Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Terdapat anggapan bahawa satu-satu emosi adalah berasingan daripada satu-satu emosi yang lain. Walhal, emosi tidak harus wujud secara bersendirian. Satu-satu emosi tidak semestinya berdiri sendiri. Malahan, ia harus atau boleh wujud bersama (_co-exist_). Emosi sedih boleh wujud bersama emosi gembira pada satu-satu masa. Walaupun, jika dilihat pada permukaannya, kedua-dua emosi tersebut adalah bertentangan, hal ini adalah harus kerana emosi ialah makhluk atau ciptaan Allah S.W.T. Perumpamaan yang sesuai bagi perkara berkenaan dan situasi tersebut ialah lautan air tawar dan lautan air masin yang wujud bersama (al-Furqan: 53). | Padanan bagi istilah co-exist dalam bahasa Melayu ialah wujud bersama. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 25.01.2025 |
Tuan / Puan Bolehkah saya menggunakan "Presuming" sebagai membuat anggapan? Jika tidak, apakah frasa yang lain? Terima kasih | "Presuming" jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud membuat anggapan. Sehubungan dengan itu, boleh digunakan. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.07.2015 |
Apakah istilah yang paling tepat untuk "Perceived Physical Literacy Instrument"? Adakah "Instrumen Tanggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Anggapan Literasi Fizikal" atau "Instrumen Pengamatan Literasi Fizikal?". Contoh instrumen dilampirkan dalam fail di bawah. | Padanan bahasa Melayu untuk "Perceived Physical literacy Instrument" ialah Instrumen Anggapan Literasi Fizikal. | Makna | 24.10.2022 |
Salam sejahtera, Saya mohon dapatkan perkataan dalam bahasa melayu bagi perkataan inggeris berikut: 1) animosity, 2) perceived egregiousness, 3) perceived efficacy, 4) religiosity, 5) susceptibility to interpersonal influence. Kesemua perkataan tersebut digunakan dalam konteks penyelidikan berkaitan boikot. Terima kasih. | 1) animosity - kemarahan 2) perceived egregiousness - memperbesarkan anggapan 3) perceived efficacy - keberkesanan anggapan 4) religiosity - kewarakan 5) susceptibility to interpersonal influence - perasaan sensitif terhadap pengaruh hubungan sesame manusia Untuk makna yang lebih tepat, mohon tuan untuk merujuk kamus atau agensi penterjemahan seperti Persatuan Penterjemahan Malaysia dan ITBM berkaitan perkara ini. | Makna | 21.11.2018 |
Salam sejahtera, Saya ingin tahu perbezaan perkataan 'fikir' dan 'berfikir' dan penggunaan kedua-duanya sebagai kata kerja. Boleh tolong beri contoh ayat? Terima kasih. | Untuk makluman, fikir merupakan kata nama yang bermaksud: 1. Akal: renungan, tanggapan, pendapat, anggapan, ingatan, menungan, tafakur dan angan-angan. Contoh: “Fikir itu pelita hati.” dan “Tidak habis fikir.” 2. Anggapan, pendapat, sangka, kira. Contoh: “Dia fikir bahawa wang itu lebih berharga daripada nyawanya." Manakala, berfikir merupakan kata kerja yang bermaksud memerah otak, menggunakan akal, bermenung, mempertimbangkan, beranggapan, bercadang, berasa dan mengingat. Contoh: “Dia berfikir panjang sebelum membuat keputusan untuk bekerja di Singapura.”
| Tatabahasa | 26.11.2019 |
apakah maksud pendapat(opinion) dan berikan beberapa contoh2 pendapat serta berikan beberapa ahli falsafah yang mempunyai padangan terhadap perkataan ini??? | Pendapat ialah fikiran; pandangan; anggapan. Untuk maksud yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. | Makna | 19.09.2010 |
Apakah istilah Bahasa Melayu bagi istilah "putative father"? | Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah putative father ialah bapa anggapan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 19.08.2023 |
Assalamualaikum wbt Apakah maksud perkataan memperjudiskan? Contoh ayat : 1. sebaliknya hakim bicara telah mengambilkira keterangan-keterangan yang 'memperjudiskan' perayu-perayu. 2.Kedua, perayu-perayu mempunyai peluang untuk menyangkal (to rebut) anggapan dibawah s.37(d) ADB 1952 dan oleh itu perayu-perayu tidaklah 'terperjudis'. Kedua-dua contoh ini saya dapati di alamat url berikut: (http://www.kehakiman.gov.my/directory/judgment/file/K-05-8-2011.pdf) 3. AMER HAMZAH: Sejak kamu mendapat maklumat yang boleh 'memperjudiskan' tertuduh, keterangan kamu pada hari ini (semalam) memihak kepada pendakwaan. Contoh ketiga boleh didapati di alamat url berikut :(http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Saksinafimemihakpendakwa/Article) Mohon nasihat daripada pihak tuan/puan Terima kasih -Mohd Habib bin Abdul Halim- | Perkataan memperjudiskan tiada dalam data kami. Perkataan yang paling hampir ialah prejudis yang bermaksud rasa suka atau tidak suka yang tidak berasas terhadap sesuatu kaum, agama, dan sebagainya. Manakala padanan bahasa Melayu bagi istilah prejudice ialah prasangka. | Tatabahasa | 19.06.2013 |
asal usul perkataan kira dan maksud perkataan kira | Perkataan 'kira' berasal daripada kata Melayu asli, iaitu 'kira-kira'. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat perkataan kira bermaksud 1. pendapat (yg berdasarkan perasaan, telahan, dsb), anggapan, sangka; 2. fikir, rasa, anggap; 3. taksiran, hitung; 4. = kiraan pertimbangan, perhitungan, taksiran; dan 5. peduli, mengendahkan, menghiraukan. Untuk maklumat lanjut, tuan bolehlah merujuk Kamus Dewan Edisi Kempat terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Makna | 05.01.2007 |
Tolong jelaskan maksud ayat: "Saranan membaca menatijahkan nilai yang paradoks apabila masyarakat Malaysia khususnya amat liat untuk membaca." | Ayat tersebut membawa maksud, cadangan menyuruh masyarakat Malaysia membaca merupakan sesuatu yang bertentangan dengan kebiasaan kerana anggapan bahawa masyarakat di Malaysia kurang/jarang membaca.
| Makna | 04.11.2018 |