin, sembahyang Zohor, zohor atau Zuhur, mentua atau mertua, | Jawapan yang betul ialah 1. Dato' Sri Najib. 2. apa pun. 3. seperti mana. 4. orang Asli. 5. Tan Sri. 6. Allah SWT. 7. peribumi. 8. bumiputera. 9. adakala. 10. senjakala. 11. kerapkali. 12. Tunku Abdul Rahman Putra al-haj 13. Alor Star. 14. hab. 15. Titik tolak bermaksud perkara yang menjadi bahan atau yang digunakan untuk membuka perbincangan (huraian dll) tentang sesuatu; sesuatu yang menjadi dorongan untuk permulaan bagi sesuatu (usaha, kegiatan dll). 16. prihatin. 17. sembahyang zuhur. | Lain-lain | 02.09.2010 |