| Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
| 9 "Ampun _______ tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. A beta B patik C hamba D baginda 24 " Sebagai tentera, _______ berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. A kita B kami C beliau D mereka Apakah jawapan untuk soalan-soalan berikut? 6 "Sebagai murid, _______ hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. A dia B kita C kamu D mereka 7 Mari kita ikut _______ ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul. A mereka B awak C saya D kami | 1. "Ampun patik tuanku," sembah Hang Tuah kepada raja. 2. " Sebagai tentera, kami berikrar akan memperjuangkan tanah air sehingga titisan darah yang terakhir," kata askar-askar itu kepada pegawai mereka. 3. "Sebagai murid, kamu hendaklah belajar bersungguh-sungguh," kata cikgu. 4. Mari kita ikut saya ke perpustakaan, kata Siti kepada Nurul. | Tatabahasa | 09.05.2014 |
| A'kum dan salam sejahtera, saya inginkan definisi bagi perkataan-perkataan berikut: 1. "lasykar" 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" 4. "bintara" 5. "bentara" kerjasama dan tindakan susulan didahului dengan ribuan terima kasih... | 1. lasykar bermaksud askar dalam Kamus Dewan Edisi Keempat 2. "askar-lasykar" 3. "askar-laskar" - tiada dalam data
Bintara: Id pegawai rendah (tentera). Bentara: 1. sl pesuruh raja (yg menyampaikan titah atau membawa alat kerajaan); ~ dewan pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm dewan; ~ kanan bentara yg berdiri di kanan raja; ~ kiri bentara yg berdiri di kiri raja; ~ mahkamah pegawai yg ditugaskan utk menunjukkan tempat kpd orang awam dlm mahkamah; 2. Id pegawai tidak bertauliah (tentera). | Lain-lain | 24.07.2009 |
| Walinong Sari Nov 28th, 10:25am apakah beda nya istilah askar dan tentera | Askar dan tentera merujuk jawatan yang sama. Sila klik http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=askar untuk maklumat lanjut. | Makna | 28.11.2014 |
| kerja askar | Soalan anda tidak jelas | Lain-lain | 13.06.2010 |
| Apakah perbezaan askar dan tentera ? Terima kasih... | Askar dan tentera merujuk individu yang sama (sinonim). | Istilah | 28.02.2009 |
| laskar | Pertanyaan saudara tidak jelas. sekiranya saudara inginkan maksud perkataan ini, ejaan yang betul bagi laskar ialah lasykar, iaitu 1. askar, serdadu: baginda mempunyai beratus-ratus hulubalang dan ~; 2. = ~ rakyat askar yg terdiri drpd rakyat biasa. | Istilah | 12.06.2009 |
| Bagaimana cara penulisan yang betul bagi perkataan DIRAJA. Adakah perlu membesarkan huruf R selepas huruf Di atau tidak perlu membesarkian huruf R tersebut. Mohon jua penerangan kenapa R perlu besar atau kekal kecil. Contoh: Kor Perkhidmatan Diraja atau Kor Perkhidmatan DiRaja. Rejimen Askar Melayu Diraja atau Rejimen Askar Melayu DiRaja Polis Diraja Malaysia atau Polis DiRaja Malaysia Terima kasih daun keladi. Jasa anda amat dihargai. | Ejaan yang betul ialah “Polis Diraja Malaysia” dan “Kor Perkhidmatan Diraja”. Tiada perkataan yang dieja menggunakan huruf besar di tengah perkataan bagi kata terbitan. | Ejaan | 29.08.2024 |
| Salam sejahtera tuan. Bolehkah tuan memberikan penjelasan kepada saya tentang tatabahasa dalam beberapa soalan di bawah: 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel walaupun mereka ____ letih. amat atau agak yang mana satu adalah sesuai untuk digunakan sebagai jawaban dalam soalan tersebut? 2. Apapun / Apatah rancangan kamu, mereka tetap tidak menerimanya. Penggunaan kata penegas pun atau tah mana satu adalah betul? 3. Siapalah / Siapa jua / Siapakah / Siapa juga yang ingin bersenam pagi-pagi ini. Penggunaan kata penegas mana satu adalah betul? 4. Pola Ayat bagi "Lelaki itu bernama Ali." Adakah ayat ini ialah FN+FK atau FN+FN? Soalan-soalan tersebut bolehkah tuan memberikan penjelasan yang teliti kepada saya. Terima kasih atas bantuan tuan. | 1. Para doktor tetap meneruskan tugas menyelamatkan mangsa serangan askar Israel, walaupun mereka amat letih. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 20 dan 74. 2. Pola ayat bagi frasa "Lelaki itu bernama Ali." ialah FN+FN. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 359. Untuk soalan yang seterusnya, tuan/puan digalakkan merujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 431 hingga 581 yang berkaitan dengan ayat dan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021). | Tatabahasa | 04.02.2026 |
| "Adalah" tidak boleh digunakan di hadapan kata kerja atau frasa kerja, bagaimana dengan "ialah"?Adakah penggunaan kata pemeri ialah dalam ayat berikut betul? Peranan utama askar ialah memperjuangkan keamanan negara. | Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah dapat dijelaskan seperti yang berikut.a) Kata pemeri adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama dan kata adjektif yang bersifat huraian sahaja manakala ialah hanya boleh diikuti oleh kata nama atau frasa nama yang bersifat persamaan sahaja. | Tatabahasa | 02.11.2006 |
| Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "Foot Guard"? Foot Guard merujuk kepada rejimen infantri kanan yang bertugas sebagai pengawal diraja dan orang-orang kenamaan, contohnya Askar Timbalan Setia. Terima kasih. | Salam, Saudara, Terjemahan bagi istilah Foot Guard ialah Pengawal istana. Terima kasih. | Istilah | 19.08.2020 |