Soalan |
Jawapan |
Jenis Soalan |
Tarikh Soalan |
ahli jawatankuasa PIBG akan ...........cadangan ibu bapa bagi meningkatkan prestasi murid sekolah a)mencari-cari b)meminta-minta c)mengamat-amati d)mengagak-agak | Jawapan yang boleh diterima ialah (c) mengamat-amati kerana berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, mengamat-amati bermaksud 1. memerhatikan benar-benar, melihat dgn teliti: ia ~ muka tunangannya; 2. meneliti, mengawasi: segala gerak-geri orang yg dicurigai diamat-amati oleh polis. | Tatabahasa | 08.09.2009 |
kenapa perkataan mengecamkan dipilih dan bukan mengecam sedangkan kedua-duanya sama maksud? | Merujuk Kamus Dewan Edisi keempat, mengecam ialah kenal atau ingat kembali rupa dsb seseorang atau sesuatu yg telah dilihat atau didengar sebelumnya. Mengecamkan pula ialah memerhatikan (seseorang atau sesuatu) dgn sungguh-sungguh (supaya dapat mengenalinya atau ingat akannya kemudian), mengamat-amati (supaya tidak lupa kelak). Untuk keterangan lanjut sila rujuk Kamus Dewan Edisi keempat. harap maklum. | Makna | 02.07.2008 |
Apakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang? Contohnya, kata bilangan himpunan bagi lima orang ialah kelima-lima orang. Adakah kata bilangan himpunan bagi sebelas orang ialah kesebelas-belas orang? Hal ini kerana apabila saya merujuk Kamus Dewan edisi keempat, kesebelas-belas itu tidak terdapat dalam masukan Kamus Dewan. Yang ada ialah kesebelasan. Namun demikian, maksud kesebelasan yang diberikan ialah pasukan bola sepak dan lain-lain (yang terdiri daripada 11orang). Contoh ayat yang diberikan dalam Kamus Dewan bagi masukan tersebut ialah Pertandingan antara pasukan polis dengan kesebelasan Pulau Pinang. Saya menghadapi kekeliruan dan tidak tahu apakah perkataan yang harus digunakan untuk merujuk kata bilangan himpunan bagi sebelas orang. Contohnya dalam ayat, Jeneral tentera sedang mengamat-amati (kata bilangan himpunan bagi sebelas orang) orang askar itu. Apakah perkataan yang digunakan untuk merujuk jumlah sebelas orang askar dalam ayat tersebut, yakni kata bilangan himpunan bagi sebelas orang askar dalam ayat tersebut? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih. | Encik Boh, Penggunaan yang betul bagi kata bilangan ini ialah 'kesebelas-sebelas' atau kesebelasan. | Tatabahasa | 07.06.2010 |
Assalamu'alaikum, Mohon saya berkongsi pendapat (Saya pernah mengajukan perkara ini ke Facebook DBP). Kebelakangan ini saya dapati istilah SALAM acap kali disalahguna dan disalahertikan. Bermula dengan SALAM SEJAHTERA sehinggalah sekaran ini yang semakin popular; SALAM TAKZIAH. Ucapan salam adalah bermaksud doa kepada seseorang dengan tujuan supaya penerima ujapan tersebut mendapat sejahtera, bahagia dan seumpamanya. Saya rasa DBP sendiri tentunya maklum, erti SALAM adalah; SEJAHTERA, SELAMAT (kata asalnya adalah salam). Kalau dalam bahasa Inggeris pula ia boleh membawa maksud; HAPPY, PEACE, MERRY. Bayangkan makna SALAM TAKZIAH jika diterjemah kedalam bahasa Inggeris; HAPPY CONDOLENCE. Kita berharap seseorang itu boleh BAHAGIA dalam suasana DUKA. Saya dapati perkara seperti ini kerap dilakukan oleh juruacara, pengacara media massa, pemimpin politik dan mereka yang dekat dengan orang ramai. Ditakuti nanti ia akan menjadi budaya yang salah kerana kita tidak boleh menafikan apabila ia sudah menjadi kebiasaan, maka amat susah untuk diperbetulkan seperti ucapan SALAM SEJAHTERA. | Salam membawa dua maksud, iaitu sejahtera dan penyataan hormat seperti lazimnya kita berjabat tangan apabila menyatakan perasaan sukacita ataupun dukacita. Merujuk konteks yang tersebut penggunaan Salam Takziah sebagai menyatakan perasaan dukacita dengan cara hormat. Ungkapan Salam Sejahtera pula jika diamat-amati membawa makna yang berulang-ulang kerana salam juga bermaksud sejahtera. Walau bagaimanpun ungkapan Salam Sejahtera telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat. | Tatabahasa | 04.09.2012 |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata amati; |
|
|