Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Yang manakah penggunaan yang betul? Anggaran kos atau kos anggaran? Konteks penggunaan adalah seperti "(Anggaran kos/kos anggaran) bagi kerja ini adalah RM50" Terima kasih | Kami mencadangkan penggunaan istilah anggaran kos (cost estimate). Sekiranya tuan ingin menggunakan padanan yang lain, istilah kos jangkaan (anticipated cost) juga sesuai digunakan terutamanya dalam bidang perakaunan, ekonomi dan perniagaan. | Istilah | 01.04.2020 |
Anggaran masa utk pihak DBP meluluskan permohonan menggunakan khidmat pengesahan bahasa | Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh Negara, kami perlu mengambil lebihan masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran tuan. | Lain-lain | 25.06.2015 |
Assalamualaikum, Mohon maklumat anggaran jumlah entri daripada sumber Dialek Perak yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana (2020), Anggaran sahaja.Terima kasih. | Waalaikumussalam, Anggaran entri berlabel dialek Perak dalam Kamus Dewan Perdana: 582 entri Terima kasih. | Lain-lain | 05.05.2024 |
Apakah perbezaan unjuran dan anggaran | Dalam Kamus Pelajar Edisi Kedua, unjuran bermaksud anggaran atau jangkaan tentang sesuatu (hasil pengeluaran, pelaksanaan tugas dan sebagainya) pada masa depan, biasanya berdasarkan data atau maklumat semasa: Pihak pengurusan membuat unjuran keuntungan yang lebih berbanding dengan keuntungan pada tahun lalu. Manakala anggara pula bermaksud jumlah yang dianggarkan, perhitungan atau perkiraan secara kasar: Beri anggaran berapa liter minyak diperlukan untuk perjalanan 1000 km?; anggaran pendapatan dan perbelanjaan negara; 2. lebih kurang, kira-kira:... ia hendak berhenti di situ anggaran empat lima malam lagi. Kedua-dua perkataan tersebut mempunyai makna yang hampir sama cuma dibezakan mengikut konteks ayat. | Makna | 19.12.2017 |
Assalamualaikum, Tuan saya ingin bertanya tentang anggaran jumlah kosa kata berikut yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana. 1. Kata arkaik 2. Kata klasik Terima kasih. | Waalaikumussalam, Anggaran jumlah kosa kata yang dimuatkan dalam Kamus Dewan Perdana: 1. Kata arkaik - 1310 kata 2. Kata klasik - 1537 kata Terima kasih. | Lain-lain | 01.08.2024 |
apakah maksud pengekosan sumber manusia | Assalamualaikum. Berdasarkan Kamus Dewan 4 makna "pengekosan" adalah anggaran semua kos yang terlibat dalam satu urusan misalnya perniagaan. Merujuk kepada pertanyaan tuan, perkataan pengekosan sumber manusia berkemungkinan merujuk kepada anggaran semua kos yang terlibat dalam urusan pengambilan sumber manusia seperti gaji, elaun, sumbangan KWSP, kos latihan, kos perubatan dan sebagainya. | Lain-lain | 26.02.2009 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya hendak minta sedikit anggaran bayaran yang dikenakan sebelum saya mendapatkan maklum lanjut; untuk menjemput pihak akademik DBP dalam bengkel penulisan khususnya penulisan jenis travelog. Kalau bengkel dianjurkan oleh pelajar daripada IPT, adakah bayarannya seperti yang tertera dalam laman web akademik DBP? | Untuk makluman tuan, semua urusan yang berkaitan kursus diselaras dan diuruskan oleh Akademi DBP. Untuk maklumat lanjut, sila berhubung dengan Dr. Amran bin Joned, Ketua Akademi DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Beliau juga boleh dihubungi melalui talian 03-21479000 atau e-mel amran@dbp.gov.my. | Lain-lain | 19.10.2015 |
1) Aadakah DBP menyediakan perkhidmatan penterjemahan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris? 2) Anggaran bayara berapa? 3) Adakah terdapat khrusus mengajar teknik penterjemahan (Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris)? | Khidmat Nasihat DBP tidak menangani Khidmat terjemahan seperti yang diperlukan. Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-2142438 atau e-mel terjemah@tm.net.my" www.terjemah@tm.net.my untuk keterangan lanjut. | Lain-lain | 14.01.2013 |
Assalamualaikum... 1. Apakah yang dimaksudkan kata Indonesia (id) yang menjadi entri dalam Kamus Dewan 2. Berapakah anggaran jumlah kata Indonesia yang diserap masuk dalam Kamus Dewan Edisi Keempat? | 1. Id dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kependekan untuk Indonesia. Entri yang mempunyai tanda Id bermaksud entri tersebut berasal daripada bahasa Indonesia. 2. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Kamus dan Perkamusan Melayu, Noresah Baharom et.al (Bab 8, muka surat 139). Buku ini diterbitkan oleh DBP. | Lain-lain | 20.02.2013 |
bolehkah saya mendapatkan perkhidmatan penterjemahan bagi penerbitan brosur, buku, majalah dan terbitan lain institusi saya. Sekiranya boleh, berapa anggaran kos dan masa yang diperlukan. terima kasih. | Sila hubungi Persatuan Penterjemahan Malaysia (PPM) atau Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) untuk mendapatkan khidmat penterjemahan. | Lain-lain | 03.02.2009 |