Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasih | Dalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu. Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. | Makna | 23.09.2011 |
Saya ingin tahu status hubungan antara keluarga contoh anak kakak dengan saya dipanggil anak saudara. jika boleh diharap dapat tuan menyenaraikan status tersebut . terima kasih | Hubungannya dengan saudara ialah anak saudara. | Lain-lain | 09.05.2008 |
1)Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa depan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan.2)Pemuda yang berusia lewat 30an itu ialah anak saudara Puan Hernina.3)Kedai Pak Nazeli dapat dilihat daripada jauh kerana warna dindingnya agak kebiru-biruan.TOLONG BETULKAN.TERIMA KASIH. | 1. Pemilihan syarikat konsesi bagi program penswastaan kerajaan pada masa hadapan seboleh-bolehnya akan dibuat menerusi pembidaan. 2. Pemuda yang berusia lewat 30-an itu ialah anak saudara Puan Hernina. 3. Kedai Pak Nazeli dapat dilihat dari jauh kerana warna dindingnya kebiru-biruan. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
Saya masih keliru tentang cara penggunaan pembuka dan penutup kata bagi cakap ajuk yang berlangsung sehingga beberapa perenggan. Contoh: Perenggan satu: "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara. Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Soalan saya, perlu kah diletakkan pembuka kata pada pembukaan perenggan kedua sedangkan dialog pertama tadi belum berakhir? | Perenggan satu. "Bila balik raya kami akan tinggal di rumah ibu saudara." Diikuti sambungannya pada perenggan kedua: Anak saudara saya sekarang ni dah 10 orang jadi saya seronok melayan telatah mereka," kata Anuar. Ada beberapa cara seperti boleh gabungkan ayat dalam perenggan kedua dalam perenggan pertama. Hanya perlu masukkan pembuka kata pada pangkal ayat dan penutup kata kata hujung ayat bagi dialog yang diucapkan oleh orang yang sama. Ataupun pada perenggan kedua perlu ada tanda petik pada pembuka kata... "Anak saudara saya.... manakala dihujung ayat bagi perenggan satu perlu ada pelaku dialog seperti ..ibu saudara." cerita Anuar. | Tatabahasa | 02.08.2012 |
Lebuh raya itu menghubungi Seremban dengan Kuala Lumpur atau Lebuh raya itu menghubungkan Seremban dengan Kuala Lumpur Anak emas-anak emas atau Anak-anak emas | Saudara, Perkataan yang betul ialah menghubungkan dan anak-anak emas. | Tatabahasa | 02.10.2009 |
Saya ingin meningkat penguasaan Bahasa Malaysia anak-anak saya yang berumur 10, 12 dan 13. Apakah cara-cara tertentu yang boleh meningkatkan penguasaan bahasa mereka ? Saya sudi untuk membeli novel-novel tertentu kalau ini caranya. Apakah novel-novel remaja DBP yang boleh dibeli untuk tujuan demikian ? | Salah satu cara untuk meningkatkan penguasaan bahasa Malaysia di kalangan anak-anak ialah dengan memperbanyak bahan bacaan berbahasa Melayu termasuklah akhbar, majalah dan buku. Jika saudara berminat untuk mendapatkan majalah/buku terbitan DBP boleh mendapatkannya di kedai buku berhampiran atau berkunjung ke Kedai Buku DBP di Kuala Lumpur. | Tatabahasa | 11.08.2010 |
Bunyi_____ dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana_____ nya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. a) Kelam kabut.......anak-anak b)hiruk pikuk...saudara mara c)kucar kacir...sahabat handai d)dentam-dentum...adik beradik | Saudara, Ayat yang betul ialah : Bunyi hiruk-pikuk dari rumah Azlan jelas kedengaran kerana saudara-maranya telah berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan anak sulungnya. | Tatabahasa | 11.09.2009 |
Pada pendapat anda, apakah peranan ibu bapa untuk menggalakkan anak-anak mereka untuk menguasai bahasa Melayu? | Soalan yang saudara kemukakan ini berbentuk tugasan yang memerlukan pembacaan dan kajian khusus untuk menjawabnya. Sedikit maklum balas yang dapat kami berikan ialah ibu bapa itu sendiri sebagai warga negara Malaysia harus berbangga dengan bahasa rasmi negara. Rasa bangga dan cinta akan bahasa rasmi negara harus diterapkan pula kepada anak-anaknya. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP untuk membuat penyelidikan atau rujuk buku/makalah yang berkaitan. | Lain-lain | 21.01.2013 |
1. adakah perkataan "mengemop"diterima? 2. Ibu bapa harus mengambil berat: ----- pelajaran anak- anak mereka. a. akan b. tentang | Saudara, Perkataan yang mempunyai satu suku kata mendapat imbuhan meN... menjadi menge... . Contoh : mengecat; mengepos; mengelap. Oleh itu, berdasarkan rumus yang sama mop menjadi mengemop. Bagi ayat kedua pula kata sendi nama yang sesuai ialah tentang. | Tatabahasa | 21.07.2010 |
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, anak pandak merujuk kepada anak yang keempat. Keadaan yang mengelirukan saya adalah apabila saya mencari maksud bagi perkataan 'pandak', penjelasannya pula pandak merupakan timang-timangan untuk anak yang kelima. Jadi, anak pandak merujuk kepada anak yang berapa? | Untuk makluman saudara tidak ada persamaan dalam nama panggilan antara tempat ke tempat lain atau negeri ke negeri lain kecuali panggilan untuk anak sulung. Berkemungkinan entri anak pandak merujuk panggilang di sesuatu negeri, manakala entri pandak merujuk khusus panggilan di negeri Perak. | Makna | 21.07.2008 |