Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
Sebagai rakyat Malaysia kita harus (mempertahankan / mempertahan ) negara dari ancaman musuh. p/s : ini kerana perkataan "tahan" boleh membawa maksud kata kerja dan kata adjektif. jadi mana lebih tepat dan tolong huraikan sebabnya. terima kasih atas keprihatinan. | Sebagai rakyat Malaysia kita harus mempertahankan negara dari ancaman musuh. Mempertahankan ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek selepasnya, iaitu negara bagi melengkapkan ayat tersebut. | Tatabahasa | 18.07.2012 |
Salam, Saya ingin mendapat kepastian tentang ayat berikut betul atau salah. 1. Kita pergi dengan bas atau kereta? 2. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negeri. Saya perlukan penerangan kesilapan tatabahasa sekiranya ada. Terima kasih. | 1. Ayat yang paling persis ialah "Kita pergi dengan menaiki bas atau kereta", manakala ayat "Kita pergi dengan bas atau kereta" lazimnya hany digunakan dalam bahasa percakapan. 2. Ancaman itu datang dari dalam dan dari luar negeri. - ayat ini betul kerana merujuk tempat. | Tatabahasa | 03.03.2010 |
Kawasan perkampungan itu ___ akibat ancaman gajah liar. Apakah perkataan yang paling sesuai ? | Sila nyatakan pilihan jawapan yang ada dan kami akan mengenal pasti jawapan yang tepat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
1. Incentive Award Certificates 2. threats and vulnerabilities 3. stops cargo theft in its tracks | i. Anugerah hadiah galakan. ii. Ancaman dan mudah diserang. iii. Menghalang kecurian kargo semasa penghantaran | Ejaan | 09.08.2006 |
Saya ingin bertanya tentang perkataan (maksud) yang berlawanan (kata lawan). Saya ingin menggunakan ayat ini sebagai tajuk kajian saya. "Waktu Bekerja: Antara Ancaman Dan ___". Ada tak perkataan selain daripada Keselamatan? Atau perkataan berlawanan itu juga bermula dengan huruf 'A'. Ayat ini akan digunakan sebagai tajuk kajian saya tentang kebaikan dan keburukan daripada penetapan waktu bekerja. Dalam kajian itu, saya menyentuh aspek keselamatan dan kesihatan pekerja. Mohon pandangan Tuan Yang Bijaksana. | Perkataan lain yang sama erti dengan keselamatan ialah, keamanan, kesentosaan dan kesejahteraan. Saudara boleh memilih mana-mana perkataan yang sesuai untuk dijadikan tajuk tersebut tidak perlu sama huruf pangkal dan akhirnya asalkan bertepatan dengan isi yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 04.08.2011 |
Saya ingin maksud ayat "ASSYMETRICAL THREATS" dalam bahasa Melayu, Terima Kasih | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "asymmetrical threats" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat perkataan "asymmetrical' yang padanan bahasa Melayunya ialah tak bersimetri atau asimetri. Istilah bahasa Melayu untuk "threats" ialah ancaman. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah ancaman asimetri. | Istilah | 11.04.2013 |
cari makna gengsterism? Nyatakan Jumlah kes gengsterism yang telah berlaku di sekolah? Apa sebabnya? | | Lain-lain | 23.03.2008 |
Saya menhadapi kesukaran untuk menterjemah ayat ini, "Kami menilainya dari segi "health, safety, security, Environment". "Safety" dan "Security" sentiasanya dipadankan dengan "keselamatan". "Kawalan Keselamatan" boleh bermaksud "safety control" dan "security". Penyelesaian saya ialah "pengawasan", kerana "awas" boleh diasiosiasi dengan "berjaga-jaga untuk menghadapi ancaman penjenayah". Tetapi malangnya dalam kamus ia tidak bermaksud demikian. Saya sebenarnya serba salah dalam menjalani tugas sebagai penterjemah kerana banyak perkataan asing masih belum ada padanannya dalam bahasa Melayu. Dengan itu, saya rasa saya perlu melaporkan sebarang "penciptaan perkataan baru" kepada DBP untuk disemak supaya diriku tidak dituduh "mencipta perkataan tanpa hak". Saya sanggup menerima teguran jika padanan perkataan saya ini tidak tepat. | Untuk makluman istilah bahasa Melayu untuk safety dan security ialah "keselamatan." Istilah security boleh juga diterjemahkan kepada sekuriti. "Pengawasan" ialah istilah bahasa Melayu untuk monitoring. Walau bagaimanapun, sekiranya belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus, tuan boleh mencadangkan istilah yang sesuai. Tuan boleh menghubungi Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, DBP untuk mendapat cadangan padanan istilah yang sesuai atau istilah tersebut boleh dibawa kepada Jawatankuasa Istilah Semasa untuk dibincangkan. | Istilah | 01.09.2012 |
apakah yang dimaksudkan dengan 'analisis SWOT'? | Assalamualaikum. Analisis SWOT merujuk kepada satu kaedah yang digunakan dalam membuat analisis. S bermaksud strenght (kekuatan) W bermaksud weakness (kelemahan) O bermaksud opportunity (peluang) T bermaksud threat (ancaman) Analisis perlu dibuat dengan mengkaji setiap aspek ini. Tuan boleh merujuk kepada buku yang terdapat dipasaran bagi mendapatkan maklumat lanjut. Sekian | Lain-lain | 02.03.2009 |
Untuk makluman pihak kami ada menggunakan perkataan yang dipinjam daripada Bahasa Inggeris contohnya 'hazard' dalam beberapa dokumen. Namun begitu, perkataan tersebut dicondongkan (italic). Persoalannya adalah apabila menggunakan perkataan imbuhan contohnya 'berhazard', adalah kami perlu menyondongkan semua perkataan 'berhazard' atau memadai menyondongkan 'hazard' sahaja dan tidak bagi imbuhan 'ber'. Mohon khidmat nasihat pihak Tuan. | Untuk makluman, perkataan "hazard" tidak diterima sebagai kata pinjaman dalam bahasa Melayu. Perkataan "hazard" perlu diterjemahkan dan mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti bahaya, mudarat, risiko, ancaman, halangan, bencana, mala petaka dan nahas. Oleh itu, kami mencadangkan perkataan tersebut diterjemah kepada bahasa Melayu, contohnya, berbahaya dan berisiko. | Istilah | 07.08.2012 |