Ada beberapa judul buku yang boleh kami cadangkan untuk belajar bahasa Melayu, antaranya: 1. Untuk peringkat asas/permulaan: (a) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 1 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (b) Bahasa Melayu: Boleh Berbahasa Boleh Berkomunikasi Buku 2 (Berserta CD) oleh Bustam Kamri dan Putri Zabariah Megat A. Rahman (c) Siri Bahasa Melayu Prasekolah Dewan (buku bacaan tambahan) (d) Siri KIA2M (e) Buku-buku teks Bahasa Malaysia untuk Sekolah Rendah (dari Tahun 1 hingga Tahun 6) berserta buku-buku Latihan dan Aktiviti. 2. Untuk peringkat pertengahan dan lanjutan: (a) Bertutur dengan Fasih (Speak Malay Fluently) oleh Norizah Ardi dan Hasbi Yusoff (b) Perbualan Asas Bahasa Melayu oleh Anwar Ridhwan (c) Bahasa Melayu untuk Penutur Asing oleh Norhashimah Jalaluddin, Madian Omar dan Norzilawati Jais (d) Peribahasa dan Ungkapan Inggeris-Melayu oleh Amir Muslim (e) Tatabahasa Bahasa Melayu Digital (CD) oleh DBP dan Multimedia University (f) Tatabahasa Dewan Edisi Ke-3 oleh Nik Safiah Karim et. al. (g) Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar Buku-buku tersebut boleh didapati di pasaran atau di Kedai Buku Koperasi DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. |