Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
manakah penggunaan yang betul: 1. Apa jua caj perkhidmatan; atau 2. Apa-apa jua caj perkhidmatan Saya meragui penggunaan 'apa-apa jua'. Sekian, terima kasih | Ayat yang betul ialah "Apa-apa jua caj perkhidmatan". Apa digunakan dalam ayat tanya dan apa-apa digunakan dalam ayat penyata yang bermaksud segala apa. | Tatabahasa | 14.09.2011 |
perkataan "apa jua" boleh atau tidak digunakan untuk mengarang surat. | perkataan jua sama maksud dengan juga. Walau bagaimanapun dalam konteks rasmi gunakan apa juga. | Lain-lain | 03.01.2008 |
tolong hantarkan saya apa jua mengenai penggunaan kata sempang dan imbuhan "meng-i" | Tanda sempang lazimnya digunakan penulisan kata ganda saeperti kuih-muih, rumah-rumah dan kata-kata. Apitan meN...i (termasuklah meng...i) boleh ada dalam kata nama, kata adjektif, kata kerja dan kata tugas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, muka surat 202. | Tatabahasa | 23.08.2009 |
macam mana nak dapatkan petua kejayaan SPM yang terbaik | Paling penting untuk apa jua kejayaan yang dicita-citakan ialah disiplin. Dengan disiplin kita akan mematuhi apa yang telah kita rancangkan. Tanpa disiplin agak sukar untuk kita mengejar cita-cita dan impian. Sebagai pelajar SPM, patuhilah nasihat ini, iaitu disiplinkan diri, masa, dan jauhkan benda-benda atau perkara yang tidak berfaedah.T.kasih. | Lain-lain | 21.11.2006 |
Apa makna 'perkongsian pintar'? Terima kasih | Sdr. Mayling 6572, soalan ini tidak ada kaitan dengan bahasa. Tetapi apa yang saya faham tentang soalan Sdr. ialah kita cuba mendapatkan atau mewujudkan kerjasama dalam apa jua hal akan tetapi keuntungan atau faedah yang terhasil akan dikongsi bersama. Manfaatnya dikongsi bersama. | Lain-lain | 28.09.2007 |
Apa istilah untuk suami yg tinggal di rumah. Contohnya kalau isteri dipanggil surirumah. Terima kasih | Tidak ada istilah khusus untuk suami yang tinggal di rumah kerana dia tetap bergelar suami walau apa jua pekerjaannya. | Istilah | 09.12.2011 |
Assalamaulauikum Saya amat lemah dalam bidang morfologi..... tugasan saya ialah mengkaji minda pengarang berita harian dari segi morfologi dan sintaksis.... minda pengarang saya ialah.... Gagasan 1 Malaysia boleh diterapkan masyarakat antarabangsa Dalam apa jua bentuk kehidupan kesederhana adalah teras kepada kajayaan yang dicapai. tindakan keterluan atau ekstremis tidak menyelesaikan masalah, sebaliknya akan menambahkan lagi kekusutan.menyedari sudah sampai masa pemimpin dunia kembali kepada agenda keamanan pragmatik dan menghapuskan ekstremis demi mengelak penduduk dunia daripada tenggelam ke dalam kehancuran,ucapan sulung Perdana Menteri, Datuk Seri najib Razak pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke 65 di New York,Amerika Syarikat | Saudara, Dalam tugasan yang diberikan saudara diperlukan untuk mengenal pasti perkataan dari aspek morfologinya atau bentuk katanya dan mengenal pasti ayat dari aspek sintaksisnya atau jenis ayatnya. | Lain-lain | 17.10.2010 |
adakah Tatabahasa Dewan masih boleh dijadikan bahan rujukan untuk pengajaran Bahasa Malaysia di peringkat sekolah? Di manakah boleh dapatkan versi yang terbaru? | Tatabahasa Dewan memang sesuai dijadikan rujukan di sekolah malah apa jua lapangan untuk mempelajari bahasa Melayu. Boleh didapati di semua kedai buku Dewan Bahasa dan Pustaka dan semua kedai buku di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak yang berdaftar dengan DBP. Harap maklum. | Lain-lain | 25.05.2008 |
Saya telah menulis dan menerbit buku "Let's get physical" 48 muka surat, berwarna-warni, banyak ilustrasi cara bersenam, dll. Saya ingin menterjemah buku tersebut ke BM. Bolehkah pihak DBP bantu saya dari segi dana dan apa jua bantuan lain? Terima kasih. | Penterjemahan dokumen yang berbentuk teks penuh tidak dilaksanakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan Pustaka. Walau bagaimanapun penterjemahan dokumen yang lebih berbentuk mencari padanan kata atau istilah diusahakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi faridah@dbp.gov.my. Bagi penterjemahan dokumen berbentuk teks penuh, saudara boleh menghubungi Institut Terjemahan Negara, 03-41497210, www.itnm.com.my atau Persatuan Penterjemah Malaysia, 03-21424381, www.terjemah@tm.net.my. | Lain-lain | 28.06.2010 |
Ucapan syabas kepada DBP kerana memudahkan saya membuat rujukan tentang istilah dan menggunakan puisi nukilan dan dalam simpanan DBP | Salam. Ucapan terima kasih juga kepada sdr. atas ucapan tersebut. Semoga sdr. beroleh kejayaan dalam apa jua bidang yang diceburi. Sekian dan wassalam. | Lain-lain | 08.07.2009 |