Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Apa itu masa? | Masa ialah 1. waktu, ketika: ~ dan tempat perundangan itu harus dipersetujui bersama oleh kedua-dua pihak; bila-bila ~; 2. jangka waktu yg agak lama (ketika sesuatu kejadian dll yg penting berlaku), zaman; ~ Jepun zaman pendudukan Jepun; 3. jangka waktu yg tertentu (ada permulaan serta batasnya); ~ capaian (Komp) masa yg diperlukan utk mendapatkan data yg diproses; ~ kerja waktu yg ditentukan utk sesuatu pekerjaan; separuh ~ pertama (kedua) waktu permainan bola sepak dll dr permulaan hingga pertengahan (dr pertengahan hingga akhir); ~ depan (hadapan, datang) zaman yg akan datang; ~ karbon zaman lapisan karbon terbentuk (dlm tanah); ~ kecil ketika masih kecil (zaman masih budak-budak); ~ kering musim kering; ~ lampau waktu yg telah lalu (lepas); ~ lapang (lega) waktu senggang; ~ peralihan masa berlaku perubahan atau pergantian (drpd suatu keadaan kpd keadaan lain); ~ Permian (Geo) zaman selepas zaman karbon; ~ rehat waktu utk berehat; dr se~ ke se~ dr satu waktu ke waktu lain; | Makna | 13.10.2010 |
Assallamualaikum saya Saiful Bahari Bin Ahmad bekas Prof.Madya yang mengajar di Tokyo Universiti of Foreign Studies,Tokyo.Begini pada pertengahan bulan lepas saya telah dihubungi oleh seorang pegawai DBP berhubung tentang soal pembayaran royalti bagi buku Kenangan untuk Profesor Shoho Isamu.Menurutnya cek telah dikirimkan ke alamat saya di Jepun tahun lalu tapi telah dikembalikan kerana saya telah berpindah ke Malaysia .Segala butiran peribadi telah saya berikan yaitu no akaun ,no KP dan lain lain untuk pengiriman semula royalti tersebut.Namun sehingga kini saya belum menerima apa apa maklum balas tentang perkara tersebut.Harap Maklum.Terima Kasih. | Untuk makluman tuan, pihak kami sudah mengurus semula bayaran royalti untuk buku tuan itu. Bayaran tersebut akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank tuan pada 9 Julai 2013. Mohon tuan hubungi kami lagi sekiranya berlaku masalah selepas tarikh tersebut. | Lain-lain | 04.07.2013 |
Muhammad Z Nurdin THURS 21:47 Salam DBP, saya ingin memohon pencerahan tentang perkara di bawah. Mohon penjelasan yang sahih dari pihak tuan. Sekian terima kasih. William Mark Joseph Raj: *Kesilapan Simpulan Bahasa Yang Ramai Tidak Sedari* _Kesilapan berlaku disebabkan perubahan ejaan rumi daripada jawi._ 1. *HARAPKAN PAGAR, PAGAR MAKAN PADI* Pembetulan : _HARAPKAN PEGAR, PEGAR MAKAN PADI_ Keterangan : Tahukah anda tiada Pagar Makan Padi tetapi Pegar yang makan Padi, kesalahan yang didapati dari perkataan rumi diambil daripada jawi. Kesalahan kita sendiri. Tidak masuk akal jika pagar yang memakan padi, betul tak? Perlu di ingat dari dulu sampai sekarang mana ada pesawah pagarkan bendang mereka baik di Malaysia, Indonesia, China, India, Turkey, Jepun mahu pun Indo China, Thailand atau Myanmar. Pegar adalah sejenis burung yang digunakan untuk menghalau burung lain. 2. *MELEPASKAN BATUK DI TANGGA* Pembetulan : _MELEPASKAN BATOK DI TANGGA_ Keterangan : Adalah tidak masuk akal jika Batuk iaitu cough dilepaskan di tangga. Apa signifikasinya dengan maksud simpulan bahasa itu sendiri? Jadi sebenarnya adalah Batok. Batok sebenarnya sejenis perkakas yang diperbuat daripada tempurung kelapa. Adat orang Melayu, sebelum naik ke atas rumah, kita akan basuh kaki dulu dekat tempayan. Orang dahulu jarang yang berkasut. Batok digunakan untuk menceduk air dari tempayan untuk membasuh kaki. Melepaskan batok di tangga bermaksud kita tak letakk | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu mengekalkan ungkapan "Harapkan pagar, pagar makan padi". Pendapat baharu tentang peribahasa Harapkan pegar, pegar makan padi yang banyak dibincangkan dalam media belum dapat dipastikan kesahihannya kerana sehingga kini belum ada dapatan/kajian yang dapat mengesahkan kebenarannya. Tidak ada maklumat terperinci tentang peribahasa dalam pangkalan data kami. Peribahasa ialah khazanah yang terakam sejak dahulu lagi, walaupun dicetak berulang kali tetapi bentuk asalnya tetap dikekalkan. Begitu juga dengan peribahasa Melepaskan batuk di tangga. Walaupun pendapat yang mengatakan bahawa yang benarnya ialah Melepaskan batok di tangga semakin digemari, buku peribahasa masih mengekalkan bentuk yang sedia ada. Peribahasa ialah perumpamaan atau ibarat dan kita boleh menerangkan maksud peribahasa berdasarkan bandingan objek-objek dalam ungkapan berkenaan. Untuk bacaan tambahan, lihat http://www.sinarharian.com.my/kolumnis/rahman-shaari/pagar-dan-pegar-yang-makan-padi-1.342076. | Lain-lain | 30.03.2017 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata apa Jepun |
|
|