Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Hal ini demikian kerana apabila seseorang guru...Soalan 1 : Bolehkah kata 'kerana + apabila' dalam sesuatu ayat? Soalan 2 : 'kerana' dalam ayat tersebut kata keterangan atau kata hubung? | Kerana dan apabila ialah kata hubung keterangan dan kita harus ingat kedua-dua perkataan tersebut mempunyai maksud yang berbeza dan sudah pastilah penggunaannya pun tidak sama. Oleh itu, kata keterangan kerana dan apabila boleh hadir dalam satu ayat. Contoh ayat: "Tentulahlah sajak ini tidak baik kerana apabila dibaca bunyinya berbeza" dan "Dia tetap berdolak-dalik apabila disoal kerana takut keadaan yang sebenar tentang dirinya diketahui orang". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
apabila saya cuba membuat carian kata, saya mendapat error : The service is unavailable. Ini telah berjlanjutan sejak pagi tadi. | Sehingga kini tiak ada masalah dalam laman web kami, carian data dapat dibuat seperti biasa. | Lain-lain | 19.09.2013 |
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini? Adakah apa-apa perbezaan antara kedua-dua perkataan tersebut? | Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Apabila terjaga daripada tidur, aku dapati diriku berada di bawah katil. perkataan "dapati" boleh digantikan dengan "mendapati"? Kedua-dua perkataan boleh digunakan dlm ayat ini??? | Kedua-dua perkataan mendapati dan dapati boleh digunakan dalam ayat. | Tatabahasa | 16.07.2013 |
Apabila seseorang hamba ingin mengadu/memaklumkan sesuatu peristiwa/perkara kepada raja, apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk mengadu (bahasa istana)? Contohnya, bahasa istana bagi tidur ialah beradu. Saya telah merujuk beberapa laman web yang memberikan bahasa istana. Namun demikian, saya tidak dapat mencari perkataan yang digunakan untuk merujuk mengadu. Bolehkah perkataan mengadu digunakan atau apakah perkataan yang lebih sesuai untuk digunakan? Mohon beri tunjuk ajar. Terima kasih. | Dalam sumber rujukan kami tidak ada padanan untuk perkataan mengadu dalam bahasa diraja, lagipun bahasa diraja terhad perbendaharaan katanya dan tidak semua kata ada padanannya dalam bahasa diraja. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Bahasa Diraja yang ditulis oleh Prof. Emeritus Asmah Haji Omar, terbitan DBP. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
apabila saya menanda kertas karangan saya ada menemui ayat sebegini sayuran membekalkan protien yang sangat tinggi kepada manusia bagi menambah darah. apakah komen yang sesuai boleh saya berikan kepada pelajar saya. | Saudara, Ulasan boleh dibuat bergantung pada aspek yang hendak dinilai. Aspek yang boleh dinilai ialah aspek fakta, bahasa atau gaya persembahan karangan tersebut. | Lain-lain | 27.09.2009 |
Apabila saya merujuki Kamus Dewan Edisi Keempat, saya dapati wara ialah kata akar. Adakah wara morfem terikat dan segolongan dengan anai? Jikalau benar, adakah pembentukan perkataan yang menggunakan wara seperti jerayawara dan bicarawara dapat dipertahankan? | Jerayawara dan bicarawara merupakan istilah khusus dan padanan bahasa Melayu bagi roadshow dan talkshow. | Tatabahasa | 23.02.2009 |
apabila guna peribahasa perlu guna penanda wacana "...." ?? | Sebagai makluman saudara, penggunaan penanda wacana " "? tidak semestinya perlu dipakai pada peribahasa.Jika saudara menggunakannya, perlu melihat contoh dan jenis peribahasa yang digunakan serta konteks ayat yang digunakan. | Lain-lain | 07.01.2008 |
Apabila menemui kesalahan bahasa dalam media cetak atau pelbagai media lain, untuk menegur atau membantu membuat pembetulan, yang mana satu langkah lebih baik a) menerusi pantau tegur bahasa (dbp) atau b) menegur terus kepada media berkenaan dengan menulis surat dan sebagainya. Terima kasih. | Pada pandangan kami kedua-dua langkah boleh diambil, iaitu melalui pantau tegur dan menulis terus kepada agensi berkenaan. DBP amat mengalu-alukan bantuan dan kerjasama daripada masyarakt pengguna bahasa untuk sama-sama memikul tanggungjawab dalam memastikan penggunaan bM yang betul dan seterusnya memartabatkan bM, bahasa kebangsaan kita. | Lain-lain | 06.08.2007 |
Berikut kemusykilan yang saya hadapi berkaitan tanda baca: 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. ataupun Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?", otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. ataupun Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu,", tercetus peperangan dalam diri kita. | 1. Apabila menyebut, "Bagaimana caranya supaya kami mampu?" otak kita terbuka dan terpaksa berfikir bagi mencari jawapan. 2. Apabila minda yang malas berkata, "Saya tidak mampu," tercetus peperangan dalam diri kita. | Tatabahasa | 06.03.2012 |