Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
APAKAH MADSUD DAN KEPENTINGAN AEROANGKASA | Menurut Kamus Dewan ke-4, Aeroangkasa ialah bidang yang berkaitan dgn roket, pesawat udara, peluru berpandu, kapal angkasa lepas dsb yg terbang atau beroperasi dlm ruang angkasa lepas. Dalam era globalisasi, bidang ini penting kerana ia seiring dengan perkembangan dan kemajuan teknologi masa kini. | Makna | 27.12.2007 |
Salam. Bolehkah saya dapatkan padanan terjemahan yang sesuai bagi Search for ExtraTerrestrial Intelligence (SETI) dalam bidang angkasa lepas. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak ada padanan bahasa Melayu yang khusus untuk "Search for Extraterrestrial Intelligence (SETI)" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk setiap perkataan yang diberikan seperti yang berikut: 1. search - carian/gelintar 2. extraterrestrial - ruang angkasa/luar bumi 3. intelligence - risik Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Carian Risik Ruang Angkasa. | Istilah | 14.01.2013 |
Apakah padanan bagi istilah spacecraft, spaceplane dan space vehicle? Terima kasih. | Untuk makluman istilah spacecraft dan space vehicle adalah sama. Padanan bahasa Melayu untuk kedua-dua istilah ini ialah pesawat angkasa atau kapal angkasa. Istilah spaceplane tidak terdapat dalam pangkalan data kami. | Istilah | 25.09.2012 |
Jalur Gemilang selalu berkibar di sekolah/udara/angkasa.Adakah jawapan ini betul? | Jawapan yang paling baik antara tiga pilihan jawapan diberi ialah "di sekolah", namun ayat yang gramatis ialah "Jalur Gemilang selalu berkibar ditiup angin di hadapan sekolah". | Tatabahasa | 05.07.2011 |
Yang manakah jawapan betul bagi soalan di bawah: 1. Bintang............ di angkasa. a. berkerlipan b. berkerdipan 2. ..............beri laluan, air panas. a. Tolong b. Harap | 1. Ungkapan yang betul ialah "Bintang berkerdipan". 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu. | Tatabahasa | 17.07.2013 |
Salam. tolong selesaikan masalah ini. 1. Bintang yang ( berkerlipan / berkerdipan ) di angkasa itu indah dipandang. 2. ( Harap / Tolong ) beri laluan . Makanan ini panas. Ini adalah soalan percubaan UPSR. Saya tidak tahu untuk menerangkan kepada murid saya tentang jawapan yang betul. Terima kasih. | 1. Bagi DBP, Kedua-dua perkataan boleh digunakan kerana membawa maksud yang sama. Mohon rujuk KPM atau Lembaga Peperiksaan supaya mendapat jawapan yang betul. 2. Jawapan yang betul ialah harap. Harap (haraplah) bermaksud hendaklah, mintalah, pohonlah; dan tolong bermaksud bantu | Tatabahasa | 16.07.2013 |
ada tak perkataan mengangkasakan . saya cari dalam kamus tak ada perkataan ini. | Yang ada ialah perkataan "mengangkasa" bermaksud " terbang ke angkasa, naik ke udara (ke langit) (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4) | Tatabahasa | 21.11.2007 |
Apakah padanan kata dalam bahasa Melayu bagi istilah Inggeis space probe? Terima kasih. | Padanan dalam bahasa Melayu bagi "space probe" ialah penjelajahan atau penerokaan angkasa lepas. | Istilah | 22.05.2009 |
definisi bioperubatan | Bioperubatan merujuk kepada istilah biomedicine atau biomedical, yang bermaksud kajian perubatan tentang kesan tekanan persekitaran yang luar biasa terhadap manusia khasnya yang berkaitan dengan penerokaan ruang angkasa. | Istilah | 26.01.2007 |
ERTI PERKATAAN MAGIS | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, magis bermaksud luar biasa dan mengandungi (mempunyai) keupayaan dsb yg tersembunyi, ghaib:Contoh ayat, kisah kehidupan di angkasa raya dgn kekuasaan ~ atau yg berunsurkan tahyul; mengikut Winstedt, raja itu juga mempunyai kuasa ~. | Lain-lain | 01.06.2010 |